Kem Modal Insan Cemerlang (KEMUDI) bersama SMK(A) Kuala Abang

Hooray!!!

Alhamdulillah, selesai daripada penganjuran program di SM Teknik Dungun, tim KRIM Terengganu sekali lagi berkumpul bersama, berganding bahu dengan Unit Bimbingan dan Kaunseling SMKAKA, di bawah seliaan GBK Yaslan Aziz dan GBK Zaitun dalam menganjurkan Kem Modal Insan Cemerlang (KEMUDI). Bertempat di Homestay Pasir Raja, program 3 hari 2 malam ini meninggalkan banyak kenangan manis dan pengalaman baru bagi peserta serta para fasilitator.

Rombongan sekolah tiba di homestay pada pagi Khamis dan diisi dengan slot2 kelolaan UBK. Pada sebelah petangnya, KRIM Terengganu kemudian mengendalikan slot icebreaking serta pembahagian kumpulan. Dapat dilihat disini, walaupun para peserta rata-ratanya telah saling mengenali untuk beberapa tahun, masih banyak yang belum diketahui tentang rakannya. Selanjutnya, peserta membuat bendera dan moto bagi setiap kumpulan. Masha Allah, kerjasama yang ditunjukkan oleh para peserta sangat memberangsangkan! Pada malamnya, Ustaz Fakhruddin, guru Bahasa Arab di SMKAKA dan merupakan Bendahari ISMA Terengganu memberi talk tentang Mencari Keredhaan Ilahi dari perspektif seorang pelajar.

Subuh Jumaat dimulai dengan aktiviti qiyamullail, solat dan kuliah subuh yang diberikan oleh Cikgu Hasyim. Kemudian, para peserta berjoging megelilingi Kampung Pasir Raja. (Rupa-rupanya, fasi nak tunjukkan hint tempat untuk Amusing Race!!) Slot 1 dan 2 dikendalikan oleh Saudara Mohammad Nor Bakri, Pengarah KRIM Terengganu yang menyampaikan slot Anda Hebat! dan Kunci Kejayaan. Rata-rata peserta memberikan respon yang baik dan motivasi yang tinggi usai slot-slot ini. Pn Rosmani, PK 1 telah hadir untuk menyampaikan “Pesan Bonda’ dan berkongsi cerita serta mendengar pandangan daripada pelajar sekalian.

Acara kemuncak pada hari Jumaat, Amusing Race  membuatkan para peserta sangat teruja. Para peserta berkeliling kampung dalam mencari cekpoint dan menyelesaikan misteri kampung Pasir Raja. Pelbagai insiden menarik, suka dan duka semua kumpulan dikongsi pada sesi sebelah malamnya. Nyata, Amusing Race menguji semangat setiakawan, kepintaran dan kreativiti adik-adik dalam melaksanakan semua tugasan.

YDP ISMA Terengganu, Ustaz M Zalani Ibrahim telah diundang memberi ceramah, Hakikat Kejayaan kepada para peserta. Sedikit sebanyak, terdapat sisi pandang yang baru tentang kejayaan yang dikongsi dengan adik-adik.

Menjelang hari terakhir, rata-rata peserta masih bersemangat mengikuti aktiviti terutama apabila mendapat peluang mandi sungai! Terpancar kepuasan pada wajah para peserta, dapat beraktiviti dalam air dan bermain bersama-sama. Sesi santai minda diharap memberi kesegaran kepada adik-adik untuk menempuh hari-hari disekolah nanti.

Sementara menanti ketibaan bas untuk pulang ke sekolah, para peserta bermain Debat Minda. Masing-masing kumpulan mahu mempertahankan tempat ke Dunia Baru, malangnya, 2 kumpulan yang tewas terpaksa memberikan tempat kepada mereka yang berjaya. Slot yang bertujuan mendidik keberanian dan kemampuan berhujah di khalayak ramai memberikan pengalaman baru kepada adik-adik yang sebelum ini jarang-jarang berinteraksi di depan ramai.

Sebelum pulang, acara penyampaian hadiah disampaikan kepada para peserta. Kumpulan yang mengungguli KEMUDI kali ini adalah Kumpulan Kakarianz, diikuti oleh Sweet Mujahidah, Qawiyyun Nisa’, Salahuddin Al-ayyubi dan Asadullah. Peserta terbaik lelaki adalah adik Muawwiz Rayah manakala peserta terbaik perempuan adalah Aqilah Humaira’. Tahniah diucapkan kepada semua!

Secara keseluruhannya, program KEMUDI berjaya mencapai objektif-objektif yang disasarkan dan membina hubungan yang erat dengan UBK SMKAKA. Semoga lebih banyak program dapat dianjurkan pada masa hadapan dan dengan lebih ramai peserta supaya manfaat yang banyak dapat disebarluaskan.

Terima kasih daripada tim KRIM Terengganu kepada peserta dan UBK SMKAKA!

2 responses to “Kem Modal Insan Cemerlang (KEMUDI) bersama SMK(A) Kuala Abang

  1. Berkawan dengan orang baik-baik diumpamakan dengan berkawan dengan penjual minyak attar , dapat juga wangiannya . Sebaliknya berkawan dengan orang yang tak baik (jahat) diumpamakan dengan berkawan dengan tukang besi , baunya dan kadang kadang percikan bunga api mengenai bajunya dan berlubang lubang.
    Wah !
    Jadikan diri seperti lebah , jangan jadikan diri seperti lalat… jzkk

Leave a comment