Selamat Datang ke Sekolah Ramadhan

Ia kembali lagi. Setelah setahun yang lalu menjengah sebentar, ia kini kembali bersama pakej yang di tawarkan kepada golongnan yang merindui kehadirannya. Ya, tentunya ia sekolah Ramadhan. Sesi pendidikan selama sebulan yang hanya ditawarkan setahun sekali sahaja. Bagi yang telah awal bersedia untuk kemasukan pada tahun ini, beruntunglah mereka. Namun bagi yang masih tercari-cari kelengkapan dan persiapan untuk mengikuti sesi pendidikan ini, masih belum terlambat. Rancang dengan teliti jadualnya agar sesi pendidikan ini benar-benar memberi kesan di akhirnya. Amat rugilah bagi mereka yang langsung tidak mengetahui akan kewujudan sesi persekolahn ini. Di dalamnya ditawarkan pendidikan pembentukan jati diri,pembinaan sahsiah yang murni, pengenalan kepada disiplin-disiplin diri yang unggul, dan perhubungan yang abadi antara pelajar dan Maha Pencipta yang pastinya amat berguna setelah keluar dari sesi persekolahan ini.

Ramadhan dan Remaja

Acapkali bila Ramadhan hadir menjengah, kita lebih teringatkan akhirnya, Hari raya Aidilfitri. Seminggu sebelum 1 Ramadhan hadir,pelbagai iklan berkenanan 1Syawal telahpun terpampang di muka television dan di dada akhbar. Seakan-akan Ramadhan yang hadir datang bersamanya Syawal. Seakan-akan bukan Ramadhan yang dinantikan tetapi Syawal.Ramadhan serinkali di abaikan kehadirannya. Ramai yang kurang mengatahui akan apa yang di bawa oleh Ramadhan hingga kekadang menyebabkan kurangnya penghayatan yang sebenar berkenaan Ramadhan. Untuk itu, KRIM Terenggnu ingin mengajak para pembaca untuk sama-sama menelusuri intisari sebenar kehadiran Ramadhan.


Apa yang perlu dilakukan oleh seorang pelajar dalam menghayati Ramadhan?

Ramai antara kita yang sedar bahwa sesudah Ramadhan, siri-siri peperikasaan besar (PMR dan SPM) akan berlangsung. Maka, ramai dari pelajar akan menggunakan masa yang ada dalam bulan Ramadhan untuk mengulangkaji pelajaran dan melakukan latih tubi bagi mengahdapi peperiksaan yang bakal menjelma. Peperiksaan yang hadir sekali seumur hidup dan Ramdhan yang hadir pon sekali seumur hidup (kerana kita tidak tahu bila lagi kita kan bertemu dengan ramadhan seterusnya). Di kesempatan ini, KRIM Terengganu ingin mencadangkan beberapa perkara agar dapat dilakukan semasa Bulan Ramadhan ini agar manfaat bagi perperiksaan dan ganjaran kebaikan yang ditawarkan oleh Ramadhan tidak disia-siakan.

1. Perbanyakkan doa dalam bulan Ramadhan. Cuba untuk bangun awal sedikit untuk bersahur. Sebelum bersahur, lakukan solat sunat tahajjud dan sebagainya dan perbanyakkan doa pada waktu itu untuk kejayaan di dunia (khususnya dalam peperikasaan) dan akhirat.Tidak lupa juga, doa yang mustajab sebelum berbuka puasa.
2. Sesudah bersahur, elakkan daripada tidur kerana tidur dalam keadaan perut kenyang akan melemahkan ingatan dan mengurangkan kecerdasan akal. Teruskan dengan mengulangkaji pelajaran di waktu pagi kerana ia adalah masa yang amat sesuai untuk belajar.
3. Disiplinkan diri untuk solat di awal waktu. Biasakan di akhir setiap waktu solat untuk membaca al Quran. Mulakan dengan satu muka surat sehari.InsyaAllah latihan selama sebulan akan memudahkan penerusannya selepas Ramadhan.
4. Perbanyakkan bacaan al-Quran sepanjang Ramadhan bagi mendekatkan diri dengan Allah.
5. Kurangkan tidur di siang hari dan gunakan masa yang ada untuk menelaah pelajaran. Berehat sebentar untuk setiap sesi ulangkaji untuk mengelakkan rasa keletihan yang keterlaluan.
6. Kurangkan menonton television agar pahala puasa kita tidak tersia-sia.
7. Gunakan waktu malam untuk bersolat tarawih bersama keluarga di masjid. Gunakan pertemuan bersama rakan-rakan di masjid sebagai satu cara untuk mengeratkan hubungan di samping berkongsi pengalaman dan masalah belajar yang dihadapi di siang hari.
8. Rancang jadual belajar anda agar sesuai dengan keadaan dalam bulan Ramadhan. Andai waktu siang panas dan memenatkan, gunakannya untuk melakukan latih tubi berbanding melakukan aktiviti membaca dan menghafal. Banyakkan aktiviti membaca dan menghafal di awal pagi.
Mudah-mudahan sedikit perkongsian ini akan dapat membantu para pelajar mengahayati Ramadhan semaksima mungkin di samping tidak mengabaikan tanggungawab sebagai seorang pelajr Muslim yang berjaya. Untuk akhirnya, KRIM Terengganu ingin mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak,penghulu segala bulan dan moga kita semua dipertemukan dengan Lailatul Qadr,malam yang lebih baik dari seribu bulan.

Selamat Menyambut Ramadhan
Moga kita tergolong dalam Golongan yang Bertaqwa.Ameen.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s