13 Rahsia Pelajar Cemerlang: The Series

Di kesempatan ini, KRIM Terengganu ingin berkongsi bersama rakan-rakan pelajar yang kira-kira di saat ini sangat tekun dan bersemangat menuntut ilmu. InsyaAllah untuk entry kali ini dan seterusnya , kita akan sama-sama lihat dan meneliti 13 rahsia untuk menjadi pelajar cemerlang seperti yang di tulis oleh Dr Tengku Asmadi Tengku Mohammad (Pakar Motivasi Alihan Pelajar) dalam bukunya yang bertajuk 13 Rahsia Pelajar Cemerlang. InsyaAllah, sedikit penambahan dan pengolahan dibuat untuk memenuhi citarasa dan kefahaman para pelajar mengenai rahsia-rahsia ini.

Rahsia 1 :Matlamat atau Sasaran

Pelajar berjaya mempunyai matlamat dan sasaran yang jelas.Mereka tahu apa tujuan mereka belajar. Mereka tahu berapa ‘A’ yang mereka mahukan atau berapa peratus markah yang mereka mahukan. Mereka juga jelas tentang pengkhususan atau bidang yang ingin diceburi di universiti, mahupun kerjaya yang bagaimana bakal ditempuh dan sebgainya. Bagi seorang pelajar Muslim, penetapan matlamat dan sasaran adalah sangat penting. Namun matlamat dan sasaran yanag ingin ditetapkan, adalah berlandaskan kepada petunjuk dan panduan yang telah digariskan oleh Islam. Sebagaimana dinukilkan dalam hadith Nabi (SAW),

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:”Jadikanlah dirimu orang alim (berilmu) atau orang yang menuntut ilmu atau orang yang selalu mendengar pengajaran atau orang yang mencintai (tiga golongan yang tersebut) dan janganlah engkau menjadi dari golongan yang kelima, yang dengan sebabnya engkau akan binasa.” [ Riwayat Al Bazzar]

Berdasarkan hadith tersebut, dapat dilihat bahawa Rasulullah telah menetapkan agar kita ummatnya, dalam agenda menuntut ilmu harus menetapkan matlamat yang jelas. Antara matlamat yang digariskan adalah untuk menjadi orang yang berilmu (memiliki ilmu), atau menjadi penuntut ilmu atau orang yang sentiasa mendengar pengajian ilmu atau akhirnya menjadi orang yang sekurang-kurangnya mncintai ilmu. Perlu difahami di sini, sebagai pelajar Muslim,matlamat menuntut ilmu adalah untuk memenuhi suruhan dan tuntutan agama agar setiap ummatnya menjadi manusia berilmu.Apabila matlamat ini telah jelas difahami dan dihayati, insyaAllah matlamat-matlamat yang lainnya akan menyusul dan mudah di kecapi.

Pelajar cemerlang sentiasa tahu matlamat hidupnya. Mereka dapat gambarkan dengan jelas siapa mereka di penghujung kehidupan nanti. Stephen Covey dalam bukunya ‘ The 7 Habits‘ ada menegaskan kepentingan memulakan kehidupan dari belakang. Maksudnya, kita menggambarkan kesudahan atau penghujung kepada kehidupan ini dan menetapkan apa yang ingin dikecapi. Bermula dari titik penghujung itu, kita bergerak sedikit demi sedikit merangka langkah-langkah atau usaha-usaha yang akan membantu untuk mereliasasikan hajat dan cita-cita di penghujungnya itu. Apakah yang dapat kita sumbangkan kepada ummat Islam seluruhnya, kepada negara tercinta, kepada masayarakat setempat, kepada sanak saudara dan kenalan, dan sebgainya. Kalau anda tahu anda mahu mengakhiri kehidupan ini dengan kejayaan, maka kejayaan yang bagaimana inigin anda kecapai. Tidak cukup dengan hanya menyatakan ‘aku ingin berjaya’, tetapi anda perlu perincikan lagi dengan jelas matlamat yang ingin dicapai.

Menetapkan sasaran yang tinggi...

Setelah tahu matlamat anda, maka rangkalah sasaran anda dalam pelajaran.Sasaran yang ingin ditetapkan haruslah realistik dan optimistik. Dengan erti kata yang lain, sasaran yang ditetapkan adalah tinggi tapi masih dalam lingkungan yang dapat dikecapi. Namun, dalam penatapan sasaran, jangan terlalu fikirkan sangat sama ada ianya berjaya dicapai atau tidak, sebaliknya fikirkanlah adakah anda benar-benar mahukannya. Sebab sekiranya anda mahukannya, maka dan sepastinya sentiasa akan ada jalan untuk mengusahakannya. Kemahuan yang meluap dan membara sentiasa memberikan anda tenaga tambahan dalam berusaha. Teruskan berusaha dan bertawakal kepadaNya, nescaya akan dimudahkan segala urusan pembelajaran kita.

Barangsiapa bertakwa kepada Allah, nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar.Dan memberi rezeki kepadanya tanpa di sangka-sangka.Dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkannya.Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang dikehendakiNya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu. [At-Talaaq:2-3]

Kesimpulannya:
  1. Sebagai pelajar cemerlang, penetapan matlamat amat penting dalam memandu halatuju pembelajaran seharian.
  2. Sebagai pelajar Muslim, penetapan matlamat haruslah selari dengan tuntutan agama dan syariat.
  3. Matlamat yang ditetapkan harus disusuli dengan penetapan sasaran yang akan menjurus kepada terlaksananya matlamat.
  4. Akhirnya, tawakal kepada Allah setelah berusaha membawa kepada kemudahan urusan pembelajaran (dibukakan segala peluang dari sumber yang tidak diketahui)
Sehingga bertemu lagi untuk Rahsia Pelajar Cemerlang seterusnya…
About these ads

11 responses to “13 Rahsia Pelajar Cemerlang: The Series

  1. petua yg bagus..hahah

  2. harap2 kita semua dapat 5a

  3. petua yg bagus…thaz KRIM

  4. Petua yang bagus dan padat. Saya harap pelajar pelajar termasuk saya akan mendapat menafaat sebagai Pelajar cemerlang

  5. emmm bagus jugak petua ni

  6. sy nk petua yg baik lg…..

  7. 5A di dalam genggaman tangan

  8. M.Farhat b. Anuar

    saya akan memastikan 5A….insyaallah .Terima kasih atas petua yang diberi…..

  9. saya nak ucapkan kpd pelajar spm,buatlaa yg terbaik ea…..GOOD LUCK FOR YOU SPM…..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s