Ramadhan kan dah dekat?

Ianya makin hampir. Mungkin ramai dikalangan kita yang masih tidak percaya yang Ramadhan semakin mengampiri. Rasanya baru semalam kita berpuasa. Baju raya tahun lepas pon belum sempat  pudar lagi warnanya (tahun ni dah berganti baju baru). Malam besok,insyaAlah penyampai mohor raja-raja (yang kelihatan 3 kali setahun) akan kembali menampilkan dirinya  untuk menyempurnakan pengisytiharan datangnya Ramadhan pada tahun ini.

Namun persoalan besar yang harus kita sama-sama fikirkan adalah “Bersediakah aku dengan datangnya Ramadhan kali in?i”. Jika tahun lepas, mungkin ada sedikit kekecewaan, lantaran sibuknya kita dengan urusan dunia sehinggakan Ramadhan berlalu begitu sahaja. Jika tahun lepas, pelbagai azam telah di’set’kan dalam minda seblum hadirnya Ramadhan. Namun, bila ianya tiba, kelaparan,keletihan,kelesuan dan sebagainya menjadi alasan untuk terus mengabaikan bulan yang hanya dating setahun sekali ini, yang bersamanya sejuta macam rahmat,pengampunan yang tiada hijabnya, dan perlindungan yang pasti dari azab neraka. Adakah kita akan terus membiarkan Ramadhan kali ini juga berlalu sebegitu sahaja.? Tepuk dada tanyalah iman anda.

“Barangsiapa berpuasa Ramadhan dengan keimanan dan mengharap pahala (keredhaan) Allah, maka diampuni dosa-dosanya yang terdahulu. (HR. Bukhari)”

Di kesempatan kali ini, KRIM Terengganu ingin berkongsi bersama rakan pembaca beberapa persedian Ramadhan yang perlu kita perhalusi dalam sisa baki waktu yang ada ini. Perkonsian ini hasil nukilan YDP ISMA Dungun, Ustaz Zalani Ibrahim:

Persediaan menyambut Ramdhan

1) Mengulangkaji pelajaran yang berkaitan dengan puasa, agar kita memasukinya dengan pengetahuan yang telah diperbaharui.
2) Memperlihatkan kepada saudaranya seislam kesenangan hati dan jiwa dalam menghadapi bulan puasa.
3) Membanyakkan doa semuga Allah memberikan tenaga, kelapangan dan kesempatan mengerjakan ibadah puasa
4) Menguatkan semangat dan hemmah untuk menjalankan latihan dengan sempurna agar kita memperolehi kesan dan matlamat dari puasa tersebut.
5) Menyiapkan diri untuk terus beristiqamah dengan amalan-amalan ibadah walaupun Ramadhan telah berlalu.
6) Cuba untuk membuang segala sikap serta amalan yang tidak betul ketika menyambut bulan Ramadhan seperti : Bermewah-mewah ketika berbuka sehingga berlaku pembaziran. Tidak menjaga pancaindera seperti mendengar, melihat serta berkata-kata perkara yang haram dan tidak berusaha untuk melipat gandakan amalan ibadah seperti solat malam, membaca al Quran serta membaca al Quran.
7) Mengucapkan tahniah atas kedatangan Ramadhan.

Buat adik-adik yang bakal menghadapi peperiksaan percubaan SPM sepanjang Ramadhan ini, KRIM Terengganu ingin berkongsi beberapa tips sebagai bekalan sepanjang Ramadhan ini.

  1. Jadikan amalan untuk bangun awal sebelum bersahur. Bersolatlah tahajjud diikuti solat hajat mohon dimudahkan urusan adik-adik dunia akhirat. Mohon juga secara ‘specific’ untuk Allah mudahkan dan kurniakan yang terbaik untuk peperiksaan percubaan nanti.
  2. Pastikan adik-adik bersahur walaupon hanya dengan tamar dan air. Ini untuk memastikan adik-adik akan lebih bertenaga disiang hari disamping keberkatan bersahur.
  3. Dalam kesibukan membaca dan mengulangkaji pelajaran, jangan lupa untuk membaca, bertadarus dan mentadabur al Quran. InsyaAllah ilmu akan mudah masuk ke dalam hati yang bersih yang selalu mentadabur ayat-ayatNya.
  4. Perbanyakkannlah doa untuk keampunan diri, ibu bapa, guru-guru dan rakan-rakan. Mudah-mudahan dengan bersihnya diri dari dosa, lebih banyak nikmat akan mendampingi.
  5. Perbanyakkan amalan mulia dalam bulan ini. Mudah-mudahan dengan bertambah amalan akan bertambahlah kasih Allah kepada kita. Jika Allah kasih pada kita, pastinya segala hajat akan dimakbulkanNya.

Untuk akhirnya, andai ini Ramadhan terakhir kita, ayuh beramal sebanyaknya.

Selamat menyambut Ramadhan dari Tim KRIM Terengganu.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s