KRIS 2011 Asah Kepimpinan Remaja Muslim

Kuala Terengganu, 25 November – Bertempat di Kem Jabatan Pertahanan Awam Gong Badak, Kuala Terengganu, Kelab Remaja ISMA (KRIM) Terengganu cawangan Kuala Terengganu telah mengadakan Kem Remaja Islam (KRIS) 2011 yang telah disertai oleh pelajar-pelajar sekolah yang berusia 13 tahun hingga 16 tahun dari pelbagai sekolah serata Terengganu yang telah berlangsung selama 3 hari 2 malam bermula 25 November sehingga 27 November 2011.

Dengan menggunakan slogan “Membangun Potensi Kepimpinan Remaja Muslim”, KRIS yang julung-julung kalinya dianjurkan oleh KRIM Kuala Terengganu ini telah berjaya menarik kehadiran peserta seramai 43 orang. Yang menariknya, kem ini turut disertai oleh 2 orang pelajar cilik yang berusia 12 tahun yang baru saja selesai menduduki peperiksaan UPSR.

Pelbagai aktiviti dan slot pengisian telah diolah untuk mencapai objektif program dalam menerapkan nilai-nilai Islam dan bakat kepimpinan dalam diri para peserta. Antaranya aktiviti berkonsepkan explorace yang diberi nama “Kembara Quran” jelas memberikan pengalaman baru kepada para peserta. Dalam aktiviti ini, para peserta diajak untuk lebih menghayati dan mendekati Al-Quran, sebagai sumber utama kekuatan generasi muda Muslim.

Bagi slot pengisian, pihak penganjur pada tahun ini telah menjemput beberapa tokoh masyarakat untuk berkongsi tajuk-tajuk yang menarik dengan adik-adik remaja. Pengisian oleh Puan Hajah Wan Norisah yang merupakan Kaunselor Politeknik Sultan Zainal Abidin Kuala Terengganu dengan tajuk “Kepimpinan Remaja” berjaya mengasah bakat kepimpinan dalam diri para peserta.

Selain itu,  Kem Remaja Islam (KRIS) pada tahun ini juga turut  Dr Nujaimin Udin, seorang pakar neurologi yang kini sedang bertugas di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu. Pengisian yang sangat mantap oleh beliau dengan tajuk “My Dream: From Zero to Hero” cukup menarik hati para peserta yang turut diselang seli dengan tayangan video yang sangat memberi inspirasi bagi para peserta untuk mempunyai impian yang besar dan jangan pernah berputus asa dalam berusaha mencapai cita-cita yang diimpikan.

Sepanjang program ini berlangsung, pengisian kerohanian dan tarbawi tetap menjadi keutamaan. Siri slot tazkirah ringkas yang disampaikan oleh para ustaz cukup memberi kesan kepada pengisian jiwa para peserta yang hadir.

Pada hari terakhir program, para peserta diberi peluang mempamerkan bakat mereka dalam persembahan kumpulan. Rata-rata persembahan oleh para peserta cukup kreatif dan mantap dalam mengolah tema yang diberikan kepada setiap kumpulan.

Perasmian penutup kem telah disempurnakan oleh Dr Razali Musa, YDP ISMA Kuala Terengganu.

Bagi pihak KRIM Kuala Terengganu, terima kasih diucapkan kepada para peserta yang sudi menghadiri kem ini pada kali ini dan semoga setiap apa yang diperolehi di kem ini dapat dipraktikkan dalam kehidupan seharian serta setiap potensi kepimpinan yang ada di dalam diri para peserta dapat diasah dengan lebih baik pada masa akan datang.

KLIK DI SINI UNTUK GAMBAR-GAMBAR PROGRAM

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s