Seminar Motivasi-Sek Men Keb Chukai, Kemaman

Kemaman-( 22 Mei 2008 ) Bertempat di Sekolah Menengah Kebangsaan Chukai, Kemaman, Kelab Remaja ISMA (KRIM) Terengganu dengan kerjasama Bahtera Training Consultant telah menganjurkan satu program motivasi untuk para pelajar tingkatan lima di sekolah tersebut. Seramai 14 orang pelajar lelaki dan 31 orang pelajar perempuan telah terlibat dalam program tersebut. Bersama penceramah berkaliber, Usaz Zukifli Ibrahim (Ustz Zul) dan Che Wan Asri Che Wan Abdullah (Bro Asri), pelbagai permasalahan remaja sekolah telah dikupas dan diseliti dengan pelbagai input-input motivasi yang diharapkan dapat meningkatkan kesedaran para pelajar akan peri pentinganya untuk kembali memiliki jati diri seorang pelajar Muslim agar tidak terjerumus ke dalam kancah kerosakan muda-mudi zaman ini.

Pelajar Putera

Program dimulakan tepat jam 9:00 pagi dengan di pengerusikan oleh seorang pelajar dari sekolah tersebut.Aktiviti ice-breaking dilakukan terkebih dahulu oleh Bro Asri bagi memanaskan badan sebelum meneruskan ceramah motivasi.Slot pertama dibentangkan oleh Ust Zul dengan bertemakan ‘Mengenal Diri, Menepati Janji’.Dlm slot selama satu jam setengah tersebut, tiga porsoalan pokok dalam kehidupan diketengahkan iaitu:1. Dari mana aku datang? 2. Untuk apa aku berada di dunia? 3. Ke mana akan aku pergi selepas ini?

Pelajar Puteri

Slot kedua diteruskan dengan pembentangan daripada Bro Asri yang bertajuk ‘Menuju puncak’ .Dlm pembentangannya, Bro Asri menceritakan gejala-gejala social yang berlaku di kalangn remaja dan peri pentingnya remaja masa kini kembali ke pangkal jalan dan membina semula jati diri sebagai seorang Muslim.Beberapa tayangan video yang menarik telah dipertontonkan kepada para pelajar untuk dijadikan pengiktibaran.

Program sehari bersama pelajar-pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Chukai akhirnya melabuhkan tirai pada jam 1tengah hari.Terima kasih diucapkan kepada warga sekolah di atas kesudian menerima kunjunagan KRIM Terengganu dan Bahtera Training Consutant.Sampai berjumpa lagi!🙂

3 responses to “Seminar Motivasi-Sek Men Keb Chukai, Kemaman

  1. telah lama kami menanti perkembangan terbaru KRIM Terengganu…teruskan usaha

  2. teruskan menuju kejayaan! warga smk chukai is de best!

  3. ..lepas ni buat kat smk chukai lagi!!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s