Mengimbau Sejarah Silam

Assalamu’alaikum adik-adik sekalian,

Sempena tanggal 31 Ogos kali ini, KRIM GANU ingin menyeru adik-adik untuk mendalami tema merdeka yang diketengahkan oleh badan penaung KRIM iaitu Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA):-

Memartabatkan Kesetiaan Bangsa,

Mengimbau Sejarah Silam.

isma pknsSambutan Kemerdekaan ke-52 ISMA di Bandar Baru Bangi

Untuk mencantumkan elemen baris kedua di atas dengan kedatangan Ramadhan pada kali ini, KRIM GANU ingin berkongsi dengan adik-adik tentang satu artikel yang telah digarap oleh seorang sahabat di Sydney, Australia. Tajuknya Sejarah Islam: Peristiwa Perang pada Bulan Ramadhan

Tarikhul Islam : Peristiwa Perang pada bulan Ramadhan

Pernahkah kita tertanya tentang sejarah yang pernah berlaku dalam bulan Ramadhan? Percaya atau tidak hampir kebanyakan peperangan yang pernah berlaku ketika dahulu dalam usaha menyebarkan atau mempertahankan Islam berlaku pada bulan yang mulia ini. Dari zaman nabi Muhammad s.a.w sehinggalah tersebarnya Islam dan menakluki 2/3 dunia, dan sehinggalah ke hari ini, siri-siri peperangan yang cukup hebat dan bersejarah terus berlaku ketika tentera muslimin sedang berpuasa. SubhanAllah. Cukup hebat tentera muslimin. Inilah cara mereka berehat pada bulan Ramadhan, yakni dengan menyahut seruan jihad Allah.

Saya cukup berminat dengan sejarah terutamanya sejarah yang berkaitan dengan umat Islam kerana banyak bersangkut paut dengan diri kita jika kita benar-benar menghayatinya. Malulah kita kalau kita tidak mengetahui tentang usaha-usaha dan sejarah-sejarah yang pernah dilakar dengan darah umat Islam suatu ketika dahulu hanya semata-mata ingin memastikan Islam itu sampai kepada kita. Dan bertambah malulah sekiranya kita ambil acuh tak acuh tentang Islam yg telah sampai kepada kita pada hari ini.

Justeru, marilah kita ikuti beberapa siri peperangan yang sempat saya kupas daripada beberapa artikel, dari awal tahun hijrah sehinggalah yang terkini. Semoga menjadi ikhtibar dan semangat kepada kita dalam menempuh Ramadhan yang mulia ini.

Perang Badr al-Kubra 17R/2H
Merupakan peperangan yang paling singkat, namun adalah peperangan yang paling hebat dalam sejarah umat Islam. Merupakan peperangan yang memisahkan antara haq dan batil. 313 tentera muslimin bertempur dengan 1000 kafir Quraish.

Permulaan panji Islam yang dijulang oleh Penghulu Syuhada Saidina Hamzah pada 4 Ramadhan tahun pertama Hijrah

Orang yang berjuang demi mencapai keredhaan Allah pasti mencapai kemenangan yang dijanjikan. Allah menegaskan dalam Surah Ali ‘Imran ayat 123 hingga 125.” Sesungguhnya Allah menolong kamu dalam Perang badar, sedangkan pada masa itu kamu orang yang lemah. Sebab itu bertaqwalah kepada Allah supaya kamu mensyukurinya”.

Persiapan Rasulullah dalam Perang Ahzab
Dinamakan juga Perang Khandak (parit) kerana tentera Islam telah menggali parit yang sangat dalam di sekeliling kota Madinah sepanjang Ramadhan untuk menghalang tentera musuh daripada menceroboh dan menyerang Madinah. Perang ini berlaku pada awal bulan Syawal tahun ke 5 Hijrah dan ini ada diceritakan dalam al-Qur’an di dalam Surah Al-Ahzab.

Pembukaan kota Mekah 10R/6H
Fathul Makkah. Umat Islam memasuki kota Mekah tanpa sebarang pertumpahan darah. Peristiwa ini menggambarkan pertolongan Allah kepada hamba-hamba yang ikhlas kepadaNya, dan manusia berbondong-bondong memasuki agama Allah. Allah menyebutnya dalam Al Quran Surah Al Nasr.

