Hadiah Kuiz Ramadhan 1432H

Assalamualaykum wrh wbh.

Selamat Hari Raya diucapkan kepada pelawat website KRIM Terengganu. bagaimana momentum Ramadhan? Ibadah yang berterusan dan diet pemakanan yang sihat? Semoga semuanya baik-baik sahaja dan dalam amal soleh yang berterusan.

Sedar tak sedar, kita menghampiri akhir tahun..Terasa begitu pantas masa berlalu..lagi-lagi dengan kedatangan 2 peperiksaan yang besar iaitu PMR dan SPM 2011. Walau apapun keputusan peperiksaan percubaan yang diperolehi, ketahuilah, masih ada ruang dan peluang untuk adik-adik terus mengulangkaji dan memperbaiki keputusana yang diperolehi. Sebagai seorang Muslim, apabila kita berbuat sesuatu, tentulah dengan bersungguh-sungguh (mujahadah) dan mengimpikan yang terbaik di sisi tawakal dan doa yang tidak putus-putus. Percaya dan yakin bahawa Allah akan memberikan rezeki keputusan yang terbaik untuk kita.

Di sini, ingin dikongsikan beberapa keping gambar sekitar sambutan Hari Raya Aidilfitri di SMKA Kuala Abang. Juga bersempena penyerahan hadiah Kuiz Ramadhan yang dijalankan. Juadah yang dihidang sungguh menyelerakan di samping adik-adik dan guru-guru yang sungguh ceria.

Sampai jumpa lagi di entri yang lain. Sehingga itu, teruskan berusaha untuk yang terbaik dan pastikan niat anda, lillahi ta’ala..tiada kejayaan melainkan menjadi hamba Allah yang diredhai sentiasa..

 

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s