Petua kecemerlangan KRIM #2-Pelajar cemerlang rancang belajar

Pernah dengar ini?

Gagal merancang? Anda rancang untuk gagal!

da slalu kann kita dengar yang ini? Dan kami yakin, adik-adik juga sudah biasa untuk merancang. paling tidak, Allah telah merancang satu jadual khusus untuk kita, para hambaNya untuk sentiasa ingat pada Dia. Bagaimana? dengan perintah menunaikan solat fardu 5 waktu. Maka, secara tak langsung, hari-hari kita pon sudah terancang. cthnya, pergi sekolah selepas menunaikan solat subuh. Pulang dari sekolah selepas solat Zuhur. Selepas Asar, dapat la kita keluarkan peluh dengan beriadah dan seterusnya, hingga solat Isya’, Allah rancangkan waktu itu untuk kita berehat pada waktu malamnya.

Jadi, mudah kan bila ada perancangan. Hidup lebih teratur dan tidak huru-hara. Bayangkan situasi apabila kita terlepas solat Subuh, hari itu pasti akan jadi “Hari tak best sedunia” sebab adik-adik sudah lewat ke sekolah. Mungkin ada buku yang tertinggal, tak smpt bersarapan dan sebagainya. Pokok pangkalnya, jadual sudah lari, dan adik-adik jadi kelam kabut. Tambahan pula, meninggalkan solat secara sengaja, mengundang murkaNya, maka hidup pun tidak berkat.

haruuu..

ok, selepas kita tahu kepentingan untuk merancang pembelajaran, kita kena tahu, rancang dengan kaedah yang betul.

Di sini dibawakan contoh jadual harian seorang pelajar:

cantek da kan? sekurang-kurangnya, adik2 dapat lihat kemana perginya waktu adik setiap hari. Rasa-rasa kalau tak perlu tonton tv dan internet hari-hari, adik boleh gunakan waktu itu untuk belajar ataupun menolong emak membuat kerja-kerja rumah. Tanpa jadual, sedar tak sedar da tengah malam n waktu tidur. Apabila diingat2 balik, rupanya kehabisan waktu kerana melayari internet berjam-jam dan melayan cerita Korea..isk iskk..terbazir masa…homework dan study entah kemana…

Tapi, adik-adik juga boleh refine lagi, dan improvise, yakni buat penambahbaikan kepada jadual dengan merancang, subjek yang akan diulangkaji pada hari-hari tertentu. Contohnya, Isnin adalah “Hari Matematik Tambahan”. Jadi, adik boleh meyudahkan homework  dan kemudian study Add Maths. Tak cukup dengan itu, adik-adik boleh tetapkan, chapter yang ingin diulangkaji. Misalnya, differentiation. Begitu juga dengan hari-hari yang lain. Hari Rabu, jadikan ia “Hari Chemistry”, topik hydrocarbon. Hari Jumaat, “Hari P.I dan Tasawwur Islam” dan untuk hari-hari yang lain.

Dengan cara begini, sebenarnya adik-adik boleh merancang jadual untuk tempoh sebulan, malah setahun. Boleh juga dirancang, topik yang panjang dan sukar, diberi penekanan yang lebih manakala topik yang mudah, boleh diulang sepintas lalu. Apa-apapun, semuanya adalah perancangan adik.

Yang pasti, orang yang berjaya adalah orang yang berjaya membuat perancangan yang berkesan dan terperinci serta, mematuhi perancangan. Semestinya, perancangan-perancangan ini boleh dipinda mengikut kesesuaian dan kesukaan adik-adik.

Apa yang penting? PERANCANGAN!!!

Dengan perancangan, kejayaan sudah di tangan!

(minggu depan: #3-pembelajaran yg efektif,persekitaran yang kondusif)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s