Motivasi PMR di SM Imtiyaz Dungun

Pada Ramadhan yang lalu, Saudara Mohammad Nor Bakri selaku wakil KRIM telah diundang untuk satu sesi motivasi bersama para pelajar Tingkatan 3 SM Imtiyaz Dungun. Alhamdulillah, program walaupun dijalankan dalam keadaan berpuasa mendapat respon cemerlang daripada para pelajar.

Sedikit pengenalan peribadi penceramah dan beberapa soalan icebreaking dilontarkan kepada peserta pada awal slot. Bertemakan “Road to Success”, saudara penceramah memberikan perspektif kejayaan dari sudut berbeza. Rata-rata peserta mengakui, terlalu banyak alasan dan halangan yang menyebabkan seseorang boleh kecundang dalam pelajaran, dan betapa sedikitnya faktor motivasi yang memangkin kejayaan.

Disamping petua-petua kejayaan dan perkongsian pengalaman, Saudara Bakri turut menyelitkan video-video tauladan juga aktiviti LDK untuk peserta program. Sangat menarik, para peserta kelihatan bersungguh untuk menyiapkan satu-satu task yang diberikan di samping memberi galakan kepada para rakan.  Begitulah semangat kejayaan yang ingin kita kecapi, iaitu berkongsi kebijakan dan kepintaran bersama semua rakan serta berharap, rakan-rakan akan turut berjaya.

Alhamdulillah, sesi motivasi berakhir sekitar tengahari dengan sedikit ucapan penutup daripada kaunselor SM Imtiyaz Dungun serta cenderahati istimewa. Dari pihak KRIM Terengganu, kami mengucapkan selamat maju jaya kepada semua calon PMR Sm Imtiyaz Dungun dan kepada semua calon PMR di luar sana secara amnya. Semoga SM Imtiyaz Dungun dapat mencipta rekod PMR 2011 yang lebih gemilang disamping peribadi unggul para peserta yang kebanyakkannya juga merupakan para huffaz.

Sampai bertemu lagi dalam program-program di masa akan datang!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s