Perkhemahan Kecemerlangan Akademik & Sahsiah (PENGASAH) di SM Teknik Dungun

Pengarah PENGASAH, Saudara Nizam Abd Rahman memberikan ucapan alu-aluan

Alhamdulillah, pada 2-3 Julai yang lalu, tim KRIM Terengganu telah dijemput untuk menganjurkan Perkhemahan Kecemerlangan Akademik & Sahsiah (PENGASAH) di SM Teknik Dungun. Dihadiri seramai 249 peserta yang merupakan pelajar-pelajar tingkatan 5 sekolah tersebut, kem selama 2 hari 1 malam secara umumnya mendapat respon yang baik daripada para peserta.

Sebaik sahaja upacara perasmian diadakan, peserta dihidangkan dengan slot-slot  mengenali kehebatan diri, definisi kejayaan serta penetapan matlamat. Kemudian, aktiviti Ice breaking diadakan sebagai rehat minda diikuti oleh riadah pada sebelah petangnya. Aktiviti-aktiviti lain yang diadakan adalah ceramah berkisar sahsiah dan kejayaan remaja, tips kemahiran menghadapi peperiksaan serta cabaran selepas SPM.

Secara keseluruhannya, intipati yang ingin disampaikan pada kem PENGASAH kali ini adalah kejayaan yang bersifat holistik, bukan sekadar kecemerlangan akademik, mewujudkan motivasi pelajar dalam menghadapi peperiksaan serta kepentingan hubungan dengan Allah sebagai sumber Pemberi kejayaan.

Sesungguhnya, tim KRIM Terengganu berniat hendak menyebarluaskan kebaikan dan saling memotivasi terutamanya golongan remaja. Dengan pengalaman dan kesedaran untuk berkongsi sebagai panduan remaja menghadapi cabaran dan ujian dalam kehidupan, yang nyata, usaha untuk berjaya dan mengubah diri ke arah yang lebih positif mesti datang dari dalam diri sendiri.

Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa apa yang pada diri mereka (Surah Ar-Ra’d, 13: ayat 11)

Doa kami agar kejayaan mengiringi adik-adik sekalian dan beroleh keberkatan dalam hidup. Sampai jumpa lagi!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s