Sebuah Kenangan..2010 dalam ingatan…

Apa khabar adik2 semua..? Sudah hampir 2 minggu tahun 2010 berlalu meninggalkan kita, bersama seribu satu kenangan yang pastinya tidak akan dapat kami warga KRIM Terengganu lupakan. Segala kenangan, suka duka,senda tawa bersama adik2 dalam pelbagai aktiviti yang kami jalankan,pastinya akan meninggalkan kesan yang berbekas di dalam hai sanubari kita semua.

Adik2 KRIM semua,

Diharapkan bukan hanya kenangn pahit manis yang dapat  dikenang, namun apa yg lebih penting daripada itu adalah sejauh mana segala pesanan, nokhtah2 penting,ilmu yg berguna, dan segala input yg telah  kami berikan sepanjang program  2010 menajdi azimat dan panduan adik2 semua dalam menghadapi hari yg mendatang.

Sedar tak sedar, sudah hampir 2 minggu jugalah adik2 semua kembali ke alam persekolahan. Bagi lepasan SPM yg masih lagi ‘honeymoon’, manfaatkan masa yg ada sebaik mungkin. Bukan sahaja utk medapatkan lesen motosikal ataupon kereta, ia seharusnya lebih daripada itu. Manfaatkan masa cuti ini untuk mendalami seberapa banyak ilmu yg boleh. Budayakan amalan membaca. Bukan bererti sudah tamat SPM,buku dicampak ke tepi. Cuti yang panjang harus dirancang sebaiknya agar ia tidak berlalu sia2.Bagi yg pernah melalui masa ini, pastinya akan berkata”kalaulah aku dapt blk cuti lepas SPM aku, mesti aku akan begini & begitu..”.Rancanglah cuti anda sebaik mungkin.

Bagi yg masih meneruskan sesi persekolahan, jadikan tahun 2010 ini sebagai satu batu loncatan untk kita terus berjaya. Bukan sahaja dalam akademik, begitu juga dalam bidang ko-kurikulum. Mungkin bg sesetengah pelajar, bidang ko-kurikulum tidaklah penting sangat berbanding keputusan akademik. Ketahuilah adik2,dengan melibatkan diri dalam bidang ko-kurikulum, adik2 sebenarnya sedang merangsang pembentukan karektor & jati diri adik2 yg pastinya tidak akan digarap dalam sesi pembelajaran di dalam kelas.Mantapkan penguasaan akademik & perkasakan penglibatan dalam aktiviti kokurikulum.

Untuk akhirnya, sedikit soroton 2 kem musim cuti persekolahan yg lalu. Maafkan warga KRIM Terengganu atas kelewatan update entry kali ini kerana kekangan waktu dan aktivit2 yg tidak dalat dielakkan…

Kem Remaja Wawasan 2,KREW 2o10 &

Jambori Remaja Muslim , JIRIM 2

p/s: nk tgk byk gambar lg, cari dlm facebook ye..;)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s