Adik suka menulis? Pernah menyimpan hasrat untuk menyiarkan cerita yang dikarang?
Nah, inilah masanya!
Kelab Remaja ISMA dengan kerjasama syarikat penerbitan Telaga Biru sedang mencari anda. Hantarkan karya-karya ‘masterpiece’ adik-adik dan nantikan berita gembira.
Pencarian cerpen-cerpen terbaik akan dilakukan oleh Telaga Biru. Bukan itu sahaja, cerpen-cerpen yang terpilih akan dibukukan dan dipasarkan di pasaran umum.
Sebar-sebarkan!
PERTANDINGAN MENULIS CERPEN ISLAMI ANJURAN BERSAMA KELAB REMAJA ISMA DAN TELAGA BIRU SDN BHD
MAKLUMAT LANJUT :
*TEMPAT PERTAMA : RM 800
TEMPAT KEDUA : RM 500
TEMPAT KETIGA : RM 300
SAGUHATI : RM 100 (x17)
*TERBUKA KEPADA SEMUA REMAJA DI SELURUH MALAYSIA YANG BERUMUR 17 TAHUN DAN KEBAWAH
* PENULISAN DALAM BAHASA MELAYU
*SYARAT-SYARAT PENYERTAAN
1. Setiap penyertaan adalah menjadi hak milik penganjur dan pihak penganjur berhak menyunting, menerbit dan mencetak bahan tersebut.
2. Setiap tajuk penyertaan adalah bebas tetapi hendaklah berdasarkan tema yang diberikan iaitu “ REMAJA MUSLIM GENERASI IDAMAN”
3. Panjang minima cerpen adalah 3000 patah perkataan.
4. Cerpen hendaklah karangan asli dan tidak pernah diterbitkan dalam mana-mana penerbitan.
5. Setiap penyertaan hendaklah menggunakan kertas berukuran A4, bertaip selang 2 baris dalam satu muka surat sahaja dengan jenis font ARIAL bersaiz 12.
6. Penilaian hasil tulisan akan berdasarkan kriteria pihak juri sendiri dan keputusan adalah muktamad.
* SERTAKAN BERSAMA :
1. nama penuh
2. no I.C
3. alamat rumah
4. email
5. nama sekolah
*HANTAR KEPADA :
1. islamicerpen@yahoo.com
atau
2. ‘CD’kan dan hantar ke alamat berikut :
IKATAN MUSLIMIN MALAYSIA
NO 25-1-1 & 27-1-1,
Jalan Medan Pusat Bandar 1A,
Medan Pusat Bandar, Seksyen 9,
43650, Bandar Baru Bangi, Selangor D.E
UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA LAYARI LAMAN WEB KELAB REMAJA ISMA
http://remajaisma.wordpress.com/
AYUH JANGAN LEPASKAN PELUANG ANDA UNTUK MENUNJUKKAN BAKAT PENULISAN ANDA DAN MEREBUT HADIAH YANG LUMAYAN.








salam. tarikh tutup cerpen ni bila ya?
Wsalaam. Tarikh tutup adalah pada 30 Jun baru-baru ini. Adik ada cerpen?
Salam..
maklumat tentang pertandingan ini ada ditampal di sekolah saya, tapi, tarikh tutupnya pada 1 ogos..
tarikh tutup pada 30 Jun lepas. Buat masa ini, semua cerpen yang telah dihantar, didalam proses penghakiman.
Ws. Insha Allah, nama para pemenang akan diumumkan pada awal ogos ini. Insha Allah, majlis penyampaian hadiah akan dijalankan sebelum Ramadhan menjelang.
Assalamualaikum,boleh saya tahu bila keputusan pemenang diumumkan ya?.