Rahsia 5 :Strategi Belajar

KRIM Terengganu kembali lagi untuk berkongsi dengan para pembaca sekalian berkenaan rahsia yang seterusnya iaitu strategi belajar.Pelajar berjaya kerana mereka mempunyai startegi belajar yang berkesan serta teknik belajar yang mantap. Mereka mengamalkan pelbagai teknik belajar seperti teknik mengingat dan teknik mengambil nota yang baik. Di samping itu,mereka juga belajar secara berkumpulan.

Untuk cemerlang, kita perlu ada strategi yang berkesan.Menyusun strategi bagi setiap perkara adalah sangat penting dalam menentukan kejayaan dan kecemerlangan perkara yang dilakukan. Malah , mana-mana organisasi cemerlang di dunia pasti mempunyai perancangan strategik yang menjadi kerangka perjalanan organisasi tersebut.Secara mudah, perancangan strategik bermakna menentukan apa yang ingin diperolehi dan bagaimana cara yang paling berkesan untuk merealisasikannya.Islam menyuruh umatnya agar sentiasa berstrategi dalam asetiap perlaksanaan aktiviti hidup mereka.

Penetapan startegi yang cemerlang juga ditunjukkan oleh junjungan mulia kita, Rasulullah SAW dalam sirahnya yang mulia untuk sama-sama kita teladani. Masihkah kita ingat tentang hijrah Rasul ke Madinah? Bagaimana Rasulullah menyusun strategi agar penghijrahan baginda ke Madinah tidak diketahui oleh kaum musyrikin Mekah dan berlaku dengan selamat? Berikut beberapa strategi penghijrahan baginda:

  1. Memilih teman dan sahabat dalam penghijrahan iaitu Saidina Abu Bakar as-Shiddiq r.a. Abu Bakar pernah datang bertemu Rasulullah untuk meminta izin untuk pergi berhijrah.Lalu Baginda SAW bersabda,” Jangan gopoh. Semoga Allah menjadikan untukmu seorang teman”
  2. Menyediakan tunggangan yang akan membawa Rasul dan Abu Bakar ke Madinah
  3. Menyediakan penunjuk jalan yang akan mengiringi Rasul SAW dan sahabtnya. Rasulullah SAW telah mengupah ‘Abdullah bin Uraqit daripada Bani ad-Dailam bin Bakr untuk tujuan ini yang pada ketika itu masih menganut agama kaumnya.Oleh itu, Rasulullah SAW dan sahabatnya mendapatkan jaminannya dan menyerahkan tunggangan kepadanya serta berjanji untuk bertemu di Gua Tsur.
  4. Melatih ‘Ali bin Abi Talib pelan untuk memesongkan dan memperdayakan musuh, iaitu dengan tidur di tempat Rasulullah SAW.
  5. Menyediakan ‘spy’ yang akan memaklumkan mengenai keadaan musyrikin Mekah semasa baginda dan sahabatnya berada di Gua Tsur.Untuk tujuan ini, Rasuullah SAW telah mengamanahkannya kepada ‘Abdullah bin Abu Bakar r.a (anak Abu Bakar)
  6. Menyediakan orang yang akan membawa makanan dan minuman,serta menghapuskan kesan tapak kaki orang yang datang menemui Rasulullah dan sahabtnya di gua.

Begitulah strategi hijrah yang dilakukan oleh Rasullullah dan sahabatnya Abu Bakar as Shiddiq. Dan beginilah juga kita dianjur untuk sentiasa merancang dalam melaksanakan apa-apa aktiviti yang ingin kita lakukan supaya natijah dan hasilnya adalah yang terbaik.

Ringkasnya, apa yang anda ingin capai itu dipanaggil sasaran tetapi bagaimana anda mahu mencapainya itulah yang dipanggil strategi.Sasaran besar dalam hidup tidak akan tercapai tanpa disusuli dengan strategi yang mantap.Anda perlu kepada strategi agar segala usaha dan pengorbanan anda membuahkan natijah yang setimpal.

Untuk menyusun strategi ini, anda perlu kepada beberapa langkah agar strategi belajar yang dirangka berkesan dan realisitik. Antaranya adalah:

  1. Tentukan sasaran anda. Pastikan ianya tepat,khusus, dan realistik.
  2. Tentukan tempoh masa yang anda perlukan untuk merealisasikan sasaran tersebut. Tanpa penetapan tempoh masa atau ‘dateline’, kita akan mudah tersasar dari sasaran dan berkemungkinan masa yang lama diperuntukan walhal ianya dapat dilakukan dalam tempoh yang singkat.
  3. Buat analisa tentang kekuatan dan kelemahan diri. Susun strategi belajar anda agar dapat memaksimakan segala kekuatan dan potensi yang anda ada dan cuba elakkan daripada bertembung dengan kelemahan diri yang ada.Contohnya, jika anda mudah mengantuk di waktu pagi dan segar pada waktu malam,susun jadual belajar anda agar dapat memanfaatkan masa malam untuk subjek dan bahan belajar yang kritikal dan memerlukan tumpuan penuh.
  4. Susun pelan tindakan anda secara teratur bersesuaian dengan jadual harian,kekuatn diri, dan pelbagai lagi faktor yang dirasakan mampu mempengaruhi tindakan anda.
  5. Akhirnya, sentiasalah memantau, menyemak dan menilai semula pelan tindakan anda dan jika perlu dikemaskinikan.

Untuk akhirnya, beberapa tips yang perlu dititik beratkan dalam perlaksanaan pelan tindakan anda.Pelan tindakan yang terancang tidak mungkin berjaya tanpa ada perlaksanaan yang sistematik dan berkesan. Antaranya adalah:

  1. Sentiasa fleksibel dalam pendekatan yang digunakan.Ada ketikanya kita perlu mencuba beberapa pendekatan dalam mencari pendekatan yang terbaik dan sesuai dengan diri kita.
  2. Jangan tunggu segalanya sempurna baru hendak bermula. Tidak ada satu pon yang sempurna selagi ia bernama makhluk.Menantikan sesuatu perancagan yang betul-betul sempurna baru hendak mula bermakna kita telah melambatkan diri kita untuk cemerlang.
  3. Mulakan langkah pertama sekarang. Namun harus diingat,untuk bermula perlukan semangat dan semangat dan momentum ini haruslah dikekalkan hingga ke penghujungnya.
  4. Belajarlah dari setiap kesilapan dan kegagalan.

Setakat ini dahulu, tips untuk kali ini berkenaan bagaimana menetapkan strategi belajar yang berkesan.InsyaAllh jika di izinkan, KRIM Terengganu akan membantu para pembaca bagaimana untuk mempelajari teknik belajar yang berkesan dan effektif menerusi Smart Learning [ Study Hard or Study Smart].

Sehingga bertemu lagi dan selamat belajar.

One response to “Rahsia 5 :Strategi Belajar

  1. thank you :DD

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s