Hari kehancuran berhala-berhala di Mekah 25R/9H
Nabi Muhammad SAW menyucikan Kota Mekah dengan memusnahkan 360 patung berhala di sekeliling Kaabah. Khalid Al Walid menghancurkan berhala yg paling agung dan besar, Al Uzza, sementara Amru Al-As menghancurkan berhala Suwa’ dan Saad bin Zaid memusnahkan berhala Manat.

Perang Al-Qadisiyyah 9R/16H
Kemenangan besar Islam dalam peperangan Al Qodisiyyah yang dipimpin oleh Saad bin Abi Waqas. Tentera islam seramai 10,000 bertempur dengan tentera Parsi seramai 120,000 orang. Sejak saat itu, hancurlah empayar Parsi yang gah dan terkenal, dan Umar r.a memakaikan gelang Raja Kisra pada Suraqah bin Malik seperti yang dijanjikan oleh Rasulullah s.a.w.

Bermulanya era keemasan Andalusia selama 700thn 9R/92H
Kemenangan Islam di bawah pimpinan Thoriq bin Ziad ke atas raja Rudrik di Sepanyol. 12,000 tentera Arab dan Barbar menentang 90,000 tentera Gothic pimpinan Raja Rudrick. Selepas tiba di daratan Sepanyol, Thariq bin Ziad membakar kapal-kapal tentera Islam dan menyahut “Kita telah membakar kapal-kapal kita, dan sekarang tiada apa yang boleh menyebabkan kita lari daripada bertempur dengan tentera kufar, sekarang yang tinggal hanya kemenangan yang nyata atau syahid pada jalan Allah”. Tentera muslim yang bersemangat meggempur tentera Rudrick sehabis-habisnya sehinggalah mereka dikalahkan dengan teruk. Bukan sahaja raja Rudrick dan tenteranya mati dibunuh, bahkan Tariq bin Ziad berjaya memerdekakan Spain, Sicily (Itali) dan sebahagian Perancis.

Tariq ibn Ziyad, pembuka Andalus

Peperangan Zallaqah di Portugal 10R/459H
Al-Muktamin dengan bantuan Sultan Dinasti Murabit, Yusuf bin Tasyifin memerangi al-Fonso VI. Tentera Kristian yang diketuai oleh al Fonso VI yang berjumlah 80,000 tentera berjaya dikalahkan. Dalam masa yang singkat Sultan Yusuf berjaya menguasai seluruh Portugal dan menyelamatkan umat Islam. Selepas itu, Dinasti Murabit berdiri sejak 1090 hingga 1147 Masihi.

9R/559H
Tentera Islam di bawah pimpinan As-Sutan Nuruddin Az-Zanki mendapat kembali negara Harim,barat Halab di Syria daripada tentera Salib. Salahuddin Al-Ayubi kemudian menggantikan Nuruddin dalam siri peperangan Salib merampas kembali tanah umat Islam di Palestin.

Perang Salib pimpinan Salahuddin al-Ayubi 22R/648H
Kemenangan Islam di bawah pimpinan Solahuddin Al Ayyubi dengan merampas kembali Baitul Maqdis dan mengusir tentera Salibiyyah. Ahli sejarah menceritakan tentera salib yang menguasai Baitul Maqdis di Palestin ketika itu sungguh ganas dan kejam, membunuh sesiapa sahaja yang tidak memberi sokongan kepada mereka, termasuk orang-orang kristian sendiri. Orang-orang Islam itu dipaksa terjun dari puncak menara dan bumbung-bumbung rumah mereka, mereka dibakar hidup-hidup, diheret dari tempat persembunyian bawah tanah, diheret ke hadapan umum dan dikorbankan pada tiang salib (Ketika peristiwa Ambon tahun 1999 di Indonesia, orang-orang kristian Indonesia telah meniru kekejaman tentera Salib ini terhadap umat Islam di Ambon).

Hasil usaha yang lama, tentera Islam pimpinan Salahuddin bertempur hebat dengan gabungan tentera-tentera Salib dari Eropah. Perancis dan Jerman dengan jumlah yang sangat besar. Tentera Islam mendapat kemenagan yang agung dan mengusir tentera Salib dari Baitul Maqdis, yakni jantung umat Islam.

