Program Motivasi di SMK Jerangau

Bersempena dengan Program pemantapan matapelajaran yang diadakan selama 3 hari di SMK Jerangau, bermula dari 5 hingga 7 Mei, tim KRIM Terengganu telah dijemput untuk slot motivasi ringkas bersama pelajar-pelajar Tingkatan 5 sekolah berkenaan.

Slot pertama yang dikendalikan oleh Saudara Bakri, bertajuk Road to Success berintipatikan jalan menuju kejayaan dan perspektif sebenar, apa itu kejayaan.

Program diteruskan lagi dengan penyampaian berkenaan kerja kejuruteraan, multimedia dan landskap, khusus untuk para pelajar sasaran. Slot kendalian Saudara Nizam mendapat maklumbalas yang baik dari para pelajar untuk mengetahui lebih banyak tentang kerjaya dan alam selepas persekolahan.

Secara keseluruhannya, program motivasi ringkas KRIM Teengganu di SMK Jerangau, diharap dapat memberi impak yang mendalam kepada para pelajar. Betapa banyak air hujan yang turun mengenai tanah, masih tidak dapat memberi penghidupan kepada tumbuhan kerana faktor tanah itu sendiri. Sama seperti adik-adik yang masih bergelar pelajar, ilmu yang ada bagai air hujan yang sering turun, bergantung kepada adik-adik sama ada ingin menyerap ilmu atau membiarkan sahaja ia poros ke bumi.

Perkara pokok sekali dalam menuju kejayaan, adalah sikap individu. Individu yang berjaya semestinya orang yang mempunyai sikap untuk berjaya, tidak hanya menyerahkan kepada takdir untuk seluruh kehidupannya.

Apapun, masih berbaki beberapa bulan lagi untuk para calon SPM 2011 membuat persediaan mantap menghadapi peperiksaan yang besar. Jangan lepaskan peluang MENCIPTA KEJAYAAN!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s