Ciri-Ciri Keistimewaan Islam Dalam Ruang Ibadah: Siri 1

Assalamu’alaikum adik-adik sekalian!!

Semoga adik-adik berada dalam keadaan sihat bukan sahaja fizikal, malah juga rohani. Pada kali ini, perkongsian adalah daripada Biro Akademik dan Seminar KRIM Ganu. Isinya agak berilmiah, namun in sya ALlah adik-adik akan mendapat manfaat yang banyak daripada menghayatinya. Tajuk utama ialah seperti yang tertera di atas, dan akan disampaikan dalam beberapa siri. Selamat membaca!

Definisi dan Pengertian Ibadah

Ibadah menurut bahasa bermaksud ketaatan. Manakala menurut istilah syara’ bermaksud dengan kemuncak ketundukan (menurut Sheikh Muhammad Abduh).[1]

Yusuf al-Qardhawi juga menjelaskan bahwa : Kata “ibadah” diambil dari bahasa Arab yang secara etimologi berasal dari akar kata  ﻋﺑﺎﺪﻩ- ﻋﺑﺪ – ﻴﻌﺒﺪ -ﻋﺑﺪ yang bererti taat, tunduk, patuh, merendahkan diri, dan hina. Kesemua pengertian itu mempunyai makna yang berdekatan. Seseorang yang tunduk, patuh, merendahkan diri, dan hina di hadapan yang disembah, disebut abid (yang beribadah). Budak disebut abd, kerana dia harus tunduk dan patuh serta merendahkan diri terhadap majikannya.[2]

Ibnu Taimiyyah menyatakan ibadah dalam Islam itu mengandungi unsur ketundukan atau ketaatan yang digabungkan dengan unsur kecintaan. Ibadah dalam Islam mengandungi makna kemuncak ketundukan, kemuncak ketaatan dan kemuncak kecintaan. Beliau berkata lagi: Sesiapa tunduk dan kepada seorang manusia dengan keadaan benci, dia tidak menjadi hambaNya. Begitu juga jika dia mencintai sesuatu tanpa ketundukan kepadaNya, ia juga bukan ibadah. Diumpamakan cinta seseorang kepada anaknya dan kawan-kawanya. Oleh itu salah satu unsur tersebut (tunduk dan cinta) tidak cukup untuk dipanggil ibadah kepada Allah s.w.t. Seorang hamba mestilah mencintai Allah s.w.t mengatasi segala kecintaan yang lain.

Firman Allah s.w.t, yang bermaksud:

Katakanlah: “jika bapa-bapa , anak-anak , saudara-saudara, isteri-isteri, kaum keluargamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu khawatiri kerugiannya, dan tempat tinggal yang kamu sukai, adalah lebih kamu cintai dari Allah dan Rasul-Nya dan dari berjihad di jalan-Nya, maka tunggulah sampai Allah mendatangkan keputusan-Nya”. Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik.

(Surah al-Taubah: 24)

Firman Allah SWT, “Tidak aku jadikan jin dan manusia, melainkan untuk beribadah kepadaku”. (Ad Dzariat: 56)

Dalam ayat ini, Allah telah berfirman bahawa manusia dan jin adalah sama-sama makhluk Tuhan dan mempunyai tanggungjawab sebagai hamba dan harus melaksanakan apa yang diperintahkanNya. Allah menegaskan suatu hakikat yang sayugia disedari atau dipatuhi  dalam ayat yang ringkas dan jelas ini bahawa Allah tidak berhajat kepada makhluk bahkan kita sebagai makhluklah yang sentiasa berhajat kepadaNya dan semuanya terletak di kekuasaanNya.

Keistimewaan Islam dalam Ibadah

Islam dari segi bahasa: Ketundukan dan penyerahan  hanya kepada Allah Taala. Islam pula menurut syarak: Ia tegak berdiri diatas 5 asas iaitu; mengucap dua kalimah syahadah, mendirikan sembahyang pada waktunya, menunaikan zakat, berpuasa di bulan ramadhan dan menunaikan haji ke Baitullah bagi yang mampu.

