Kucing oh Kucing…

Bertemu lagi dengan adik-adik pembaca yg masih setia bersama. Mungkin ada di kalangan adik-adik yg telah mula melangkah masuk ke alam persekolahan bagi menyambung kembali pembelajaran yg ditangguhkan sementara semasa cuti persekolahan yang lalu. Bagi yg telah tamat SPM, cuti yang panjang ini harus dimanfaatkan sebaiknya sebagai persediaan bagi menempuh alam yang lebih mencabar, IPT. Namun, walau di mana sahaja adik semua berada,kami warga KRIM Ganu mengucapkan selamat berjaya dan lakukan apa yg adik semua sedang lakukan dengan penuh ketekunan. Sebagaimana sabda Rasulullah SAW:

“ Sesungguhnya Allah suka apabila seseorang itu melakukan sesuatu pekerjaan  dengan tekun”. (HR Al Baihaqi)

Mutakhir ini, kita di’hidang’kan dengan pelbagai insiden buang bayi yang sangat menyayat hati. Apakah telah hilang rasa belas ehsan dan kasih sayang pada diri manusia akhir zaman ini, sehingga anak yang tak berdosa sanggup dibuang di tali air, lubang tandas, dan di merata-rata lagi? Kemanakah hilangnya peri belas kasihan ini? Waktu bersuka ‘bersama’, apakah tidak difikirkan akan hal ini? Manusia oh manusia….

Apalah dosa bayi ini?

Ibu dah tak sayang saye ke??

Satu fakta ringkas yang ingin kami kongsi bersama dengan adik-adik. Tahukah adik-adik, bahawa bapa kucing akan membunuh anak kucing yang baru lahir yang didapati ada potensi untuk ‘out-shine’ bapanya bila dia besar nanti? Mungkin bulunya lebih cantik dan sebagainya. Bapa kucing tersebut akan datang dan cuba melarikan anak kucing tersebut dan akan dibunuh atau dimakan akhirnya. Namun, sifat sayang yang ada pada si ibu kucing akan sedaya upaya untuk mempertahan anaknya yg dikandung sekian lama. Setiap kali, bapa kucing ini datang, si ibu akan berhempas pulas mempertahankan anak dan bertarung dengan bapa kucing meskipon mereka pernah ‘bercinta’ sebelumnya. Begitu hebatnya kekuatan kasih sayang si ibu kucing. Kucing oh kucing….

Bapa kucing memakan anak2nye...

Ibu kucing pon sayangkan anak2nye..

Wahai adik-adik yang di sayangi. Jagalah diri anda. Jauhi perkara maksiat yang akhirnya akan menyebabkan kita semakin jauh dari rahmatNya. Bermula dengan cinta mencintai, disusuli dengan dinoda dan menodai dan akhirnya sesal sendirian. Anak yang tak berdosa akhirnya dibuang semata-mata untuk menutup malu. Masih belum terlambat utk sedar dan insaf. Hindarilah hubungan yang boleh menjurumuskan kita ke lembah zina. Sedarlah….

Akhirnya, satu artikel menarik yg boleh dikongsi bersama dengan adik-adik. Dipetik dari blog:

http://inijalanku.wordpress.com/berita-baru/hand-of-hope-21-week-fetus/

Terjemahan dari artikel asal

Gambar ini adalah gambar bayi yang baru berusia 21 minggu yang belum dilahirkan bernama Samuel Alexander Armas yang dibedah oleh seorang doctor bernama Joseph Burner.

Bayi tersebut telah disahkan mengidap penyakit ‘spina bifida’ yang disahkan tidak dapat diselamatkan jika dikeluarkan dari rahim ibunya. Ibu Samuel, Julie Armas seorang jururawat obstetric di Atlanta. Dia mengenali seorang pakar bedah bernama Dr.Bruner. Dr Burner yg bertugas di Vanderbilt University Medical Center in Nashville, telah menjalankan satu pembedahan khas ke atas bayi ini sewaktu bayi ini masih lagi di dalam rahim.

Sewaktu pembedahan berlangsung, doctor telah mengeluarkan rahim dari seksyen-C  dan telah mebuat satu bukaan kecil untuk melakukan pembedahan ke atas bayi tersebut. Apabila doctor tersebut telah selesai menjalankan pembedahan ke atas Samuel, bayi kecil tersebut telah mengenggam jari doctor tersebut melalui bukaan kecil tersebut dengan tangannya yang telah berkeaadaan sempurna.

Dr Burner berkata, ketika jarinya digenggam,itulah saat paling mengharukan dalam hidupnya dan untuk seketika beliau kaku.

Gambar ini telah diambil dengan jelas sekali. Penulis telah menamakan gambar ini dengan tajuk ‘Hand of Hope-Tangan Harapan”. Dalam tulisannya berkenaan gambar ini,

“ Jari kecil bayi berusia 21 minggu,Samuel Alexander Armas keluar dari rahim ibunya untuk menggenggam jari tangan Dr Joseph Burner seolah-olah berterima kasih kepada doctor yang menghadiahkan sebuah kehidupan kepadanya”.

Ibu Samuel berkata, mereka menagis beberapa hari apabila melihat gambar tersebut. Dia berkata,

“Gambar ini mengingatkan kita bahawa mengandung bukanlah mengenai kecacatan atau penyakit,tp ia adalah mengenai seorang insan kecil.”

Samuel dilahirkan sihat dan pembedahan ke atasnya dilaksanakan dengan berjaya.

Moga menjadi pengajaran untuk kita semua…

One response to “Kucing oh Kucing…

  1. waa….sungguh kgharukn..trsa insaf pun ad..so cute..hrp insan kcil ni akn sntiasa sihat & gppy sllu..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s