KREW ’09 meriah di kala badai melanda…

Alhamdulillah..tirai Kem Remaja Wawasan 2009 (KREW 09) berlabuh sudah dengan ucapan perasmian majlis penutup oleh Cikgu Zakaria, Pengarah Pejabat Pendidikan Dungun serta peserta terbaik lelaki dan perempuan. KREW 09 yang berlangsung selama 2 hari 1 malam terasa begitu singkat tetapi berjaya meninggalkan kenangan manis yang mendalam dalam hati para peserta.

Seramai 70 orang peserta dari serata daerah Terengganu telah berjaya menghadirkan diri ke Dahimah’s Guest House pada awal pagi Jumaat. Lebih mengujakan, keadaan cuaca sepanjang kem berlangsung sangat cerah dan damai walaupun pada mulanya, pihak penganjur merasa bimbang dengan kenyataan amaran hujan lebat yang dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi.

Usai pendaftaran, KREW 09 dirasmikan oleh Yang DiPertua (YDP) Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Terengganu, Ustaz Mohd Zalani bin Ibrahim. Isi ucapan perasmian beliau antara lain berkisar perihal remaja zaman sekarang dan perbandingan dengan remaja-remaja di zaman silam seperti pemuda Kahfi. Di samping itu, terdapat taklimat keselamatan oleh komandan kem, Bro. Bustaman serta Pengarah KREW 09, Bro. Arifuddin. Selepas itu, peserta menjalani sesi ice-breaking. Sesi ini penting untuk semua peserta berkenalan dengan rakan-rakan peserta yang lain serta membuang rasa segan untuk beraktiviti dalam sesi-sesi berikutnya.

Tambah menarik, sesi motivasi bersama Cikgu Raja yang berpengalaman selama puluhan tahun sebagai pendidik amat berkesan. Sesi motivasi terasa begitu sekejap  sambil diselangi dengan aktiviti mencipta “Cawan Impian” dan perkongsian cita-cita. Semuanya khusus untuk mendedahkan rahsia pelajar yang cemerlang kepada adik-adik.

Ketika peserta lelaki menunaikan Solat Jumaat di masjid berhampiran, peserta perempuan dihidangkan dengan sesi perkongsian “Shhh..kita-kita je…”. Secara objektifnya, sesi ini bertujuan menimbulkan kesedaran di kalangan adik-adik peri penting menjadi seorang solehah dan kepentingan menjaga diri dan maruah peribadi.

Pada sebelah petangnya, adik-adik peserta telah meredah Bukit Batu Penyu selama 2 jam lebih dengan dipandu oleh instructor Jungle Trekking dan para fasilitator. Kemudian, para peserta bersungguh-sungguh memberikan komitmen dalam pertandingan antara kumpulan iaitu Lilin Iman dan Top-Up Iman. Bagi peserta lelaki, aktiviti Telefon Canggih menjadi pilihan.

Pada sebelah malamnya, tetamu jemputan, Ustaz Fakhruddin telah menyampaikan ceramah bertajuk “Pembinaan Sahsiah Remaja” sebelum disusuli dengan sesi “Intro to KRIM” oleh saudara Pengarah KRIM Terengganu, Bro. Bakri dan berkenalan dengan para fasilitator.

Aktiviti keesokan harinya berlangsung seawal 4.30 pagi dengan qiyamullail, solat subuh, bacaan al-ma’thurat dan Kuliah Subuh yang disampaikan oleh Bro. Nasrul yang bertajuk “Kisah Pak Ali dan Pak Abu”. Usai ‘mengisi minyak’ di pagi hari, peserta kemudian berentap sekali lagi dalam “War Game”. Keseronokan bermain War Game jelas kelihatan pada setiap adik-adik terutamanya peserta lelaki yang mahu tempoh permainan dilanjutkan. Namun begitu, aktiviti debat “Dunia oh Dunia” juga tidak kurang menghiburkan peserta sambil memberi peluang kepada adik-adik mengasah bakat berhujah. Suasana bertambah gamat apabila pihak penganggur, ibu-ibu mengandung, para ulama’, ahli bina badan, bekas penagih, alumni sekolah nakal, penganalisa kawasan dan ahli KRIM bersungguh-sungguh mempertahankan tempat ke dunia baru.

Namun, segala yang bermula pasti berakhir. Ketika bibit-bibit kemesraan antara peserta dan fasilitator mula menguntum, KREW 09 telah pun sampai ke penghujung. Video KREW 09 yang ditayangkan pada penghujung sesi penutup mungkin tidak cukup untuk menggambarkan suasana sepanjang KREW 09 berlangsung. Apapun, diharapkan ukhuwwah yang disemai tidak akan terkubur begitu sahaja dan bertambah mekar dari hari ke hari.

Dari pihak penganjur dan para fasilitator, terima kasih yang tidak terhingga atas kerjasama dan keriangan adik-adik menyertai KREW kali ini. Semoga kita akan bertemu lagi di masa hadapan dan dapat beraktiviti bersama-sama lagi!

Hayati gambar-gambar dan video ini!

p/s: Boleh juga lawati blog peserta KREW 09 dan lihat, apa pendapat mereka!!!

Best sangat,tak dapat nak diluahkan dgn kata-kata. (adik peserta perempuan terbaik KREW 09)

i have this amazing feeling that this camp will be a good one…i think this the experience that i will remember until i have grey hairs.insya-Allah…” WE CAN DO THIS! TAKBIR!“.. (adik Daniel Hazim)

2 responses to “KREW ’09 meriah di kala badai melanda…

  1. salam..best ngat kem remaja wawasan 2009..syukran yerk krim..coz satukan kteorg punye ukuwah!!!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s