Petua Kecemerlangan KRIM #4:buat satu persatu!

Assalamu’alaikum!!

Wah, rasa sekejap betul, tup tup dah nak habis cuti sekolah. Pesan daripada kami, cepat-cepat siapkan kerja sekolah yang masih tertunggak, dan kalau semua sudah beres, boleh la buka buku dan ulangkaji bab-bab yang masih tidak difahami. Jadi, kalau masih ada soalan, boleh terus tanya cikgu apabila sekolah buka nanti.

Di samping buku, buku dan buku, jangan lupa ambil masa pada musim cuti ini untuk membantu ibu dan bapa, terutamanya bagi adik-adik yang belajar di sekolah berasrama. Inilah waktunya untuk meringankan tulang dan bermesra dengan ahli keluarga. Boleh juga ambil peluang di kenduri-kenduri kahwin saudara mara untuk merapatkan silaturrahim yang ada.

ok, tips kali ini adalah: Buat satu persatu!

Dalam setiap hari-hari kita, mesti banyak perkara yang perlu kita selesaikan. Kerja sekolah, tolong ibu ayah, ulangkaji, bermain bola dan pelbagai perkara lagi. Kerja sekolah kadang-kadang, add maths, dan mod maths, dan karangan, rumusan, literature dan semuanya yang perlu disiapkan.

Jadi, cara terbaik adalah untuk menyenaraikan semua perkara. Kemudian susun dengan perkara yang paling penting untuk diselesaikan dahulu, yang kedua penting, yang ketiga dan seterusnya. Kemudian, patuhi susunan yang telah dibuat. Jangan pula di tengah-tengah menyelesaikan perkara pertama, adik-adik lompat ke perkara kesepuluh dengan tak semena-mena. Contohnya, di kala menyiapkan homework add maths yang perlu dihantar buka sekolah nanti, adik-adik leka dengan menonton tv. umm, kalau sambil-sambil tuh mungkin boleh dimaafkan lagi, tapi jangan lah sampai tutup buka terus dan tonton tv aje. Itu tak cool!

boleh juga minta pendapat rakan atau sesiapa sahaja dalam menyenaraikan aktiviti!

Dalam Al-Quran juga telah disentuh tentang hal ini, didalam surah al-insyirah, surah ke-94, ayat 7:

Maka apabila kamu telah selesai (dari sesuatu urusan), kerjakanlah dengan sungguh-sungguh (urusan) yang lain

Apa yang penting, adik-adik mesti bijak dalam menguruskan aktiviti-aktiviti harian. Supaya tidak ada yang tercicir, boleh juga dibuat senarai yang panjang dan diselesaikan satu persatu. Dan ingat! buat dengan bersungguh-sungguh. Tiadalah istilah cincai mahupun asalh boleh. Sebagai Muslim yang baik, setiap pekerjaan mesti dilakukan sehabis baik! Itulah yang dianjurkan dalam Islam.

Sampai jumpa lagi!

Semoga cuti sekolah yang bakal berlalu telah dan akan dimanfaatkan dengan aktiviti-aktiviti yang berfaedah. Insha Allah.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s