Rahsia 3:Tumpuan

Kita teruskan lagi dengan rahsia yang ketiga iaitu Tumpuan atau Focus. Pelajar berjaya sentiasa memberikan tumpuan terhadap setiap perkara yang mereka lakukan. Mereka juga tahu kepentingan memberi tumpuan dalam kelas dan bagaimana hendak memberikan tumpuan itu.

Sebenarnya,tumpuan adalah ibu kepada kecemerlangan. Setiap kali keputusan peperikasaan diumumkan makam wartawan akan menemuramah dan bertanya tentang rahsia pelajar-pelajar yang cemerlang. hampir kesemua daripada mereka akan mengatakan bahawa rahsia utamanya adalah tumpuan yang bersungguh-sungguh ketika guru mengajar. Dalam satu hadith, baginda Rasulullah SAW telah bersabada,

Sesungguhnya Allah suka kepada seseorang kamu yang apabila melakukan sesuatu kerja maka dilakukannya dengan bersungguh-sungguh (itqan). (al hadith)

Maksud ‘itqan’ dalam bahasa Arab adalah melakukan sesuatu dengan penuh komitmen, kemahiran yang tinggi dan iltizam. Oleh itu, memberi tumpuan atau fokus pada setiap perkara bukan sahaja akan menjamin kecemerlangn kerja yang dilakukan, sebaliknya perbuatan itu juga mengundang kesukaan Allah pada kita. Bayangkan para pelajar sekalian, andai sekiranya Allah menyukai perkara yang kita lakukan, pasti Dia akan membantu dan memberi kejayaan kepada kita.

Semua pelajar mahukan markah 100% dalam peperiksaan.Namun, dari mana datangnya markah 100% ini? Ianya datang daripada tiga aktivit beljar yang utama iaitu: tumpuan dalam kelas, kerja/latihan sekolah dan ulangkaji.Walaupon markah 100% datang dari tiga aktiviti belajar, tetapi sumbangan peratusannya berbeza. Tumpuan dalam kelas memberikan lebih kurang 50% sumbangan markah,kerja sekolah 20% dan selebihnya datang daripada mengulangkaji pelajaran. Maknanya, kalau pelajar hanya memberikan tumpuan sepenuhnya dalam kelas terhadap apa yang diajar oleh guru di dalam kelas, makan dia hanya akan mendapat lebih kurang 50% dalam peperiksaan kelak. Sekiranya pelajar memberikan tumpuan di dalam kelas dan menyiapkan kerja dan latihan yang diberikan, maka di mungkin akan mendapat lebih kurang 70% markah dalam peperiksaan. Oleh itu, andai sekiranya anda inginkan 100% markah, maka dia mesti melakukan ketiga-tiga aktiviti yang telah dinyatakan tadi.

Persoalan seterusnya, bagaimana untuk memberi tumpuan dan fokus? Berikut adalah beberapa tips penting yang boleh dilakukan untuk meningkatkan tumpuan di dalam kelas.

  • Jangan mengalihkan pandangan daripada material yang diajar (bukan pandang pada cikgu ye..) kerana 80% daripada tumpuan datangnya daripada mata.
  • Dengar dan fahami betul-betul apa yang disampaikan oleh guru.
  • Awasi minda anda (jangan mengelamun). Ada kalanya fikiran kita akan melayang. Pastikan anda kembali memberikan tumpuan sedaya upaya.
  • Awasi diri anda jangan sampai diganggu oleh rakan dan jangan pula mengganggu rakan anda.
  • Buat catatan. Otak manusia tidak mampu merekodkan apa yang diajarkan oleh guru. Catat perkara yang disampaikan melalui lisan atau catatan di papan tulis. Catat setiap perkara yang anda tidah faham walaupon ianya nampak mudah dan akhir sekali catat apa jua persoalan yang ada dalam fikiran (yang berkaitan pelajaran).

Disamping tumpuan dalam kelas, anda juga mesti memberikan tumpuan seratus peratus ketika mengulangkaji pelajaran. Sekiranya anda mahu belajar selama satu jam, pastikan tumpuan anda ialah selama 60 minit. Elakkan belajar sambil melakukan perkara-perkara lain seperti menonton televisiyen, makan minum, berbual dalam talifon dan sebagainya. Aktivit-aktiviti ini akan membuatkan anda hilang tumpuan. Letakkan jam di depan anda dan pastikan anda belajar selama 60 minit. Cuba lakukannya dan anda pasti dapati banyak sebenarnya yang boleh dibaca dan difahami sekiranya anda bersungguh-sungguh memberikan tumpuan dalam satu jam itu. Selamat mencuba!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s