Bukan Sebarangan Angka

Ke hadapan adik-adik pembaca setia,

Di dalam mengkategorikan ketepatan maklumat yang diterima, maklumat yang disertakan dengan angka akan memberikan gambaran yang lebih jelas seterusnya memberikan keyakinan yang lebih tinggi berbanding maklumat sama yang tidak berangka. Oleh itu, pada kali ini KRIM Ganu ingin berkongsi dengan adik-adik tentang suatu angka (statistik) yang sepatutnya begitu bermakna buat semua yang membaca. Sekiranya angkanya direka-reka sahaja, diminta adik adik sekalian untuk mengabaikannya, namun, sekiranya angka tersebut benar, maka berhati-hatilah adik-adik sekalian. Maklumat berangka berikut diperolehi melalui LAMAN INI.

Di Malaysia, anak luar nikah dalam maksud pendaftaran kelahiran terdiri daripada kanak-kanak yang dilahirkan oleh pasangan ibu bapa yang tidak berkahwin tetapi maklumat dimasukkan ke dalam daftar dan sijil kelahiran. Pendaftaran tersebut dibuat di bawah peruntukan pendaftaran kelahiran anak tidak sah taraf.

Ada sesuatu yang luar biasa pada sijil kelahiran anak tidak sah taraf. Nombor sijil yang lazimnya tertera di bahagian kanan dokumen, dicetak di bahagian bawah. Ini menunjukkan bahawa pemiliknya tidak mengetahui ayah kandungnya.

STATISTIK

Berdasarkan kepada laporan rasmi, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) melaporkan terdapat lebih 257,000 sijil kelahiran didaftarkan tanpa catatan nama bapa, sejak tahun 2000 hingga pada bulan Julai 2008.

Ini bermakna secara purata, 2,500 kes anak luar nikah direkodkan pada setiap bulan atau 83.3 kes pada setiap hari. Jika diunjurkan lagi, satu kes pendaftaran anak luar nikah berlaku dalam setiap 17 minit 17 saat!

Team Kuasa100Amat menyedihkan kerana menurut statistik pendaftaran kelahiran kelahiran anak luar nikah dalam tempoh 4 tahun sahaja (1999-2003) 30,978 dari 70,430 (44%) orang bayi tidak sah taraf yang dilahirkan adalah anak orang ISLAM.

Pecahan mengikut negeri:

Selangor = 12,836 orang
Perak = 9,788 orang
Kuala Lumpur = 9,439 orang
Johor = 8,920 orang
Sabah = 8,435 orang
Negeri Sembilan = 4,108 orang
Pahang = 3,677 orang
Kedah = 3,496 orang
Pulau Pinang = 3,412 orang
Melaka = 2,707 orang
Kelantan = 1730 orang
Perlis = 691 orang
Sarawak = 617 orang
Terengganu = 574 orang
JUMLAH = 70,430 orang.

Adik-adik sekalian,

Walaupun, Terengganu dilihat paling rendah, maklumat tersebut tidak menyatakan tentang peratusan orang islam sebenar di dalam 574 orang tersebut. Malah, maklumat ini adalah hampir sedekad yang lalu. Dan statistik ini masih belum mengambil kira maklumat yang baru terpampang di dada akhbar baru-baru ini.  KLIK DISINI UNTUK BERITA TERSEBUT. berFikir-fikirkan…….. Sebagai penutup, hayatilah alunan karya Sami Yusuf berikut.

Wassalamu’alaikum wbth

HE IS THERE

Some might say this world today shows
God’s left us to our mistakes oh
He has never been so far away
Some might say
How could any father stand
To see his children across so many lands
Suffer so and give no helping hand
No helping hand

And somewhere tonight
Far away and out of sight
There’s a child that’s too weak to cry
Look deep in those eyes
Can’t you see him in disguise?
Reaching out to the heart that’s in you and I

In every tear
That is where
He is there

He’s the hand that wipes that brow
He’s the tear that trickles down
Upon the face that cries without a sound
‘We need you now’
What a simple choice to make
Between what you give and what you take
When what you give
Such precious life precious life would save
Life would save

And somewhere inside
There’s a part of you asks why
Would he leave so many so far behind
Look deep in those eyes
Can’t you see him in disguise
Reaching out to the heart that’s in you and I

In every tear
That is where
He is there

Look again don’t hide your eyes
He is there in disguise
Reaching out to you and I
He is there in every tear
Not far away he’s right here
Oh how could he be more near

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s