Kem Kepimpinan Pengawas SMK (A) Kuala Abang

Tanggal 23-25 Jun 2011 yang lalu, KRIM Terengganu telah diundang oleh Unit Bimbingan Kaunseling SMKAKA untuk mengadakan Kem Kepimpinan Pengawas SMKAKA. Program 3 hari 2 malam ini telah diadakan di D Resort,Pasir Puteh, Merang. Seramai 49 orang wakil kepimpinan pelajar dari SMAKAKA telah hadir ke program tersebut.

Program bermula dengan slot pelajar bersama dengan pihak pengurusan sekolah. Beberapa sesi perkongsian bersama pengurusan sekolah telah berlangsung sehingga petangnya. KRIM dimaklumkan sesi petang adalah sesi  bermandi manda di kolam yang tersedia di resort tersebut.

Slot KRIM bermula dengan sesi taklimat ringkas usai solat maghrib yang disampaikan oleh Pengarah KRIM Terengganu, Saudara Bakri. Rata -rata pelajar agak keletihan (sindrom klorin) semasa sesi taklimat.  Usai solat isyak, sesi ice breaking dijalankan. Para pelajar dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan dikehendaki mempersiapkan ‘army yell’,dan logo kumpulan masing-masing. Hari pertama melabuhkan tirainya usai slot ice breaking.

Hari kedua dimulakan dengan qiamullail sewal jam 4 pagi. Hari kedua program diisi dengan 2 slot perkongsian bertajuk ” What’s in the Bee” dan “Self Lead before Lead Others” yang disampaikan oleh Abang Bakri. Dalam kedua-dua slot ini,ditekankan konsep untuk memperbaiki diri disamping membentuk dan membimbing rakan-rakan sebaya yang lain. Usai solat jumaat,program outdoor dimulakan dengan aktiviti ” Tower of Power”. Dalam aktiviti ini,para peserta diuji dengan kemahiran berkumpulan & kreativiti untuk membina menara berdasarkan spesifikasi yang diberikan.Semua menara yang siap dibina diuji oleh ‘jurutera profesional’ yang dilantik.

Aktiviti pada malamnya pula adalah slot ” Personality Traits” dimana para peserta diberi ujian personaliti untuk mengenali personaliti sendiri dan belajar bagaimana berurusan dengan kepelbagaian personaliti rakan sebaya. Sebelum berehat,sekali lagi minda para peserta diuji dengan debat minda yang menguji kekuatan hujah dan teknik penyampaian yang berkesan.

Hari terakhir kem dimulakan dengan qiamlullail dan solat subuh berjemaah. Sesudah kuliah subuh disampaikan,peserta disajikan dengan senaman ringan sebagai pemanas badan sebelum kemudiannya disusuli dengan ‘ExploreChallenge Game’ di mana para peserta diuji dari segenap segi bagi menyelesaikan tugasan di lima checkpoint.

Kem Kepimpinan ini akhirnya melabuhkan tirai pada tengaharinya. Rata-rata pelajar kelihatan sedikit kepenatan. Mudah-mudahan disebalik segala kepenatan yang dirasai, adalah sebanyak mungkin mutiara hikmah yang diperolehi oleh para perserta. Moga bertemu lagi di kem-kem akan datang.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s