Remaja Sepakat Tolak Tuntutan COMANGO

Dungun, 21 Disember –  Sekumpulan remaja telah sepakat dan dengan lantangnya menolak isu tuntutan Coalition of Malaysian NGO (COMANGO) iaitu merujuk kepada Gabungan Pertubuhan Bukan Kerajaan Malaysia.  Antara tuntutan mereka yang jelas bertentangan dengan syariat Islamdan mencabar kedudukan orang Melayu  ialah menuntut kebebasan untuk murtad, membenarkan perlakuan seks songsang, membenarkan dakyah Kristianisasi dan Syiah, menghapuskan hak keistimewaan orang Melayu dan menghapuskan hukuman Syariah.

Remaja tersebut adalah terdiri daripada peserta-peserta Kem Remaja Wawasan (KREW) 2013 anjuran Kelab Remaja ISMA (KRIM) cawangan Dungun . Isu COMANGO telah dijadikan sebagai topik  di dalam sesi debat parlimen yang bertajuk COMANGO: Sebuah Perjuangan Hak Asasi Manusia atau Pencabar Kedaulatan Islam & Perlembagaan Negara. Slot ini telah menjadi topik perdebatan hangat antara peserta. Mereka telah dipecahkan kepada beberapa kumpulan sebagai mewakili NGO-NGO Islam yang akan bertanggungjawab dalam membentangkan hujah-hujah di dalam parlimen bagi meyakinkan Perdana Menteri dan ahli Kabinet supaya menolak tuntutan-tuntutan COMANGO. Pada masa yang sama, empat orang wakil jurucakap dari COMANGO juga diberikan peluang untuk membentangkan hujah-hujah mereka berkenaan dengan Hak Asasi Manusia dan tuntutan-tuntutan mereka.

Peserta lelaki KREW 2013

Peserta lelaki KREW 2013

Peserta Perempuan KREW 2013

Peserta Perempuan KREW 2013

Pada akhirnya, kumpulan remaja yang mewakili NGO-NGO Islam telah bergabung dan sepakat membuat resolusi seperti berikut kepada pihak kerajaan Malaysia:

  • Jika kerajaan Malaysia menerima tuntutan-tuntutan COMANGO, ianya akan merosakkan imej Malaysia sebagai sebuah Negara Islam dan seterusnya akan menimbulkan kemarahan di kalangan orang-orang sendiri.
  • Tuntutan COMANGO akan mengancam keamanan dan menggugat keselamatan  negara di mana sudah terbukti negara-negara yang mempunyai penganut Syiah akan cuba memporak perandakan pentadbiran yang dikuasai oleh orang-orang Sunnah.
  • Hak keistimewaan orang Melayu dan Islam akan tergugat sebagai kaum peribumi di Tanah Melayu. Laporan mereka yang mempersoalkanseorang bapa Muslim tidak berhak dalam hal mengislamkan anak-anak mereka yang di bawah umur adalah jelas melampau.
  • Dakyah Kristianisasi akan berleluasa dan tidak mustahil Malaysia akan menjadi negara Kristian dalam tempoh 10 hingga 15 tahun akan datang jika tuntutan COMANGO diterima.

Akhirnya sesi debat digulungkan dan pihak Kerajaan amat berpuashati dan jelas dengan hujah-hujah yang telah dibentangkan oleh kumpulan remaja muslim. Pihak kerajaan bersetuju dan bertegas untuk menolak tuntutan COMANGO dan akan bekerjasama dengan lebih serius dengan NGO-NGO untuk memastikan kedaulatan Islam terus terpelihara di Negara ini.

Semua peserta   berpuashati dengan penganjuran Kem Remaja Wawasan pada tahun ini yang telah diadakan selama 2 hari 1 malam di D’Pengkalan Nature & Lodge, Rantau Abang, Dungun Terengganu. Mereka telah didedahkan dengan pelbagai aktiviti menarik seperti Quran Amazing Race, aktiviti berakit, Night Walk, sesi mengenali potensi diri, aktiviti dalam kumpulan, slot Qiamullail, pengisian rohani dan lain-lain lagi. Menurut Pengarah program Kem Remaja Wawasan 2013 iaitu Encik Ahmad Marwan, semua aktiviti yang dijalankan adalah berobjektif untuk membentuk peribadi remaja supaya mempunyai jatidiri yang tinggi sebagai seorang Islam. Para peserta juga didedahkan dengan kefahaman sebenar tentang agama Islam yang syumul dan kepentingan untuk memimpin diri sendiri dengan berkesan supaya dapat memimpin masyarakat suatu hari nanti.

"Mungkin jawapan ada dalam Al-Quran.."

“Jom rujuk Al-Quran kejap, mungkin ada jawapan dalam ni..”

Apa yang penting? Kerjasama..

Apa yang penting? Kerjasama..