Perang Ain Jalut 24R/658H
Pada tahun 1258, tentera Mongol pimpinan Jeneral Hulagu Khan (cucu Genghis Khan) merempuh kota Baghdad yang menjadi kemegahan Dinasti Abbasiah (ketika Islam menakluki 2/3 dunia). Dalam serangan itu, berjuta-juta umat Islam terbunuh sehingga diceritakan darah manusia mencecah ke paras lutut kuda dan buku-buku karangan sarjana Islam daripada perpustakaan terbesar dunia Baitul Hikmah dibuang ke dalam Sungai Furat sehingga airnya menjadi hitam kerana dakwat.

Tentera Islam dan para ulama pimpinan Sultan Saifuddin al-Qutuz dari Dinasti Mamluk, Mesir mara ke Palestin selepas Mongol menguasainya. Kedua-dua pihak bertemu di ‘Ain Jalut. Dalam pertempuran itu, tentera Islam meraih kemenangan dan berjaya menawan Kitbuqa Noyen, seorang Leftenan Kristian yang memberi nasihat kepada Hulagu Khan bagi menyerang Baghdad. Kitbuqa akhirnya dihukum bunuh. Kemenangan itu adalah suatu yang luar biasa apabila Mongol yang terkenal dengan keganasan ‘barbaric’ akhirnya kalah kepada tentera Islam. Ahli sejarawan menceritakan bahawa jika ditakdirkan tentera Islam kalah pada ketika itu, nescaya sudah tentu dunia ini telah ditawan oleh tentera Mongol.

Saifuddin Qutz, jeneral tentera Islam yang mengembalikan maruah Islam daripada Mongol

Perang Serbia 26R/927H
Kemenangan Islam di bawah pimpinan Panglima Othmani Murad dan pembukaan Bandar Balgred di Serbia.

Perang Yakhliz 15R/1294H
Bala tentera Islam Dinasti Uthmaniah yang dipimpin oleh Ahmad Mukhtar Basya dengan jumlah 34,000 anggota mengalahkan tentera Rusia yang berjumlah 740,000. Seramai 10,000 tentera Rusia terbunuh dalam pertempuran itu. Ia menjadi kebanggaan umat Islam mempertahankan agama yang diancam oleh kerajaan Tzar di Rusia.

Perang 6 hari 10R/1393H
Kemenangan Islam ke atas Zionis dalam perang 6 Oktober yang melibatkan negara Mesir. Dalam sejarah moden, berlaku Perang Yom Kippur yang melibatkan tentera Islam pakatan Mesir dan Syria dengan tentera Yahudi Israel pada 10 Ramadhan 1390 Hijrah bersamaan 6 Oktober hingga 22 atau 24 Oktober 1973 Masihi. Perang Yom Kippur, juga dikenali sebagai Peperangan Arab-Israel 1973.

Dalam pertempuran itu , Israel berjaya menduduki Bukit Golan, Syria di utara serta Semenanjung Sinai, Mesir di selatan sehingga ke Terusan Suez. Selepas itu, Israel membina barisan pertahanan di SInai dan Bukit Golan. Israel bermegah dengan kubu Bar Lev yang didakwa ‘tidak dapat ditawan’ kerana mempunyai kekebalan dan teknologi peralatan yang canggih.

Namun, tentera Islam berjaya menawan kubu itu sekaligus mengalahkan Israel. Antara peristiwa menarik dalam peperangan ini adalah peranan seorang sarjana Islam merangkap sebagai Imam Masjid Bandar Suez al Marhum, Syeikh Hafiz Salamah yang mengambilalih pimpinan operasi peperangan. Beliau menggantikan jawatan ini apabila gabenor daerah bersedia menyerah kalah. Akhirnya para mujahidin gabungan tentera Mesir, Syria dan penduduk bandar Suez berjaya mengasak tentera Israel yang terpaksa berundur sehingga terpaksa menyerahkan Semenanjung Sinai dan Bukit Golan.

Sebenarnya banyak lagi peristiwa-peristiwa menarik dan peperangan yang pernah berlaku sepanjang bulan Ramadhan, cuma tiada kesempatan untuk diceritakan di ruang yang terhad ini. SubhanAllah, moga-moga dengan sejarah-sejarah yang terukir indah ini dapat membangkitkan semangat kita untuk terus berjuang menjulang agama Allah di bumi ini.

Selamat menyambut Ramadhan 1430H

“Ramadhan yang dalamnya diturunkan Al-Quran, sebagai petunjuk kepada manusia dan penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeza antara haq dan batil..” (2:185)

Oleh       : M Zafiq (Uni of New South Wales, Sydney)

Olahan semula: KRIM GANU

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s