10 Terakhir Ramadhan: Saat yang dinantikan

Tirai 10 terakhir Ramadan menjelma dengan pelbagai ganjaran dan kelebihan yang bakal diterima kepada mereka yang menghidupkannya. Jika sekiranya di awal Ramadan adalah Rahmah, dipertengahannya adalah Keampunan maka di sepuluh terakhir ini merupakan janji Allah untuk membebaskan manusia daripada api neraka. Rasulullah SAW sendiri sentiasa memperingatkan isteri dan sahabatnya agar memperbanyakkan amalan di sepuluh terakhir Ramadan apatah lagi dengan adanya malam yang lebih baik dari seribu bulan iaitu malam al-Qadar sebagaimana dijanjikan oleh Allah. Semuanya ini menggambarkan betapa pentingnya untuk umat Islam merebut peluang yang datang hanya setahun sekali ini dengan azam dan keyakinan bahawa rahmat Allah SWT akan diterima apabila bersungguh-sungguh untuk mencapainya. Rebutlah peluang untuk mendapatkan malam yang lebih baik dari 1000 bulan atau 83 tahun ini. Malam yang hanya berlaku setahun sekali ini adalah dipenuhi dengan keistimewaan kerana Allah SWT menganugerahkan keberkatan, kemuliaan, kerahmatan dan kesejahteraan kepada umat Nabi Muhammad SAW yang berusaha mendapatkannya dengan amal ibadat seperti solat, membaca al-Quran, iktikaf dan zikir kepadaNya. Prof Dr Hamka mengungkapkan dalam Tafsir al-Azhar; Lailatul Qadar bererti malam kemuliaan yang tinggi dari Allah kepada Nabi Muhammad SAW.

Muslim yang hakiki tidak akan melepaskan peluang yang terbuka dihadapannya dengan kedatangan sepuluh terakhir Ramadan. Dirinya tidak disibukkan dengan membuat persiapan-persiapan Aidilfitri dan pekerjaan yang lainnya kerana dirinya fokus untuk menyambut kedatangan akhir Ramadan dengan penuh pengharapan untuk mendapat keampunan daripada Allah kerana mengetahui bahawa alam akhirat adalah alam abadi yang menentukan kehidupannya. Dunia diibaratkan hanyalah untuk perjalanan seorang musafir yang berteduh sebentar untuk mengambil bekalan bagi meneruskan perjalanan ke destinasi yang terakhir. Masyarakat muslim di Malaysia kebiasaannya akan membanjiri masjid atau surau di awal Ramadan; berkurangan di pertengahannya dan semakin berkurangan di sepuluh terakhir Ramadan kerana kesibukan yang dibuat sendiri. Rasulullah SAW telah menunjukkan kepada kita amalan-amalan yang perlu dilipat-gandakan di sepuluh terakhir Ramadan berbanding di awal dan pertengahannya. Di antara amalan-amalan yang dilakukan oleh Rasulullah SAW di sepuluh terakhir adalah seperti berikut:

a. Beriktikaf.

Rasulullah akan mengikat kainnya (untuk tidak bersama dengan isterinya) dan banyak menghabiskan masanya untuk beriktikaf di masjid. Iktikaf adalah satu bentuk uzlah syu’uriyyah (uzlah perasaan) sebagaimana yang diungkapkan oleh Ibn Qayyim al-Jauziyyah dan memberi peranan yang besar dalam pembentukan hati yang tunduk kepada Allah SWT. Melalui iktikaf; umat Islam akan sentiasa bermuhasabah dengan kehidupannya dan tidak mensia-siakan waktu yang ada dengan perkara-perkara yang merosakkan pahala iktikafnya. Tumpuannya adalah untuk bermunajat siang dan malam kepada Allah SWT dengan amalan-amalan yang membersihkan jiwanya. Justeru, iktikaf yang dilakukan dengan sempurna akan memberi impak dan kesan yang hebat di dalam diri mukimin yang melaksanakannya. Cara yang terbaik untuk beriktikaf adalahseperti berikut:
1) Niat beriktikaf kerana Allah.

2) Berdiam diri di dalam masjid dengan memperbanyakkan zikir, tafakur, membaca doa, bertasbih dan hendaklah menguatamakan pembacaan al-Quran.

3) Menghindarkan diri dari melakukan perbuatan atau menuturkan perkataan yang lagha dan hendaklah sentiasa berdoa untuk memohon keampunan kepada Allah SWT.

b. Membaca al-Quran.

Membaca al-Quran merupakan zikir yang paling afdhal untuk dilakukan oleh setiap mukmin. Imam Syafie mengambil keberkatan Ramadan ini dengan mengkhatamkannya sebanyak 30 kali di bulan yang mulia ini malah para ulamak sentiasa memperingatkan agar amalan ini dilaksanakan dengan baik kerana membantu memberishkan jiwa daripada sifat-sifat mazmumah yang amat dimurkai oleh Allah SWT.

c. Mencari Malam al-Qadar.

Allah SWT memnganugerahkan keberkatan, kemuliaan, kerahmatan dan kesejahteraan kepada umat Nabi Muhammad SAW dengan menganugerahkan malam al-Qadar yang lebih baik dari seribu bulan. Lailatul Qadar merupakan satu keuntungan yang amat besar untuk muslim yang memburu dan mencarinya. Kaab bin Malik meriwayatkan dari Rasulullah SAW bahawa: “Allah SWT telah memilih saat-sata yang baik, maka Allah memilih saat untuk waktu solat; Allah telah memilih hari, maka Allah telah memilih hari Jumaat; Allah SWT telah memilih bulan, maka Allah memilih bulan Ramadan; Allah telah memilih malam, maka Allah memilih lailatul Qadar. Dialah seutama-utama malam dalam seutama-utama bulan”.

Kesempatan sepuluh terkahir Ramadan tahun 1429 H ini hendaklah diisi dengan amalan-amalan yang memerdekakan jiwa daripada perhambaan kepada hawa nafsu yang mendorong kepada kemungkaran. Jiwa yang bersih daripada perhambaan kepada nafsu akan mengarahkan dirinya untuk mengabdikan diri kepada Allah SWT bagi mendapat ganjaran yang amat besar di sisiNya. Jangan lepaskan peluang yang terbuka luas dihadapan diri kita dengan mensia-siakannya melalui kesibukan dunia.

Adaptasi dari website ISMA: http:/ismaweb.net

One response to “10 Terakhir Ramadhan: Saat yang dinantikan

  1. Its such as you read my thoughts! You seem to know so much approximately this, such as you wrote the guide in it or something. I believe that you just can do with a few % to pressure the message house a little bit, but other than that, this is wonderful blog. A fantastic read. I will certainly be back.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s