Selamat Menduduki Peperiksaan

Assalamu’alaikum wbth adik-adik sekalian,

Sudah lama kita tidak bersua, mungkin sibuk beraya nampaknya. Sana sini undangan rumah terbuka perlu dipenuhi. Lagi-lagi poket perlu dipenuhi dengan duit raya, baru betul beraya.  Tidak begitu? Oleh itu, dalam kesempatan ini, Team KRIM Ganu ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf atas segala kesilapan dan kelemahan kepada adik-adik semua terutamanya kepada ahli-ahli KRIM Ganu.  Semoga hubungan kita semua sentiasa berada di dalam naungan rahmat ALlah s.w.t.

bermaafan

Sedar atau tidak, kita kini sudah berada dekat dengan penghujung musim persekolahan bagi sesi 2009. Kepada pelajar darjah enam, UPSR sudah berlalu, dan kini hanya menunggu keputusan peperiksaan. Kepada yang lain-lain, peperiksaan awam yang bakal diduduki pasti mahu tidak mahu menimbulkan rasa gementar dalam diri adik-adik sekalian. PMR bakal menjelma minggu depan, manakala SPM juga bakal menyusul lebih kurang sebulan selepas itu.

Oleh itu, KRIM Ganu kali ini ingin berkongsi beberapa do’a yang boleh diamalkan apabila menduduki peperiksaan.

Ketika memasuki dewan peperiksaan:

1 masuk dewan

Maksudnya: “Dan katakanlah: “Wahai Tuhanku! Masukkanlah daku dengan kemasukan yang benar lagi mulia, serta keluarkanlah daku daripadanya dengan cara keluar yang benar lagi mulia; dan berikanlah kepadaku daripada sisiMu hujah keterangan serta kekuasaan yang menolongku.”

Ketika menerima kertas soalan:

2 dpat kertasMaksudnya: “Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku dadaku. Dan mudahkanlah bagiku
tugasku. Dan lepaskanlah simpulan daripada lidahku, supaya mereka faham perkataanku.”

Ketika sukar menjawab:

3 sukar jawabMaksudnya: “Wahai Tuhan yang maha hidup lagi maha berdiri dengan sendirinya. Dengan rahmatMu aku bermohon pertolongan.”

ATAU

4 sukar jawabMaksudnya: “Ya Allah! Tidak ada kesenangan melainkan pada perkara yang engkau jadikan kesenangan padanya. Dan engkau menjadikan kedukacitaan dan kesukaran sebagai mudah dan senang jika Engkau kehendaki.”

Jika anda terlupa jawapan:

5 lupa jawapanMaksudnya: “Ya Allah! Tuhan yang menghimpunkan manusia pada hari yang tiada keraguan padanya. Himpunkan barangan dan maklumat yang hilang daripadaku.”

Cukuplah sekadar do’a-do’a ringkas yang dikongsikan di atas, sekiranya terlalu banyak dan panjang, susah pula untuk diamalkan. Ingatlah, di antara sebab mustajab sesuatu do’a adalah bergantung kepada cara adik-adik berdo’a, dan sangkaan adik-adik kepada ALlah s.w.t.

final_exam

Sekadar Hiasan

Sememangnya agak kurang relevan untuk berkongsi tips belajar sekiranya masa yang tinggal adalah terhad untuk adik-adik amalkan. Sekurang-kurangnya, Team KRIM Ganu berharap agar adik-adik dapat membetulkan niat bahawa untuk mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan adalah kerana ALlah, kerana ibu bapa, kerana diri sendiri, dan juga kerana ingin membantu umat islam untuk cemerlang.

Sebagai penutup, Team KRIM Ganu ingin mengucapkan selamat menduduki peperiksaan kepada adik-adik sekalian. Semoga adik-adik dipermudahkan oleh ALlah s.w.t. untuk mendapat keputusan yang cemerlang, dan meneruskan pelajaran di peringkat yang lebih tinggi dan berprestij.

Hasil nukilan,

Setiausaha KRIM Ganu,

Bagi pihak Team KRIM Ganu.

Sunber: remajaisma.wordpress.com

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s