H Wang N Wang

Assalamu’alaikum wbth..

Adik-adik yang diberkati sekalian,

Pada kali ini, KRIM Ganu tidak ingin ketinggalan untuk sama-sama berkongsi tentang wabak pandemik maut yang sedang menular hampir di seluruh pelusuk dunia. Tidak lain dan tidak bukan, H-Wang-N-Wang (H1N1). Setakat artikel ini ditulis, sudah 18 orang rakyat Malaysia sudah menemui ajal kerana berkait dengan virus ini.

h1n1

Kita sama-sama  perlu menyedari bahawa wabak penyakit yang sedang melanda hari ini merupakan suatu peringatan daripada ALlah s.w.t. kepada kita. Kejadian sebegini hendaklah sama-sama kita insafi diri kita sama ada kita masih berada pada jalan yang benar atau tidak. Namun, kita hendaklah beringat bahawa keadaan kita yang mendapat hidayah ALlah s.w.t. masih belum mencukupi. Bagaimanakah orang-orang di sekeliling kita? Keluarga kita? Rakan-rakan sepermainan kita? Jiran-jiran kita? Kita perlu sedar bahawa apabila datang bala daripada ALlah, kesemua akan mendapat akibat, seperti tsunami yang melanda pantai. Sama-samalah kita membaiki diri kita, keluarga kita, dan seterusnya:-

ayat“Telah nampak kerosakan di darat dan di laut disebabkan kerana perbuatan tangan manusia, supaya Allah merasakan kepada mereka sebahagian daripada (akibat) perbuatan mereka, agar mereka kembali (ke jalan yang benar).

(Ar-Ruum;30:41)

Adik-adik yang dihormati sekalian,

Oleh itu, KRIM Ganu ingin berpesan kepada adik-adik tentang bahaya wabak penyakit ini kerana antara mangsa maut virus ini adalah golongan muda remaja.  Antara pesanan yang ingin diberikan di sini ialah:-

7 Langkah Mencuci Tangan dengan Air Dan Sabun

Basahkan tangan adik-adik dan ratakan sabun dengan sempurna

Gosok kedua-dua tapak tangan

Gosok setiap jari dan celah jari

Gosok kuku di tapak tangan

Gosok belakang tangan dan celah jari

Cuci tangan dengan air bersih

Keringkan tangan dengan kain bersih atau tisu


    4 langkah Mencuci Tangan Dengan Bahan Pencuci Tangan Berasaskan Alkohol (Hand Sanitizer/Hand Rub)

    1. Tanggalkan barang kemas/balut bahagian luka
    2. Keringkan tangan dengan tisu/tuala bersih
    3. Letak bahan pencuci ke tapak tangan
    4. Gosok tangan dengan bahan pencuci selama 1 minit

    Beri perhatian apabila menggosok belakang tangan, jari, kuku, hujung jari dan celah jari

    Amalkan Mencuci Tangan:

    1. Selepas bersin/batuk/menghembus hidung
    2. Selepas menyentuh permukaan objek yang terdapat di tempat-tempat awam seperti kaunter tiket, kaunter pertanyaan, tombol pintu (door knob), rel tangga, pemegang tangan dalam pengangkutan awam (bas/keretapi/LRT)
    3. Selepas berjabat tangan atau bersalam dengan individu yang mengalami gejala selsema
    4. Bila-bila masa tangan adik-adik kotor

    Mudah bukan! Bukankah kebersihan itu sebahagian daripada iman?

    Selain itu, KRIM Ganu juga ingin memberitahu adik-adik tentang beberapa persoalan yang seringkali ditanya. Antaranya ialah:-

    Saya belajar di salah sebuah sekolah yang mempunyai kejadian influenza A(H1N1), apakah yang perlu saya lakukan?

    Sekiranya sekolah adik-adik DITUTUP untuk tempoh tertentu, adik-adik hendaklah sentiasa berada di rumah dan memantau kesihatan diri. Pada masa yang sama pihak sekolah tidak dibenarkan untuk mengadakan sebarang aktiviti di dalam tempoh penutupan tersebut.

    Jika adik-adik mempunyai gejala selsema (influenza-like-illness) yang ringan, adik-adik perlu sentiasa mengamalkan langkah pencegahan di rumah di samping memantau kesihatan diri menggunakan Panduan menilai tahap kesihatan diri di rumah. Sekiranya gejala berterusan dan bertambah teruk, adik-adik perlu memberitahu ibu bapa untuk mendapatkan rawatan doktor.

    Sekiranya sekolah adik-adik TIDAK DITUTUP, adik-adik dinasihatkan untuk mengamalkan langkah-langkah pencegahan bagi mengelakkan jangkitan tersebut

    Apakah yang dimaksudkan dengan penutupan sekolah?

    Apabila sesebuah sekolah ditutup kerana jangkitan influenza A(H1N1), ia bermakna semua pelajar  termasuk guru dan lain-lain kakitangan sokongan dikehendaki untuk berada di rumah.

    Ia bertujuan bagi mencegah penularan jangkitan infuenza A(H1N1) dan seterusnya memastikan individu yang mengalami gejala-gejala influenza-like-illness untuk berehat di rumah sehingga pulih supaya orang lain tidak terdedah kepada jangkitan Influenza A(H1N1) ini.

    Adakah sekolah yang ditutup perlu dibasmi kuman sebelum dibuka semula?

    Tidak. Pada umumnya sekolah akan ditutup dalam tempoh seminggu.  Perlu diketahui bahawa virus H1N1 ini hanya dapat bertahan di persekitaran dalam tempoh 48 jam.
    Kalau seseorang pesakit positif H1N1 dan telah sembuh, adakah beliau boleh hadir ke sekolah seperti biasa?

    Ya, adik-adik boleh hadir ke sekolah seperti biasa. Secara umumnya seseorang pesakit yang telah mendapat rawatan lengkap, tidak akan menjangkiti orang lain.

    Setakat ini sahaja perkongsian daripada KRIM Ganu dengan adik-adik sekalian. Semoga adik-adik mendapat manfaat untuk diamalkan sepanjang masa. Pada masa yang sama, KRIM Ganu ingin menyeru adik-adik agar kita sama-sama mendo’akan agar wabak pandemik ini surut dan dijauhkan daripada umat manusia umumnya, dan umat islam khususnya.

    WALlahu’alam

    Olahan semula Setiausaha KRIM Ganu 2009,

    Sumber: Pusat Gerakan H1N1 Malaysia

    Leave a Reply

    Fill in your details below or click an icon to log in:

    WordPress.com Logo

    You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

    Twitter picture

    You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

    Facebook photo

    You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

    Google+ photo

    You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

    Connecting to %s