Perkongsian Pengalaman & Interview Tips @ SMKAKA

Pada tanggal 24hb Julai yang lalu, KRIM Terengganu telah berbesar hati memenuhi undangan Unit Bimbingan & Kaunseling (UBK) SMKAKA menerusi guru  kaunselornya, Cikgu Yaslan untuk bersama para pelajar tingkatan lima sekolah tersebut. Pada slot pertamasesi kali ini, Pengarah KRIM Terengganu, saudara Bakri, berkongsi pengalaman beliau sebagai seorang pelajar dari zaman persekolahan rendah sehingga melanjutkan pelajaran ke IPT swasta dalam dan luar negara.

Saudara Bakri berkongsi beberapa ‘turning point’ dalam kehidupan beliau sebagai seorang pelajar di samping beberapa tips belajar dan tips kehidupan untuk santapan semua yang hadir. Sesi kali ini disulami dengan beberapa video ringkas tentang pengalaman hidup & belajar di luar Negara (Australia) di samping perkongsian gambar kenangan koleksi peribadi beliau untuk lebih menyemarakkan semangat para pelajar untuk terus berusaha dan menempa kejayaan peribadi masing-masing. Di akhir slot ini, beliau menekankan peri pentinya menambah ‘nilai’ pada setiap cita-cita dan matlamat hidup yang ingin dicapai agar kejayaan yang dicipta lebih ber’nilai’ dan ber’makna’.

Slot kedua kemudiannya diisi dengan perkongsian tips bagi menghadapi temuduga. Secara ‘secific’nya ,sesi ini menceritakan tentang persedian yang perlu dilakukan untuk menghadapi temuduga terutama temuduga untuk mendapatkan biasiswa ataupon pinjaman daripada penaja-penaja terkemuka negara. Turut dikongsi bersama, adalah teknik berpakaian yang sesuai untuk ditemuduga dan latihan pengucapan awam yang mampu melacarkan sesi temuduga yang bakal dihadapi nanti.

Mudah-mudahan slot ringkas ini mampu memberi sedikit pencerahan dan sinar untuk menyemarakkan semngat para pelajar untuk terus berusaha bagi menggapai cita-cita untuk kebaikan ummah bersama. Moga bertemu lagi dan selamat menyambut Ramadhan yang bakal menjelma dan “All the best” buat semua dalam menghadaoi peperiksaan percubaan yang bakal menjelma nanti.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s