KEM REMAJA WAWASAN 2009: DAFTAR SEKARANG!

Assalamu’alaikum wbth adik-adik sekalian,

Semoga adik-adik sekalian berada dalam keadaan sihat dan ceria selalu. Buat sahabat-sahabat kita yang masih menjalani peperiksaan, semoga dapat menghadapinya dengan tenang dan penuh persiapan. Bertepatan dengan terjemahan surah Alam Nasyrah (Surah ke-94), setelah bersungguhan dan menyelesaikan kesulitan sesuatu urusan, maka kerjakanlah urusan yang lain dengan kesungguhan juga.

Oleh itu, kehadiran Team KRIM Ganu pada kali ini adalah untuk memperkenalkan dan mengajak adik-adik sekalian untuk memanfaatkan masa-masa pasca musim persekolahan dengan menyertai program bermanfaat yang telah dirancangkan khas untuk adik-adik. Mempersembahkan:-

KEM REMAJA WAWASAN 2009

TERENGGANU

DAHIMAH’S GUEST HOUSE, RANTAU ABANG

4-5 DISEMBER 2009 (JUMAAT & SABTU)

Keutamaan kepada peserta berusia 15 dan 16 tahun, namun usia yang lain juga boleh menyertainya

Pelbagai aktivit menarik telah dirancang khas untuk adik-adik dalam masa 2 hari tersebut. Adik-adik boleh merujuk kepada pamphlet yang diberikan di bawah untuk maklumat lanjut.

krew2 1 comp

krew2 2 comp

Jadi tunggu apa lagi, jom sertai sekarang!!!

JUPE MUNG DINUNG

Kepada calon-calon SPM 2009, adik-adik semua dijemput dan digalakkan untuk menyertai Kem Lepasan SPM 2009 (KLS ’09). Kem ini adalah anjuran Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) dengan kerjasama Team KRIM Ganu. KLIK DI SINI untuk maklumat lanjut.

Team KRIM Ganu 2009

About these ads

4 responses to “KEM REMAJA WAWASAN 2009: DAFTAR SEKARANG!

  1. boleh saya menemukan satu soalan?
    Boleh pelajar tingkatan 2 menyertai kem ini?

    • Salam,
      Ke hadapan adik saya_saya,
      Tentu sahaja boleh!! Cuma pastikan adik mendapat kebenaran daripada ibu bapa dahulu, k.
      Maklumat lanjut, boleh rujuk pada pamphlet yg diberi.
      Terima kasih

  2. ada kosong lagi?

    • Salam,
      Maaf adik z…
      Sebenarnye, walaupun ramai peserta yang datang dari segenap daerah, tetapi masih lagi ada ruang. Harap maaf kerana lambat membalas soalan. Terima kasih banyak-banyak kerana beminat.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s