FORUM KEMERDEKAAN 2009

Assalamu’alaikum wbth adik-adik sekalian,

Semoga adik-adik berada dalam keadaan sihat wal’afiat dan semakin bersemangat untuk mem’bahang’ segala ganjaran yang ditawarkan pada bulan yang termulia ini. Pada kali ini, sebagai sebuah kelab remaja yang merangkumi banyak tempat di Malaysia, KRIM GANU ingin memaklumkan dan mempromosikan satu forum intelektual yang akan dianjurkan bersama oleh KRIM Shah Alam Klang. Maklumat adalah seperti berikut:-

Forum Kemerdekaan

Mengapa kita gagal untuk bersatu atas satu akidah walaupun berbeza pendapat ?

Kenapa hari ini kita menjadi terumbang-ambing tanpa risalah dan tanpa haluan?

Mengapa kita terus menjadi habuan kepada pemangsa sekitar kita walaupun kita tahu kita adalah umat terpilih dan dimuliakan Allah Taala?

Menjelang ulang tahun kemerdekaan negara yang ke-52 pada 31 Ogos 2009 dan kemelut politik yang dihadapi oleh rakyat Malaysia sejak kebelakangan ini, adalah sangat penting kepada seluruh rakyat Malaysia untuk memahami hakikat kepentingan kemerdekaan kepada negara, menjiwainya, mengembalikan kesetiaan bangsa dan mengimbau sejarah silam untuk dijadikan panduan bernegara pada masa depan.

Oleh itu, Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Shah Alam & Klang maju ke hadapan untuk mengadakan inisiatif menganjurkan Forum Kemerdekaan bertemakan ‘Memartabatkan Kesetiaan Bangsa, Mengimbau Sejarah Silam’

Tarikh
5 September 2009 / 15 Ramadhan 1430H

Masa
8.30 pagi – 12.30 tengahari

Lokasi
Dewan Serbaguna Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (Masjid Negeri Selangor)

Aktiviti-aktiviti
Forum Kemerdekaan, Pertandingan Mewarna & Melukis (6-12 tahun), Pertandingan Membuat Kolum, Pameran, Teka Silang Kata & Gerai Jualan.

Jom ! Kita ramaikan Forum Kemerdekaan ke-52 anjuran bersama KRIM Shah Alam Klang kali ini.

One response to “FORUM KEMERDEKAAN 2009

  1. salam ziarah dari pahang..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s