Konvensyen Pemikiran Hasan Al-Banna dalam Melakar Agenda Bangsa

Remaja masa kini kian terdedah dengan perkembangan isu semasa yang pantas. Selari dengan tempoh semangat yang membara dan keazaman yang tinggi dalam melakukan sesuatu hal, masyarakat kini tidak lagi memandang enteng kepada golongan remaja. Pendapat dan pemikiran golongan remaja selalu diambil kira kerana umum kini yakin, remaja adalah tonggak agen perubah dalam masyarakat. Jika baik keadaan golongan remaja kini, dan mempunyai pandangan yang jelas tentang masa hadapan, tidak syak lagi, negara tersebut mampu hidup dengan lebih maju dalam tempoh 10-20 tahun akan datang. Sebaliknya, jika rosak golongan remaja dan tiada hala tuju pula, maka hampir pasti bahawa negara tersebut akan mengalami keruntuhan dari segi moral dan juga pembangunan negara. Hal ini dapat dilihatdi negara-negara Barat dan tidak mustahil hal sedemikian akan merebak jika remaja kita terus leka dan tidak mengendahkan persekitaran.

Oleh yang demikian, sebagai induk kepada KRIM dan sebagai sebuah NGO Islam, ISMA merasa amat terpanggil untuk mengemukakan pandangan dan kerangka fikrah dari perspektif yang bebas dan berasaskan kepentingan survival Islam dan umat Melayu. Jadi, satu konvensyen pemikiran As-Syahid Imam Hasan Al-Banna akan diadakan untuk kita sama-sama berkongsi dan mengadaptasi corak pemikiran begini kedalam perkembangan semasa negara kita.

Siapa kata remaja masih muda dan tidak layak untuk berbicara hal-hal sebegini? Seerah Nabawiyah telah mencontohkan kepada kita, umat yang terkemudian ini bahawa kepesatan perkembangan Islam pada awalnya banyak disumbang oleh golongan remaja seperti Ali b Abi Talib, Jaafar b Abi Talib, Usamah b Zaid. Dan berikutnya pada zaman kebangkitan Islam, Sultan Muhammad Al Fatih yang berusia belasan tahun dapat memimpin tentera untuk menawan Kota Konstantinopel. Peristiwa Al-Fatih membuka kota ini, telah dinukilkan oleh Rasulullah saw ketika Perang Khandak dengan bersabda:

“..Konstantinpel (kini Istanbul) akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera……”

Mengagumkan, walaupun ramai pimpinan Islam yang cuba untuk merealisasikan hadis Nabi saw ini,  hadis Nabi saw ini direalisasikan hampir 800 tahun kemudiannya oleh Sultan Muhammad Al Fatih, khalifah ke-7 Kerajaan Usmaniyyah yang diangkat menjadi Sultan ketika usia remaja dan 150,000 orang tenteranya. Subhanallah!

Maka, apa tunggu lagi? Daftar dan sertai konvoi ke sana!!!

(Klik pada gambar untuk paparan yang lebih jelas)

TARIKH : 30 JANUARI 2010

TEMPAT : DEWAN SRI SARJANA, UNIVERSITI TENAGA NASIONAL (UNITEN) , KAMPUS PUTRAJAYA

ANJURAN : IKATAN MUSLIMIN MALAYSIA (ISMA)

Yuran Penyertaan untuk Pelajar: RM 20 sahaja!!!

Perkhidmatan bas ada disediakan. Hubungi Wakil KRIM untuk keterangan lanjut.

OBJEKTIF

i.  Memberikan kefahaman tentang manhaj perubahan Islam.
ii. Memberi kesedaran tentang kepentingan aspek Maqasid Syarak dalam menilai situasi politik semasa.
iii.Memberikan tasawur agenda perubahan yang jelas, praktikal dan berkesan.
Iv. Mengukuhkan kesedaran dan keyakinan mengenai pilihan penyelesaian Islam terhadap kemelut umat.

PEMBENTANG KERTAS KERJA

Ustaz Muhammad Fauzi bin Asmuni
Naib Presiden II
Ikatan Muslimin Malaysia

Ustaz Hj Mohd Hazizi bin Hj Ab. Rahman
Timbalan Setiausaha Agung
Ikatan Muslimin Malaysia

Ustaz Hj Mohd Rusdi bin Hj Alias
Ketua Biro Pembangunan Sumber Manusia
Ikatan Muslimin Malaysia

TENTATIF PROGRAM

8.00 am – 8.40 am Kehadiran peserta dan pendaftaran
8.40 am – 9.00 am Pembukaan dan ucapan aluan pengerusi
9:00am – 10:00am Ucaptama Konvensyen oleh Ustaz Abdullah Zaik bin Abdul Rahman, Presiden Ikatan Muslimin Malaysia
10:00am -10:20am Rehat
10:20am -11:30am Kertas Kerja I ”Pemikiran Hasan al-Banna dan Ideologi Barat: Pertembungan Antara Dua Agendaoleh Ustaz Hj. Mohd Rusdi bin Hj. Alias
11:30am- 11:40am Tayangan Multimedia
11:40am -12:50pm Kertas Kerja II “Pandangan Hasan al-Banna Terhadap Agenda Pembangunan Ummah dan Pendekatannya di Malaysia” oleh Ustaz Hj. Mohd Hazizi bin Hj. Ab. Rahman
12:40pm – 2:00pm Solat dan Makan Tengahari
2:00pm – 3:10pm Kertas Kerja III ”Menilai Kemelut Politik Tempatan Berdasarkan Maqasid Syarak” oleh Ustaz Muhammad Fauzi bin Asmuni
3:10pm – 4:00pm Ucapan Penggulungan dan Resolusi
4:00pm Majlis bersurai

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s