Kem Kepimpinan Pengawas Disiplin SMKA Durian Guling

 

Pada 14 – 15 Jun 2012 yang lalu, Kelab Remaja ISMA (KRIM) Cawangan Dungun, Terengganu telah memenuhi jemputan dari pihak SMKA Durian Guling untuk bersama-sama menjayakan satu Kem Kepimpinan Pengawas Disiplin untuk 38 peserta yang merupakan Pemimpin Disiplin Pelajar sekolah tersebut. Kursus yang berlangsung 2 hari 1 malam ini telah dianjurkan di Marang Waterfront Resort, Marang.

Kursus yang bertemakan “Perbaiki dirimu, Pimpin Rakanmu” ini berobjektif untuk mencungkil bakat pimpinan dalam diri setiap peserta. Pelbagai aktiviti-aktiviti serta modul-modul kepimpinan telah dijalankan selama kursus itu berlangsung.

Aktiviti yang menjurus ke arah pembentukan sifat peribadi pemimpin amat dititikberatkan kerana KRIM amat percaya sifat dan sikap positif seharusnya ditonjolkan dalam usaha untuk membimbing pelajar-pelajar yang lain. Bagaimana mungkin seorang individu yang tidak mampu membimbing diri sendiri, mampu membimbing rakan mereka yang lain. Inilah prinsip dan penekanan yang ditekankan sepanjang kursus itu dijalankan.

Selain aktiviti-aktiviti berkumpulan untuk melatih sifat bekerjasama sesama mereka, beberapa modul lain juga tidak ketinggalan untuk mencungkil dan melatih para peserta untuk menjadi individu yang yakin kehadapan, insan yang tidak kenal erti kekalahan serta pemimpin yang berani untuk memimpin rakan-rakan.

Sebelum Kursus Kepimpinan ini melabuhkan tirainya, Pengetua SMKA Durian Guling hadir untuk perasmian penutup. Beliau amat berterima kasih kepada pihak KRIM Dungun atas sumbangan tenaga yang telah dicurahkan.

Selain peserta-peserta, guru-guru sekolah tersebut juga telah menyatakan respon yang amat positif kepada pihak KRIM di atas kerjasama menjayakan kursus tersebut. Mereka juga berharap pihak KRIM dapat bekerjasama sekali lagi dengan pihak sekolah di lain masa.

Kursus berakhir dengan menangkap foto bersama-sama sebagai tanda kenangan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s