Ayuh !!! Mari berakhlak mulia

Dewasa ini,seringkali terpampang di dada-dada akhbar dan dicorong-corong radio tentang permasalahan akhlak yang timbul rata-ratanya melibatkan remaja baik lelaki mahupun perempuan. Bagi segelntir dar kita mungkin merasakan ini bukanlah masalah kita. Asalkan tidak kena pada anak dan saudara mara kita sendiri, so tak mengapalah..who cares kan?

7099771745532l11

Namun, harus diingat, permasalahan remaja merupakan satu masalah yang harus ditangani oleh kita semua tanpa mengira siapa pun kita. Remaja yang bakal mewarisi perjalanan kehidupan ini akan membawa bersama mereka akhlak-akhlak dan perilaku-perilaku yang mereka pratikkan sekarang untuk mentadbir negara ini suatu masa nanti. Oleh itu, seharusnya dan sewajarnya kita memastikan pembentukan akhlak remaja didik dan diasuh seiring dengan perjalanan semasa. Sebagaimana perutusan Nabi Muhammad SAW ke muka bumi ini adalah untuk menyempurnakan akhlak yang mulia, maka begitulah juga tugas dan tanggungjawab kita semua untuk memastikan akhlak mulia tersebar mekar di bumi ini.

Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyepurnakan kemuliaan akhlak” HR Malik, Ahmad, Al Baihaqi dan Al Hakim

Untuk itu, wahai remaja sekalian, marilah sama-sama kita lihat beberapa nukilan hikwah daripada hadis-hadis nabi SAW agar dapat memotivasikan unutk berakhlak dengan akhlak yang mulia.Mari kita lihat bagaimana kerugian yang bakal menimpa andai tidak berakhlak mulia. Pernah suatu ketika Nabi SAW bertanyakan para sahabat baginda,

Tahukah kalian, siapakah yang dimaksudkan dengan orang yang rugi?Mereka menjawab,  “ Orang yang rugi menurut pandangan kami adalah orang yang tidak mempunyai dirham mahupun harta” dan Nabi SAW bersabda “Orang-orang yang rugi dari kalanagn umatku adalah  orang yang dating pada hari qiamat dengan membawa amal salatnya,puasanya, zakatnya dan dia membawa seluruh amalannya, sedangkan dia telah mencaci ini dan menuduh itu, memakan harta ini, dan menumpahkan darah ini, maka akan ditebuskan perbuatannya ini dari amal kebajikannya dan ini dari amal kebajikannya. Jika telah habis kebaikannya sebelum seluruh amal kebaikannya dihisab, maka diambilkan dari amal keburukan mereka (orang yang pernah disakitinya), sehingga seluruh keburukan mereka dilemparkan kepadanya,kemudian dia dilemparkan ke dalam neraka” HR Imam Muslim dan At- Tirmizi.

Nah, bagaimana orang yang di dunianya hebat dengan amal kebaikan baik solat,puasa, mahupun zakatnya bisa dihumbankan ke neraka? Tidak lain kerana kepribadian dan akhlaknya yang menyakiti dan menganiayai orang lain (tidak berakhlak mulia) yang menyebabkannya dihumban ke neraka. Moga kita semua dijauhkan dari mendapat kerugian yang besar ini.Ameen.

Apa pula yang bisa menjadi pendorong kita untuk berakhlak mulia? Nabi SAW bersabda,

Tiada suatu amalan seorang hamba yang paling berat timbangannya pada hari kiamat melebihi akhlak yang baik” HR Abu Daud dan At- Tirmizi.

Orang mukmin yang paling sempurna imannya adalah yang paling baik akhlaknya” HR Abu Daud, At-Tirmizi, dan Ahmad

Dan sesungguhnya sebaik-baik keislaman seseorang adalah yang paling baik akhlaknya” HR As Suyuthi dan Az Zubaidi.

SubhanAllah! Orang mukmin yang paling sempurna imannya adalah orang yang berakhlak mulia. Orang yang paling baik keislamannya  adalah yang paling baik akhlaknya. Nah, apa lagi yang kita masih ragu-ragukan wahai adik-adik sekalian. Ungkapan ‘paling berat’, ‘paling sempurna’ dan ‘paling baik’ semuanya ada pada orang yang berkahlak mulia.

37867575063704lmm7

Andai adik-adik semua masih ragu-ragu, ayuh kita lihat jaminan Nabi SAW tentang orang yang berkahlak mulia ini.Nabi SAW bersabda lagi,

Sesungguhnya orang yang paling aku cintai dan paling dekat tempat duduknya pada hari kiamat kelak adalah orang yang paling baik akhlaknya ” HR At Tirmizi, Al Haithami, dan Al Hindi dalam Sahih Sunan At Tirmizi.

Penyebab utama masuknya manusia ke syurga adalah bertaqwa kepada Allah dan kebaikan akhlaknya ” HR At Tirmizi dan Ibnu Majah

“ Tidakkah kalian ingin mengetahui orang yang paling kucintai? Mereka menjawab “ Tentu wahai Rasulullah,” Nabi SAW bertnya kembali, “Tidakkah kalian ingin mengetahui orang yang paling kucintai?” Mereka menjawab “ Tentu wahai Rasulullah, Nabi pun menjawab, “ Orang yang paling baik akhlaknya” HR Ahmad

MasyaAllah! Apa lagi yang ditunggu wahai adik-adik sekalian, jaminan ini bukan dari orang lain dari Nabi kita tercinta, Nabi Muhammad SAW. Masakan baginda berdusta,kan?

Akhirnya, mari kita sama-sama lihat sebahagian dari doa Nabi kita sewaktu baginda salat malam,

Dan berilah hidayah padaku agar baik akhlakku. Tidak ada yang mampu member hidayah untuk memperbaikinya kecuali Engkau” HR Muslim

Ayuhlah wahai adik-adik sekalian! Mari kita bersama-bersama beramal dengan beberapa hadis yang diberikan ini. Moga dapat memotivasikan diri untuk terus beramal denagn akhlak yang mulia.

Ayuh!!! Mari berakhlak mulia…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s