Kem Remaja Wawasan adalah merupakan program tahunan yang diadakan khas untuk pelajar-pelajar yang berumur 13 hingga 17 tahun. Kem ini telah dikendalikan oleh fasilitator-fasilitator yang telah berpengalaman lebih 5 tahun dalam mengendalikan program-program untuk pembangunan remaja. Mereka juga telah dibantu oleh seorang penceramah yang bertauliah dalam bidang Latihan dan Perundingan secara sepenuh masa iaitu Encik M Nor Bakri daripada Caliph Mind Training & Consultancy.

KREW 2013, sangat TERBAIK!

KREW 2013, sangat TERBAIK!

Pihak penganjur iaitu Kelab Remaja ISMA (KRIM) cawangan Dungun berharap agar para peserta dapat mengambil seberapa banyak mungkin pengalaman dan pengetahuan yang baik sebagai bekalan untuk meniti kehidupan di alam remaja mereka yang penuh dengan cabaran dan dugaan.

Kem Remaja Wawasan (KREW) 2013 semakin hampir!

Image

Kelab Remaja ISMA (KRIM) cawangan Dungun akan menganjur program cuti sekolah tahunan ini pada 20-21 Disember 2013 di D’Pengkalan Resort, Rantau Abang.

Program yang menitik beratkan pembentukan jati diri Muslim kepada para remaja ini pasti menyajikan pelbagai aktiviti indoor dan outdoor yang sangat menarik kepada para peserta.

Ayuh mendaftar segera! Masa untuk mencipta kenangan semakin hampir. Jumpa anda disana! 🙂

 

p/s: Boleh rujuk Page Facebook kami, ‘Briged KRIM Dungun’ atau menghubungi nombor telefon yang tertera dibawah untuk mengetahui maklumat lanjut.

 

Image

Niat dan Kepentingannya

Semuanya kerana Allah

Semuanya kerana Allah

Daripada Amirul Mukminin Abu Hafs Umar bin al-Khattob r.a., kata beliau: “Saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: “ Hanyasanya (sah atau sempurna) segala amalan dengan niat. Hanyasanya untuk setiap orang apa yang dia niatkan. Oleh itu sesiapa yang berhijrah kepada Allah dan Rasul-Nya. Sesiapa yang berhijrah kerana dunia yang akan diperolehinya atau perempuan yang akan dikahwininya, maka hijrahnya adalah kepada tujuan dia berhijrah tersebut. “(Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Daripada hadis di atas adalah dapat dilihat bertapa pentingnya niat sebelum melakukan sesuatu amalan. Samaada baik atau buruk amalan sesaorang itu ditentukan atas niat seorang mukmin tersebut. Tidak lengkap niat tanpa rancangan seperti niat solat tanpa rukun solat itu sendiri. Ini adalah bagi memastikan segala yang diniatkan dapat dilaksanakan seperti yang dirancang. Jika niat tidak disusuli dengan rancangan, niat kita akhirnya akan hanya tinggal niat sahaja.

Apakah sebenarnya kepentingan niat dalam hidup seharian kita? Kerap kita kaitkan niat dengan ibadat seperti solat, puasa dan haji. Tapi sedarkah kita niat sebenarnya memainkan peranan penting dalam kehidupan seharian kita?

Berniat bukan sahaja membolehkan seseorang itu beroleh pahala, malah niat juga akan membentuk diri kita supaya menjadi orang yang berdiciplin. Dengan berniat, kemudian merancang dan berusaha utk mengikut segala yang dirangcang, menjadikan perjalanan sesaorang itu teratur.

Kami ingin jadi Pemuda Mukmin!

Kami ingin jadi Pemuda Mukmin!

Niat juga sangat penting sewaktu kita masih muda remaja. Ini dapat dilihat apabila kita sudah meningkat dewasa, bekerjaya dan sudah berkeluarga. Hala tuju kita selepas itu akan bergantung kepada niat dan rancangan yang kita cipta sewaktu kita muda itu. Jika baik niatnya dan disusuli dengan perancangan yang teratur, Insyaallah akan dipermudahkan segala rancangan kita akhirnya.

Namum harus kita ingat, manusia hanya merancang Allah yang menentukan segala sesuatu. Sukar untuk segala rancangan kita bejalan dengan lancar disebabkan oleh halangan-halangan yang tidak dijangka menyusul kemudiannya. Walau bagaimanapun, segala halangan-halangan dan kegagalan yang menimpa kita akan menjadikan kita lebih matang bagi menghadapi segala ujian lain yang bakal mendatang. Juga harus kita ingat, dengan niat yang baik Allah pasti akan membantu memudahkan segala urusan kita dan memberi ganjaran yang besar kepada sesiapa yang berusaha.

 

Coretan oleh,

MBA [Aktivis KRIM Dungun]