Rahsia 4 : Perancangan

Alhamdulillah..3 rahsia pertama telah sama-sama kita telusuri dan hayati.Mudah-mudahan, ketiga-tiga rahsia yang awal dapat dipraktikkan dan diadaptasi dalam kehidupan seharian pelajar.

Rahsia ke empat pula adalah perancangan ataupon planning.Pelajar berjaya mempunyai perancangan yang teratur dan tahu memanfaatkan masa sebaik-baiknya.Mereka juga tahu menilai masa dan bagaimana untuk menghargainya.Mereka mempunyai jadual yang berkesan yang membolehkan mereka memantau kemajuan tahap penguasaan pelajaran mereka. Mereka seringkali memanfaatkan masa yang ada untuk kerja-kerja mengulangkaji pelajaran dan kerja-kerja lain yang berfaedah. Ini bertepatan dengan saranan dari Baginda Rasulullah SAW mengenai keelokan atau kesempurnaan seorang muslim dan juga suruhan dan perintah dari Allah SWT dalam ayatnya

“Sesungguhnya beruntunglah orang-orang yang beriman, (yaitu) orang-orang yang khusyu’ dalam sembahyangnya,Dan orang-orang yang menjauhkan diri dari (perbuatan dan perkataan) yang tiada berguna” (Al-Mu’minun:1-3)

“Sebagian daripada keelokan islam itu ialah meniggalkan apa-apa yang tidak memberi manfaat kepadanya”

(hadith riwayat Imam Tirmizi dalam himpunan Hadith 40 Karangan Imam Nawawi)

Anda perlu merancang Jadual Harian dan Jadual Belajar anda.

  • Jadual harian adalah jadual yang anda gunakan untuk merancang aktivit harian anda seperti belajar, riadah, istirehat, ibadah, tuisyen, sekolah dan sebagainya
  • Jadual belajar pula ialah jadual yang anda gunakan untuk merancang topik-topik serta subjek-subjek yang anda mahu ulangkaji setiap hari.

Untuk memudahkan perancangan, cuba rancangkan jadual belajar mengikut jadual mingguan.Misalnya, sekiranya anda merancang untuk mengulangkaji subjek Sains dan ada dua belas bab yang perlu diselesaikan dalam masa enam bulan, maknanya anda perlu menghabiskan 2 bab dalam masa 2 bulan ataupon separuh bab seminggu.

Langkah seterusnya, perincikan setiap bab yang ingin diulangkaji pada setiap minggu hingga habis semua bab yang dirancang jadualnya dalam tempoh enam bulan itu. Mengapa perlu mingguan dan bukan harian? Ketahuilah, bahawa pelajar adalah manusia dan bukannya robot atau mesin. Kita bukanya robot yang boleh diprogramkan untuk melakukan sesuatu perkara secara konsisten setiap hari.Ada kalanya, jadual belajar terganggu atas urusan-urusan yang lebih penting dan tidak dapat dielakkan. Jadikan jadual mingguan anda fleksible namun berdisiplinlah dalam mematuhinya.Rancanglah pembelajaran anda sebaik mungkin.Mudah-mudahan pernacangan yang terliti dan sempurna bakal membuahkan natijah yang diimpikan.


“Manusia tidak pernah merancang untuk gagal tetapi selalunya manusia gagal untuk merancang”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s