Tirai Berlabuh:Kejohanan Badminton Remaja Muslim 2009

DUNGUN, 24 March 2009 – Bertempat di Dewan Rakan Sukan,Dungun (juga dikenali dengan nama Dewan Majlis Sukan Negara atau Dewan Sukan Balai Besar),KRIM Terengganu sekali lagi berjaya menganjurkan Kejohanan Badminton Remaja Muslim bagi tahun 2009 ini. Seramai 18 orang peserta telah mendaftarkan diri dan berentap dalam acara perseorangan dan bergu. Kejohanan kali ini juga telah mendapat perhatian daripada Jurulatih Daerah Dungun iaitu En Mustafa yang turut mempertaruhkan anak-anak didiknya untuk bertanding dalam kejohanan yang julung-julung kali dianjurkan ini.

Selain pertandingan badminton,pihak KRIM Terengganu juga telah menjemput pihak Aman Palestin untuk sama-sama memeriahkan kejohananan pada kali ini. Sebuah booth pameran telah disediakan di samping penyampaian multimedia yang berkesan telah berjaya disampaikan di akhir kejohanan ini. Rata-rata peserta yang hadir bersama-sama berkongsi kesedihan terhadap apa yang berlaku pada saudara seislam di bumi Israk Mikraj itu.

Upacara penyampaian hadiah telah selamat disempurnakan oleh YDP ISMA Terengganu, Ust Zalani B Ibrahim pada sesi penutup. Pihak KRIM Terengganu berharap agar program sebegini akan terus mendapat sokongan dan penyertaan daripada remaja-remaja setempat.

Majulah Sukan Remaja Muslim!

7 responses to “Tirai Berlabuh:Kejohanan Badminton Remaja Muslim 2009

  1. emm….

    saya memohon supaya pertandingan badminton ini
    diadakan sekali lagi…
    tolong lah ye…kerana saya ingin menyertainya juga,,
    pada yang pertama yg dianjurkan saye tidak mengetahui tntg ini..
    mohon diadakan sekali lagi…

    • Salam,
      Ke hadapan saudara nokia5610
      Terima kasih kerana bertanya, permintaan akan diutarakan dalam mesyuarat mingguan team KRIM Ganu.
      We will get back through your stated email.
      Terima kasih.

  2. wau ini berita baik ni…
    kalu ade skali lagi yahoo..
    bole la join skali..
    tpii mintak tapis la
    contoh yg main peringkat negeri nge kebangsaan 2 xyah join lar..
    kalu die owg join cam ne yg junior ni nk menyerlah..
    kalu senior main mcm mne junior nk menyerlah…
    hehe

  3. alarh…men jep lar…
    xslah pon men ngan snior2..
    lg lar dpat pgalaman…

  4. mmg lar dpt pengalaman…
    da nak menyerlah cam ne yg junior ni kalau asyik senior je
    yg mng…
    ape la

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s