KRIS PANTAI TIMUR 07: Membangun Potensi Kepimpinan Remaja Mukmin

dsc03175.jpg

MERANG 6-8 Disember 2007 – Kem Remaja ISMA (KRIS) Zon Pantai Timur telah berjaya diadakan dengan jayanya di Kembara Resor Merang, Setiu. Kem ini telah dihadiri oleh 36 orang perserta lelaki dan 16 orang peserta perempuan yang hadir dari seluruh negeri Terengganu dan Kelantan. Antara objektif utama program ini adalah untuk memupuk dan mewujudkan satu bi’ah (persekitaran) yang soleh di samping mengisi masa cuti persekolahan dengan aktiviti yang mampu meningkatkan lagi potensi diri di kalangan remaja. Penglibatan peserta dari 2 buah negeri Pantai Timur juga diharap dapat menjalin ukhuwah islamiyah di antara peserta mahu pun pihak penganjur

dsc03187.jpg

Pengalaman peserta solat duha jamaie di tepi pantai

dsc03182.jpg

Peserta dan fasilitator mengambil peluang berta’aruf

Pelbagai aktiviti telah dijalankan selaras dengan tema kem remaja pada tahun ini iaitu “Membangun Potensi Kepimpinan Remaja Mukmin”. Para peserta telah dilibatkan dengan pelbagai aktiviti indoor dan outdoor yang dilakukan secara berkumpulan di samping beberapa pembentangan yang diharap dapat memberi kesan secara langsung dan tidak lansung kepada para peserta. Antara aspek lain yang turut ditekankan juga dalam program ini tahap disiplin baik yang cuba diterapkan di kalangan peserta remaja

Secara keseluruhannya sebahagian besar peserta berpuas hati dengan perjalanan keseluruhan program remaja ISMA pada tahun ini. Pihak penganjur juga mengharapkan agar para peserta dapat memanfaatkan sepenuhnya segala bentuk perkongsian dan input-input berguna yang telah dilalui sepanjang program. Dari Pihak KRIM Terengganu, kami berharap peserta dapat mengikuti segala program yang akan diatur di masa hadapan. Untuk tempoh masa yang terdekat ini, kami telah merancang untuk mengadakan Seminar Lepas SPM yang akan memeberi input dan informasi yamg berguna buat pelajar-pelajar lepasan SPM untuk ke IPT kelak

Video klip rasmi Kem Remaja ISMA (KRIS) Zon Timur 2007 :

One response to “KRIS PANTAI TIMUR 07: Membangun Potensi Kepimpinan Remaja Mukmin

  1. well done.Excellent work.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s