Ahlan 1431H, Ahlan 2010!

Sedar tak sedar, sudah seminggu kita berada dalam tahun 2010 dan hampir menjejak bulan kedua 1431H. Alhamdulillah, kita semua masih dikurniakan nikmat usia yang panjang untuk memperbaik amal dan berbuat kebajikan. Seperti rutin, masing-masing pasti punya matlamat yang ingin dicapai pada tahun ini, baik azam yang diperbaharui setiap hari, mahupun azam tahunan.

Apa yang penting, kita semua dianjurkan untuk menetapkan azam dan matlamat supaya hidup ini bertujuan. Bayangkan seorang pemain bola sepak yang masuk ke tengah padang tanpa meletakkan apa-apa matlamat sepanjang game, mestilah pemain tadi menyepak bola dengan tidak tentu hala. Begitu juga para ibu ketika masuk ke dapur tanpa meletakkan target menu, pasti berakhir dengan pening kepala tak tahu nak masak apa..

Untuk adik-adik pula, kalau dah masuk persekolahan semula, mesti ada matlamat yang ingin dicapai. Contohnya, ingin mendapat semua A dalam setiap mata pelajaran, dalam setiap peperiksaan bagi tahun ini. Insha Allah, adik-adik tak akan merasa rugi sebab matlamat tadi akan membuatkan adik-adik tekun berusaha setiap masa untuk mengejar matlamat. Bukan boleh goyang kaki je kan nak dapat A? J

Rasanya masih belum terlambat untuk pihak KRIM Terengganu mengucapkan tahniah atas kejayaan adik-adik dalam keputusan peperiksaan PMR yang diumumkan kira-kira 2 minggu lalu. Sekali lagi, pencapaian pelajar-pelajar Terengganu amat memberangsangkan, dan kami percaya, adik-adik merupakan penyumbang kepada kejayaan tersebut!

9A, 8A, 7A hatta apa jua keputusan adik-adik adalah yang terbaik, sekiranya usaha dan tawakal adik-adik diserahkan bulat-bulat kepada Allah. Kejayaan mendapat 9A tidaklah bermakna jika ia membuatkan hati kita merasa riya’ dan ujub dengan kelebihan atau kepintaran diri sendiri tanpa mengucapkan syukur kepada Allah. Begitu juga, mendapat 5A misalnya, lebih baik untuk adik-adik sekiranya ia dapat memotivasi adik-adik untuk berusaha dengan lebih gigih pada masa hadapan. Senang cerita, apa jua keputusan adik-adik, masih terdapat banyak ruang untuk diperbaiki dan ada lebih kurang 2 tahun untuk adik-adik berusaha memajukan prestasi akademik adik-adik di samping memantapkan diri dan memperbaiki akhlak sebagai sebagai seorang hamba Allah, anak, pelajar, abang, kakak atau  adik yang baik.

Akhir kata, tahniah sekali lagi kepada semua lepasan PMR. Untuk adik-adik yang bakal mengambil peperiksaan SPM atau PMR tahun, diucapkan Selamat Berjaya! Adik-adik yang berada di Tingkatan 4 pula, jangan terbuai-buai dengan ‘honeymoon year’. Letakkan matlamat setinggi langit, sekiranya tidak tercapai, ia tetap mencecah gunung..ecehh..

Sampai jumpa lagi!

p/s: Nantikan aktiviti-aktiviti menarik KRIM Terengganu pada tahun ini. Ikuti pemberitahuan aktivit di blog ini dan war-warkan kepada rakan taulan, guru dan sesiapa sahaja!

p/s/s:  KRIM Terengganu juga membuka peluang kepada mana-mana sekolah atau kelab yang ingin berprogram bersama kami. Hubungi wakil KRIM Terengganu untuk maklumat lanjut!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s