SEMINAR LEPASAN SPM 2007: CUDIPT – KEMAMAN

GELIGA, Kemaman: 2 Februari 2008 – Seminar Lepasan SPM: CUDIPT telah berjaya dianjurkan oleh KRIM Terengganu dengan kerjasama Bahtera Training Sdn Bhd. Bagi KRIM Terengganu, ini merupakan seminar yang kedua telah dianjurkan selepas Seminar Lepasan SPM 2007 yang diadakan di Paka akhir Disember lepas. Ini juga merupakan program usaha sama pertama antara pihak KRIM dan Bahtera Training.

dsc03437.jpg dsc03435.jpg

Ianya telah dihadiri oleh para pelajar lepasan SPM dari sekolah-sekolah di sekitar Daerah Kemaman. Seperti kebiasaan, seminar ini banyak memuatkan panduan-panduan bagi para lepasan SPM untuk melanjutkan pelajaran ke IPT kelak di samping slot motivasi remaja yang telah disampaikan oleh pihak Bahtera Training.

Pihak KRIM Terengganu akan cuba untuk merancang satu lagi program susulan bagi para lepasan SPM yang akan lebih mengfokuskan isu-isu teknikal tentang kemasukkan ke IPT. Kami juga amat mengalu-alukan kerjasama dari pihak-pihak lain untuk memastikan agar para pelajar (sama ada ahli KRIM yang berdaftar atau tidak) mendapat input yang terkini dan informatif. KRIM Terengganu hanya mengharapkan agar para pelajar dapat memanfaatkan segala peluang yang ada supaya pembelajaran mereka dapat diteruskan ke peringkat yang lebih tinggi

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s