Anugerah Khas Cemerlang SPM 2011

Pada 5 Mei yang lalu, tim KRIM Terengganu telah melawat, adik Tengku Fatimah Azzahra bt Tg. Md Fauzi di kediaman keluarga beliau untuk menyampaikan sijil Anugerah Khas Cemerlang SPM 2011 beserta sebuah buku cenderamata.

Pemilihan beliau atas faktor kecemerlangan adik Tg. Fatimah di dalam peperiksaan SPM 2010, cemerlang kokurikulum juga keterlibatan beliau bersama KRIM Terengganu. Adik Tg. Fatimah mendapat tempat ketiga bagi karya Mujahid Melayu, dalam Pertandingan Cerpen Islami KRIM Nasional dan Telaga Biru 2010.

Ikuti temuramah pihak KRIM Terengganu (KT) bersama adik Tg. Fatimah (TF)

KT: Boleh saudari ceritakan sedikit sebanyak tentang latar belakang diri, keluarga, pendidikan serta pencapaian kokurikulum?

TF: Saya dilahirkan pada 15 September 1993. Mendapat pendidikan awal di Sek Keb Pusat Dungun dan Sek Keb Kuala Dungun serta bersekolah menengah di SMKA Kuala Abang . Saya anak ke-4 daripada sembilan orang adik beradik. Antara pecapaian kokurikulum saya adalah Pertandingan Debat Bahasa Arab, Pertandingan hafaz al-quran, Ihtifal SMKA dalam kalimatuh sobah, serta F1 in school technology challenge.

KT: Bagaimanakah rutin harian ketika hari persekolahan

TF: Rutin harian…macam orang lain…tapi, pagi-pagi bangun awal untuk qiyamullail at least seminggu sekali, selepas itu, pergi ke sekolah macam biasa, kadang-kadang ada usrah dan program dengan sahabat. Malam pula tidur awal. Tetapi kadang-kadang terpaksa ‘stay up’ untuk siapkan kerja.

KT: Selain daripada mengikuti kelas di sekolah, adakah usaha-usaha lain yang saudari lakukan?

TF: Saya cuma amalkan bertanya kepada guru-guru dan rakan-rakan. Belajar berkumpulan ada juga supaya saya dapat guna peluang itu untuk berkongsi ilmu. Tetapi semasa musim exam, saya lebih suka belajar sendiri, namun kalau ada rakan minta ajarkan sesuatu, saya akan tolong mereka. Yang penting, fokus semasa belajar dan buat latihan, jika tak faham jangan malu bertanya.

KT: Bagaimana dengan faktor rakan-rakan? Sejauh manakah peranan mereka?

TF: Rakan-rakan banyak membantu. Dari segi hubungan, memang saya jaga walaupun dengan pelajar berlainan kelas. Pada pendapat saya, apabila hubungan baik, mereka akan bertanya kepada kita tentang sesuatu dan jika diberi tunjuk ajar, kita pun akan lebih faham dan ilmu insyaallah berkat.

KT: Mungkin juga boleh kongsikan serba sedikit tips dan nasihat yang pernah Mak dan Ayah berikan kpd Fatimah, yg mendorong Fatimah utk berjaya.

Mak ayah selalu pesan supaya bantu kawan-kawan dengan ilmu yang Allah bagi pada kita dan tolong adik-adik kat rumah juga.Mereka selalu pesan  supaya tidak kedekut ilmu.

Mak dan Ayah Fatimah

KT:  Kita lihat kini belia-belia kita banyak terlibat dengan gejala sosial. Baru-baru ini, surat khabar melaporkan tentang peningkatan kes-kes jenayah di kalangan pelajar. Pada pendapat saudari, bagaimanakah kita dapat menangani isu ini yang telah berlaku sekian lama?

TF: Bagi saya, remaja perlu banyak mendekatkan diri kepada perkara yang berfaedah. Contoh nya seperti kem-kem yang dianjurkan oleh KRIM, pergi usrah, dengar tazkirah atau banyakkan bahan bacaan tentang agama di samping berkawan dengan orang yang boleh bawa kita kepada kebaikan. Ini penting supaya iman kita dibenteng daripada perkara-perkara yang melalaikan.Saya selalu pesan kepada sahabat-sahabat : ” Ingat Allah, insya Allah selamat”

KT:  Ada satu pepatah berbunyi, harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama. Bagi saudari, apakah sumbangan yang saudari ingin tinggalkan untuk orang sekeliling bahkan untuk seluruh dunia sekalipun?

TF: Kalau boleh, Insya Allah saya nak menerbitkan beberapa buah buku suatu masa nanti dan ingin mempunyai laman web sendiri supaya dengan itu, saya dapat membantu masyarakat dalam hal-hal yang tertentu walaupun tidak banyak. Dan saya teringin membantu masyarakat di kampung terutamanya,kerana apa yang saya lihat perkembangan agama Islam di sana masih kurang memberangsangkan. Saya tetap akan cuba untuk menyumbang sesuatu kerana apa yang saya tahu di akhirat nanti kita akan ditanya tentang sumbangan yang kita berikan untuk Islam dan umatnya.

KT: Sebagai penutup, apakah pesanan yang ingin saudari sampaikan kepada kami dan generasi muda?

TF: Saya harap KRIM akan terus maju dalam membawa masyarakat khususnya remaja ke jalan yang diredhai Allah. Terima kasih kepada pihak KRIM kerana memberi peluang kepada saya selama ini  untuk terus membina sesuatu yang baik dalam diri saya dan memberi ruang untuk saya berkongsi segala yang Allah kurniakan ini untuk kebaikan bersama..Jadi, saya harap, generasi muda akan terus menuntut ilmu dalam pelbagai bidang terutamanya bidang ICT supaya dapat dimanfaatkan untuk Islam kerana Saidina Ali berkata, kebenaran yang tidak terancang akan dikalahkan dengan kebatilan yang terancang. Selain itu, perkemaskan diri kita dengan amal ibadah dan akhlak yang mulia agar dapat menjadi pewaris yang hebat serba-serbi untuk negara pada masa hadapan.

Terima kasih dan jazakillah khayran (semoga Allah membalas dengan kebaikan) atas kerjasama yang diberikan oleh adik Tg. Fatimah dan keluarganya. Doa kami buat adik Tg. Fatimah, agar terus fokus dalam mengejar kejayaan duniawi dan ukhrawi, demi mencapai mardhatillah.

Dan bahawa manusia hanya memperoleh apa yang telah diusahakannya. Dan usahanya itu kelak akan diperlihatkan (kepadanya). Kemudian akan diberi balasan kepadanya dengan balasn yang paling sempurna. Dan sesungguhnya kepada Tuhanmu-lah kesudahannya (segala sesuatu). (Aq, Surah An-Najm, 53:39-42)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s