Hari Terakhir Sebelum SPM…

Pada masa ini, iaitu malam sebelum peperiksaan, tidak sepatutnya pelajar masih mengulangkaji pelajaran. Sepatutnya segala proces ulangkaji sudah selesai. Apa yang perlu cuma dapatkan tidur yang cukup dan membaca kad-kad dan nota ringkas bagi peperiksaan keesokan harinya.Selepas baca, pastikan anda menjaga waktu tidur yang ditetapkan supaya keesokan harinya anda sihat dan cergas.

Persediaan yang perlu menjelang hari terakhir peperiksaan:

  1. Kemantapan spiritual dan mental – Yakinlah dalam diri anda bahwa anda mampu melakukannya. Keyakinan akan lebih mantap dengan adanya sokongan dan dorongan semangat daripada ibu-bapa serta saudara mara terdekat,rakan-rakan dan guru-guru. Perbanyakkan doa dan teruskanlah amalan harian seperti solat sunat, bacaaan al-Quran, berzikir dan sebgainya. Yakinlah dalam setiap doa anda bahawa permintaan anda pasti akan diqabulkan. Cuba laksanakan solat hajat di setiap malam dalam tempoh peperiksaan ini dan sesudahnya.
  2. Tidur awal-Tidur awal pada malam sebelmnya agar otak mendapat rehat yang cukup.Keesokannya juga, bangunlah awal agar anda berasa selesa dan cergas.Solat subuh seperti biasa dan mohonlah agar Allah menetapkan hati dan pendirian anda semasa menghadapi peperiksaan. Bacalah al-Quran supaya mendapat keberkatan dan ketenteraman sebelum, semasa, dan sesudah selesai menjwab peperiksaan.
  3. Ambil sarapan – Ambil sarapan sebelum ke dewan peperiksaan. Sarapan penting kerana tenaga yang lebih diperlukan  untuk membantu anda berfikir semasa menjawab soalan peperiksaan. Tetapi janag makan berlibihan sehingga berasa kurang selesa kerana ia akan mengganggu fokus anda semasa menjawab soalan.
  4. Kemaskan diri anda -jaga kekemasan diri. Ini sedikit sebnatak membantu menjadikan anda konfiden dan yakin pada diri.
  5. Datang awal ke dewan peperiksaan – Hadir ke dewan peperiksaan lebih awal agar  anda tidak terlewat. Kurangkan berbincang mengenai topik pepriksaan kerana ia akan menambahkan lagi persaan gementar dalam diri. Cuba bertenang atau jika mampu berbual bersama rakan mengenai topik yang menenangkan.
  6. Pastikan keperluan peperiksaan lengkap – Peralatan seperi pensil,pen,pembaris,pemadam dan sebagainya lengkap dan berkeadaan baik.Letakkan semuanya dalam satu bekas agar tidak ada yang tercicir.
  7. Pengangkutan – Rancang perjalanan anda. Pastikan kenderaan seprti basikal berkeadaan baik. Kalau menggunakan pengangkutan awam,pastikan anda tahu jadual perjalanannya.

KRIM Terengganu ingin mengucapkan semoga berjaya kepada ahli-ahli KRIM Terengganu dan pembaca yang akan menghadapai peperiksaan SPM pada tahun ini. Teruskan keyakinan anda dan yakinlah…Anda Mampu Melakukannya.

Semoga Berjaya!!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s