KEMPER 2008 : Tirai berlabuh

Alhamdulillah,setelah hampir sebulan lebih perancangan dilaksanakan,KRIM Terengganu dengan kerjasama pihak YADIM zon pantai timur telah berjaya melakasanakan satu program motivasi yg telah berlangsung hampir 3hari 2malam bermula pada 11 Disember 2008 hingga 13 Disember 2008. Program yang berlangsung di Semuji Agro Resort,Gambang ini telah menampilkan seramai 41 orang warga KRIM dari Terengganu dan Pahang dan seramai 40 orang pelajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Ismail,Kelantan.

Dalam program ini, beberapa slot ceramah berunsur ESQ  dan kesedaran remaja telah diketengahkan oleh pihak YADIM selaku penganjur. Program Kembara Gemilang pula telah berjaya dilaksanakan selama sehari suntuk dengan kerjasama daripada urusetia YADIM dan KRIM Terengganu.Dalam sesi ucapan aluan penutup yang disampaikan oleh Timbalan YDP ISMA Terengganu,Ust Ismail Md Hassan, beliau memaklumkan kepada hadirin yang hadir akan tujuan penubuhan KRIM dan meyakinkan hadirin bahwa KRIM amat komited dalam melaksanakan aktiviti2 dan program2 yang mampu mengembalikan jatidiri remaja muslim seterusnya beriltizam dengan akhlak dan amal islami dalam kehidupan seharian mereka. Kerjasama dari badan2 luar seperti YADIM yang mempunyai misi dan visi yang sama dengan KRIM dalam mentarbiyah remaja adalah sangat2 dialukan dan dihargai.

Diharapkan program kerjasama sebegini akan dapat dilaksanakan lagi untuk masa-masa akan datang dan memdapat penyertaan yang lebih menggalakkan daripada warga KRIM keseluruhannya.Kepada yang telah hadir,jutaan terima kasih daripada KRIM Terengganu dan mohon maaf atas sebarang kekurangan dan kesulitan.

Jumpa lagi di Program KRIM akan datang!!

One response to “KEMPER 2008 : Tirai berlabuh

  1. Pingback: KEMPER 08: Dimensi Baru KRIM Terengganu bersama YADIM Pantai Timur « Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA Terengganu)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s