Kem Perkasa Remaja Muslim SMK Manir

Alhamdulillah. Buat julung-julung kalinya, KRIM Terengganu telah membuat penampilan di Taman Rekreasi Pantai Merang dalam penganjuran Kem Perkasa Remaja Muslim SMK Manir. Program khas untuk pelajar Tingkatan 3 ini melibatkan seramai 25 peserta lelaki dan 28 peserta perempuan.

Dengan rintikan hujan pada pagi Jumaat lepas, bermulalah cerita kem dengan aktiviti suai kenal yang kemudian dilanjutkan oleh PEMBINA Terengganu. Para peserta sungguh teruja dengan pengenalan PEMBINA Terengganu dan memberi komitmen sebaik mungkin dalam aktiviti ice breaking.

Antara lain aktivit yang telah diadakan pada kem kali ini adalah Mini Explorace, Rehat Minda, Escape Pod, Festival Filem Pendek, dan Dadu Hikmat. Bagi Festival Filem Pendek, pertama kali diperkenalkan dalam modul KRIM Terengganu, tema filem kali ini adalah GAZA: Antara aku dan mereka dilihat berjaya menyerlahkan sisi prihatin dan rasa bertanggungjawab dalam diri peserta. Rata-rata peserta kurang mengetahui isu-isu di Gaza dan Palestin, namun selepas aktiviti ini dijalankan, sedikit sebanyak memberi pengetahuan dan pendedahan kepada mereka.

Secara keseluruhannya, Kem Perkasa Remaja Muslim di Merang ini merupakan satu pengalaman baru yang menyeronokkan bagi tim KRIM Terengganu. Interaksi dengan peserta yang mempunyai pelbagai latarbelakang adalah satu landasan terbaik untuk KRIM Terengganu menerobos sempadan remaja.

Peserta terbaik lelaki sepanjang kem, Alim Afifi b Mohd manakala Nur Hanisah bt Zaki bagi peserta perempuan. Sekali lagi, pihak KRIM Terengganu mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada barisan guru SMK Manir yang turut bersama sepanjang kem, terutamanya kepada Ustaz Shaikh Sabri yang menjadi pemudah cara bagi kem kali ini.

Pengukur kejayaan sesebuah penganjuran kem mahupun aktiviti bukanlah terletak pada keseronokan, hilai tawa, dan santai semata-mata. Bagi kami, apa yang dapat dibawa pulang oleh para peserta, dari segi perkasa akhlak dan peribadi lebih utama. Pesan kami buat adik-adik yang dikasihi, sentiasa beri peluang kepada diri sendiri untuk menjadi insan yang lebih baik dan sentiasa berusaha memajukan diri.

Jom layan gambar. Enjoice!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s