KRIM ATtaCK @ SMK Jerangau

Alhamdulillah, pada 17 Julai lalu, Kelab Remaja ISMA Terengganu telah meninggalkan jejak di SMK Jerangau pada Kem Pemantapan Matapelajaran SPM. Slot selama setengah hari telah diisi dengan pelbagai santapan minda untuk dikongsi dan memotivasi semangat adik-adik, yang merupakan calon SPM 2010.

Pada sesi perkenalan dan pembentukan kumpulan, Saudara Bakri mengacarakan game Physics Balloons dan Brain Button. Rata-rata peserta begitu teruja ketika sesi ini berlangsung dan saling berdaya saing untuk memenangi pertandingan antara kumpulan ini. Selepas itu, Saudara Bakri meneruskan dengan sesi motivasi ringkas untuk meningkatkan lagi semangat dan keyakinan para pelajar dalam menghadapi peperiksaan besar ini.

Selepas peserta menjamu makanan pagi, sesi diteruskan lagi oleh Saudara Nizam, yang membentangkan tentang kerjaya pilihan, iaitu JURUTERA. Pelbagai model fizik yang digunapakai dalam teori kejuruteraan dipersembahkan kepada adik-adik untuk menggambarkan aplikasi fizik dalam jentera dan mesin yang digunakan.

Slot Pengenalan kepada KRIM dilaksanakan sejurus sebelum aktiviti  Debat Minda berlangsung. Para peserta yang ingin menyertai ekspedisi mencari BUmi baru, dikehendaki mempertahankan tempat masing-masing, tentunya dengan menggunakan teori fizik. Pelbagai ragam dapat dilihat sepanjang sesi ini berjalan. Dan menarik sekali, kumpulan Mat Rempit dan ibu mengandung, dapat pergi mencari Bumi baru.

Secara ringkasnya, program kali ini dilihat telah mencapai objektif yang disasarkan dari pihak KRIM. Namun, kayu ukur utama yang menentukan kejayaan program ini adalah dari para peserta, dan tentunya perubahan menuntut masa dan memerlukan pengorbanan untuk dilaksanakan.

Selamat Maju Jaya kami ucapkan kepada para pelajar Tingkatan 5 SMK Jerangau. Doa kami agar adik-adik mendapat kejayaan di dunia dan di akhirat tentunya! Kerjasama terbaik daripada adik-adik sentiasa menggamit hati para fasilitator untuk kembali berkunjung ke sana😀 Kredit juga untuk Cikgu Fizik SMKJ, Cikgu Nik Maria yang berbesar hati untuk menjemput tim KRIM Terengganu ke sana.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s