Ibadah Islam adalah ibadah yang istimewa dan unik, serta amat berbeza daripada ibadah dalam agama lain. Ia bersifat Rabbani, syumul, berseimbangan dan lain-lain ciri yang agung. Berikut dinukilkan beberapa keistimewaan tersebut:

1. Tiada tuhan yang disembah melainkan Allah S.W.T.

2. Pembebasan ibadah daripada perhambaan kepada tokoh agama

3. Ikhlas hati asas makbul ibadah

4. Ibadah hanya dengan kaifiyyat yang disyara‘kan

5. Perimbangan antara ruh dan jasad

6. Mudah dan menghapuskan kepayahan

Keistimewaan Islam secara umumnya jelas dalam pelbagai cara kita beribadat kepada Allah s.w.t sama ada dalam ibadah khusus atau ibadah umum. Ia diterangkan dalam lima perkara iatu rabbaniyah, syamil, wa’qii, tinggi atau agung dan universal. [3]

a) Rabbaniyah

Islam adalah agama Allah, agama wahyu yang tidak ada campur tangan sesiapa. Islam sebagai agama rabbani sudah tentu mempunyai sifat-sifat atau ciri-ciri yang sesuai dengan Penciptanya yang Maha Tinggi. Islam disebarkan oleh rasul pilhan Allah yang maksum dan mempunyai kitab yang lengkap. Ajaran Islam adalah menyeluruh, sempurna dan sesuai untuk setiap tempat, masa dan keadaan. Bagaimana hebat dan sempurnanya Pencipta, begitulah sifat Islam yang sempurna. Oleh itu, islam berbeza dengan agama lain yang dicipta oleh manusia yang bersifat lemah seperti agama Budah, Sikh, Hindu dan lain-lain yang diistilahkan sebagai agama budaya.

b) Syamil dan Kamil

Kemutlakan dan kesempurnaan sifat-sifat Allah adalah tidak terbatas. Islam bersifat syumul dan kamil, bertitik tolak dari pengiktirafan bahawa segala sifat-sifat kesyumulan dan kesempurnaan itu bermula dari Allah. Dalam konteks kesyumulan Islam, Islam bukan hanya agama berbentuk teori semata-mata yang menyangkut kepada persoalan hati dan fikiran, bukan juga berbentuk lisan yang memfokus kepada pertuturan sahaja, malah lebih dari itu kerana Islam adalah agama yang mencakupi seluruh kejadian manusia dalam seluruh bidang kehidupannya. Begitu juga dengan kesempurnaan Islam adalah berasal daripada kesempurnaan Penciptanya. Seluruh sistem yang ada dalam Islam adalah bersifat sempurna dan tidak ada cacat celanya. Dalam konteks ini seluruh sistem Islam sama ada yang berbentuk teori mahupun praktikal adalah amat sesuai dengan keadaan, suasana dan rupa bentuk kehidupan manusia dan hubungkaitnya dengan alam seluruhnya tanpa mengira masa dan tempat.

c) Wa’qii atau praktikal

Islam adalah agama yang membicarakan persoalan hubungan manusia dengan Allah, hubungan manusia dengan makhluk lain dan hubungan manusia sesama manusia. Bagi kelangsungan dalam memakmurkan muka bumi Allah dan menetapkan hukum-hukum Allah, manusia selain berinteraksi dengan Allah dalam ibadah khusus, manusia juga berinteraksi sesama manusia dan makhluk lain dengan sistem hidup yang lengkap ini. Islam adalah agama yang bukan hanya berteori, tetapi ia amat praktikal dan didalam batas kemampuan manusia.

d) Tinggi atau Agung

Keagungan dan ketnggian Islam adalah titik tolak dari keseluruhan sifat kesempurnaan Allah iaitu Keesaan-Nya dan Ketunggalan-Nya. Islam agung kerana tidak ada agama yang setanding dengannya. Hanya ia satu-satunya agama yang diperakui di sisi Allah swt. Dalam hal ini Allah s.w.t berfirman dengan maksud:

Sesungguhnya agama yang diredhai disisi Allah hanyalah Islam. (ali-Imran:19)

