Debaran Sebuah Penantian Yang Menghampir

2008 Tahun Penantian. Bagi ahli politik dan kebanyakan rakyat jelata,jelas tahun ini merupakan sebuah penantian yang ditunggu untuk memilih bakal pemimpin yang akan menerajui Negara. Bulan Mac yang bakal menjelang tiba tidak lama lagi, menambahkan lagi debaran sang penunggu.

Namun, bagi sekelompok manusia lain yang dilahirkan ke dunia sekitar tahun 90an, tahun ini merupakan tahun di mana mereka menantikan sebuah keputusan yang bakal menjadi titik tolak perubahan dalam hidup mereka. Walaupun ianya bukan suatu keputusan yang sama sekali bakal merubah kehidupan mereka, namun ia merupakan satu titik daripada beberapa titik pusingan yang bakal merubah hala tuju dan matlamat hidup mereka. Manantikan terjelmanya keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang baru diduduki sebelum ini, merupakan satu penantian yang cukup menyiksakan bagi sebahagian daripada mereka. Bagi sebahagian yang lain pula, ia mungkin tidak memberikan apa-apa kesan. Walau apa pun perasaan yang dirasai, keputusan yang bakal diterima pasti sedikit sebanyak merubah persepsi mereka akan hakikat kehidupan ini.

Percayalah! Pada setiap satu penciptaan atau peristiwa yang berlaku dalam hidup seseorang Muslim, pasti ada hikmah dan petunjuk yang ingin dikongsikan oleh yang Maha Mencipta. Segala peraturan,keputusan,natijah, dan segala-galanya adalah di bawah kekuasaanNya dan Dia berhak mengubahnya mengikut IradahNya. Seperti dalam satu kata-kataNya yang dinukilkan dalam KitabNya yang mulia,


Maha Suci Allah yang di tangan-Nyalah segala kerajaan, dan dia Maha Kuasa atas segala sesuatu, (Al-Mulk,Ayat 1)

Dia yang menguasai kerajaan langit dan bumi pastinya telah mengaturkan sesuatu buat kita.Namun, di sebalik semua ini ada satu hakikat yang sama-sama harus kita fahami.Suatu hakikat di mana segala ketentuan dan ketetapan yg ditetapkan adalah di dalam rahsiaNya. Berjaya atau gagal, 10 atau 2 A, lulus atau pon tidak, semuanya di luar pengetahuaan kita. Namun kita sering dianjurkan untuk terus menerus berdoa,mengharap,dan sentiasa menagih kasihnya agar diberikan yang terbaik buat kita.

denaialam.jpg

Keputusan yang bakal menjelma tidak lama lagi tidak seharusnya menjadikan kita seorang manusia yang lemah. Malah, ianya harus menjadikan kita terus menerus yakin akan segala ketentuan yang yang ditetapkan ke atas kita.Walaubilapun keputusan itu keluar,kita seharusnya sentiasa bersabar dan memperbanyakkan berdoa. Seperti yang sering diperingatkan kepada kita,


Dan Tuhanmu berfirman: “Berdoalah kepada-Ku, niscaya akan Kuperkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah-Ku *akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina dina”. (Al-Ghafir-60)

* yang dimaksud dengan menyembah-Ku di sini ialah berdoa kepada-Ku.

Apabila harinya telah tiba, di mana telah sampai waktunya keputusan itu akan di umumkan, sediakanlah pemikiran dan perasaaan kita untuk menghadapi segala keputusanNya itu. Setiap yang berlaku dan apa pun keputusannya, adalah tanda rahmat dan kasih sayangNya kepada kita.Dia tidak akan pernah sekali menganiaya atau melupakan kita. Apa yang bakal diterima telah diukur dan pastinya dapat diterima kita. Yakinlah dengan fimanNya yang mulia ini,

Allah menghendaki kemudahan bagimu, dan tidak menghendaki kesukaran bagimu. dan hendaklah kamu mencukupkan bilangannya dan hendaklah kamu mengagungkan Allah atas petunjuk-Nya yang diberikan kepadamu, supaya kamu bersyukur. (Al-Baqarah :185)

Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (mereka berdoa): “Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. beri ma’aflah Kami; ampunilah Kami; dan rahmatilah kami. Engkaulah penolong kami, Maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir.” (Al-Baqarah-286)

Untuk akhirnya, inigin dikongsikan di sini beberapa tips setelah selesai mendapat keputusan SPM nanti:

  1. Jika berjaya bersyukurlah dan jika tidak pun bersyukurlah kerana pasti ada hikmah bagi kedua-duanya.
  2. Manfaatkan masa 10 hari yang dibekalkan untuk betul-betul mengemaskini segala permohonan dalam talian (online application) yang telah dibuat. Manfaatkan 3 percubaan yang diberikan untuk memilih dan mengisi borang denagn teliti.
  3. Bagi pemilihan kursus atau bidang yang yang bakal diceburi, ambil sedikit usaha untuk bertanya tentang selok belok kursus yang ditawarkan. Pastikan ianya bersesuaian dengan minat dan citarasa anda. Elakkan daripada membuat keputusan kerana teriku-ikut denagn rakan-rakan anda.
  4. Pastikan sentiasa membaca akhbar untuk mencari notis pemberitahuan mengenai kemasukan ke IPTA/IPTS ataupun ke mana-mana institut kemahiran yang ada. Kebiasaannya, kebanyakan universiti akan memaparkan iklan kemasukan ke universiti mereka menerusi akhbar.
  5. Pastikan setelah selesai urusan permohonan kemasukan, jangan lupa membuka Akaun Sijil Simpanan Pendikan Nasional (SSPN) untuk membolehkan anda memohon bantuan pinjaman pelajaran seperti PTPTN dan sebagainya.
  6. Akhirnya, pastikan mental dan pemikiran anda telah bersedia untuk melangkah ke alam menara gading. Pastikan di sana nanti, anda mengenal pasti rakan-rakan yang baik yang mampu bersama-sama membantu menjaga diri sepanjang pembelajaran di sana.
  7. Bagi yang kurang berjaya untuk memohon, ingatlah ia bukan noktah pengakhiran hidup anda.Carilah peluang-peluang lain yang untuk anda mengembangkan potensi diri anda.Usah berputus asa dan teruskan berusaha!

graduate.gif

KRIM Terengganu ingin mengambil kesempatan ini mengucapakan ’Semoga Berjaya” dan ”Semoga Kejayaan Menjadi Milik Anda Semua”.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s