Siri Bimbingan Kerjaya bersama warga SESTER

SESTER- Tanggal 31 Oktober 2008 yang lalu, KRIM Terengganu melakar sejarah apabila telah berjaya buat julungkalinya mengadakan aktiviti pertama di Sekolah Menegah Sains Kuala Terengganu (SESTER). Aktiviti yang diberi nama Siri Bimbingan Akademik telah berjaya dilaksanakan dengan kerjasama Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) cawangan Terengganu.

Seramai lebih kurang 140 orang pelajar daripada Tingkatan 4 telah bersama dalam program tersebut. Program yang berunsurkan ceramah kerjaya telah berjaya disampaikan oleh 4 orang penceramah yang kesemunya menceritakan pengalaman bekerja dalam bidang kerjaya masing-masing. Kerjaya-kerjaya yang telah dibentangkan adalah:

  1. Jurutera Kimia
  2. Jurutera Elektronik dan Instrumentasi
  3. Jurutera Mekanikal
  4. Akauntan
  5. Doktor Perubatan

Semasa program tersebut, kerjaya ‘panas’ yang berjaya menarik perhatian ramai pelajar adalah doctor perubatan. Walaupun pelbagai cubaan dan dugaan realiti sebenar profesion sebagai seorang doctor perubatan dibentangkan, namun para pelajar yang bersemangat waja terus tegar dan cekal untuk meneruskan cita-cita murni mereka.

KRIM Terengganu ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapakan jutaan terima kasih kepada pihak pentadbiran sekolah yang telah berbesar hati menerima kunjungan kami. Tidak lupa juga kepada PEMBINA cawangan Terengganu yang telah sama-sama menjayakan program ini.Mudah-mudahan program seperti ini dapat dilaksanakan lagi pada tahun-tahun akan datang.

Akhirnya, KRIM Terengganu ingin mengucapkan selamat berjaya kepada semua pelajar Tingkatan 4 yang telah menghadiri program ini dan mudah-mudahan cita-cita yang dimpikan akan direalisasikan dalam sedikit masa lagi.

One response to “Siri Bimbingan Kerjaya bersama warga SESTER

  1. Pingback: KRIM Terengganu: Siri Bimbingan Kerjaya SESTER « Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA Terengganu)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s