Ketinggian Islam adalah dari Penguasa Yang Maha Tinggi. Islam disifatkan sebagai satu-satunya agama yang mempunyai kedudukan yang tertinggi jika dibandingkan dengan agama-agama lain yang ada di dunia ini. Malah adalah tidak layak untuk membandingkan Islam dengna agama-agama budaya ciptaaan manusia. Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud, “Islam itu tinggi dan tidak akan ada yang lebih tinggi darinya’.

e) Universal atau sejagat

Islam bersifat universal. Ia tidak diturunkan untuk sesuatu kaum atau kepada sesuatu tempat yang tertentu sahaja, malah ia diturunkan untuk seluruh alam. Perutusan Rasullah s.a.w sebagai penyebar kepada agama suci ini adalah semata-mata untuk membawa rahmat kepada seluruh alam. Firman Allah yang bermaksud:

Dan kami tidak mengutuskan Engkau, melainkan untuk menjadi rahmat bagi seluruh alam. (Al-Anbiya’:107)

Allah menegaskan bahawa penetapan kepada sesuatu tempat atau arah tertentu adalah tidak menjadi ukuran muktamad kepada penilaian buruk dan baik seseorang disis-Nya. Firman Alllah yang bermaksud:

Bukanlah menghadapkan wajahmu ke arah timur dan barat itu suatu kebajikan, akan tetapi sesungguhnya kebajikan itu ialah berimannya seseorang kepada Allah dan hari kemudian…

(Al-Baqarah:177)

Islam juga tidak diutuskan kepada kaum atau puak tertentu. Oleh itu Islam tidak menilai kemulian seseorang itu berdasarkan kepada keturunan, warna kulit wajah atau rupa bentuk, Allah memberikan penilaian muktamad adalah berdasarkan ketakwaan dan kepatuhan. Firman Allah yang bermaksud:

… Sesungguhnya orang yang paling mulia diantara kamu ialah orang yang paling bertaqwa di kalangan kamu… (Al-Hujurat:13)

bersambung….

Hasil usaha:-

Biro akademik & seminar,

KRIM Ganu


[1] Tafsir al-manar:al-fatihah

[2] Yusuf al-Qardhawi, Ibadah dalam Islam, Terj. (Surabaya: PT. Biru Ilmu, 988) ms:37.

[3] Pengantar Asas-asas Islam, Che Zuina Ismail, UPENA UiTM 2006, halaman 25-27.

17 responses to “Ciri-Ciri Keistimewaan Islam Dalam Ruang Ibadah: Siri 1

  1. Assalamualaikum…. ^^
    saya mohon izin tuk download artikel ini ya tuk tgs paper saya…
    trmksh bnyak tuk pnjLasannya… ^^

  2. salam..
    saya mohon izin untuk download artikel ini untuk siap kan assignment ctu..

  3. mohon menghalalkan saya mengunakan bahan ini sebagai rujukan untuk membuat assignment saya

  4. sy hrp tuan punya blok dapat mengupdate tentang tajuk ciri keistimewaan islam ni…dan sediakn contoh jikalau ade…

  5. allow me use this info in my assignment,,pls……………. thanks
    (hamba allah)

  6. sy juga…sebab masuk dalam midterm…hlalkan ilmu

  7. me too .. gonna use this as a assignment, t.q

  8. mhon halalkn info ni utk rjukn assgmnt ., tq

  9. Muhammad Rafiq Bin Ghazali

    Rafiq
    mohon izin,kebenaran dan menghalalkan saya menggunakan info ini untuk tujuan rujukan assgment..Terima kasih…

  10. tq . this is very interesting! mohon halal kn ya ..

  11. terima kasih tolong adakan info ini. . .dapat siapkan assignment & menambahkan ilmu. . .alhamdulillah

  12. mohon izin untuk share artikel ini utk assingment saya..

  13. minyak halal ilmu untuk kuiz pendidikan Islam hari ini. . .

  14. MINTA HALAL,,

  15. mohon izin utk share artikel ni ..
    artikel ni byk membntu saya yg bru brjinak2 dlm dunia assignment ..
    tq very much ..
    harap halal ye ..

  16. nurul amira amir

    :) guna bahan ney untuk assignment , halal kan too please :) . thanks

  17. mohon izinkan saya mengambil rujukan ini untuk saya membuat assignment..mintak halal dunia dan akhirat..terima kasih

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s