SPM oh SPM….

med.jpg Bahang peperiksaan dirasai oleh pelajar Tingkatan 5 di seluruh negara yang telah mula meduduki peperiksaan SPM pada 12 November yang lalu. Hari pertama SPM dilalui oleh para pelajar dengan pelbagai perasan dan reaksi yang berbeza. Ada yang memperlihatkan wajah yang berkeyakinan tinggi, ada yang berkerut dahi dan ada juga yang “no komen”. Walau apa pun keadaan, para pelajar perlu ingat sebagai seorang muslim kita sebenarnya mempunyai senjata rahsia yang tidak dimiliki oleh orang lain. Tidak dinafikan bahawa seluruh pelajar Tingkatan 5 di seluruh negara telah memerah otak dan keringat mengulangkaji pelajaran. Namun, pelajar-pelajar muslim mempunyai Allah yang akan sentiasa mendengar hajat, rintihan dan permintaan selagi mana kita berdoa kepadaNYA

doaku.jpg

Jadi di sini disertakan doa ketika menghadapi kesulitan, yang ma’thur daripada Rasulullah SAW. Berdasarkan sebuah hadis, yang mana Anas r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW pernah berdoa;

اللهم لا سهل إلا ما جعلته سهلا و أنت تجعل الحزن إذا شئت سهلا

Allahumma la sahla illa ma ja’altahu sahla wa anta taj’alul hazna iza shi’ta sahla

“Ya Allah, tiada kemudahan melainkan apa yang Engkau jadikan mudah, dan Engkau dapat menjadikan tanah (yang sulit dan keras), (yakni kesusahan), itu mudah jika engkau mahukan” – Hadith diriwayatkan oleh Ibnu Sinni dan juga Ibnu Hibban

Dengarkan demo pembacaan doa ini oleh Syeikh Mishary El Fassy

2 responses to “SPM oh SPM….

  1. Pingback: Oh SPM! « SAM Sultan Hisamuddin Sg. Bertih, Klang

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s