Jangan Bersedih

Tension.

Bermasalah.

Keliru.

Kecewa.

Sedih.

SubhanAllah.. siapa sahaja yang tidak mengalami masalah sebegini. Itu perkara biasa, malah kadang-kadang ia berlaku hampir setiap hari, setiap ketika.

Aku juga begitu.

Entah lah. Mungkin itu adalah lumrah kehidupan bagi seorang pelajar, lumrah ujian bagi seorang lelaki, lumrah cabaran bagi seorang da’ie.

Setiap ujian, dugaan dan cabaran itu memang jika dilihat dari zahirnya, amat membebankan, amat meletihkan, amat memenatkan. Tiada siapa mahukannya, tiada siapa mengharapkannya.

Tetapi siapa kita untuk mengelak darinya ?? siapa kita untuk menidakkannya ?? Kita hanyalah insan biasa, insan yang lemah lagi tidak bermaya.

Walaubagaimanapun, ketahuilah.. setiap masalah itu adalah ujian, setiap kekecewaan itu adalah ujian, setiap kesedihan itu adalah ujian, dan setiap ujian itu adalah indicator taraf keimanan setiap insan.

“Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: “Kami telah beriman”, sedang mereka tidak lagi diuji ??” [Al-Ankabut, 29:2]

Ya !! Hubungan antara ujian dan Iman itu tidak dapat dipisahkan. Anda percaya ataupun tidak, kamu menerima ujian kerana ALLAH mencintai kamu, kamu mengalami kesedihan dan kekecewaan kerana ALLAH mengasihi kamu.. kamu percaya ataupun tidak ??

Apabila kamu di uji, IMAN mu teruji. Apabila kamu berjaya harungi, pasti darjatmu disisi RABBI menaik tinggi. Tetapi jika dirimu gagal harungi, usah bimbang wahai makhluk yang bergelar insani, kerana ALLAH masih menerima taubatmu sehingga ajalmu tiba menanti.

ALLAH menguji untuk memelihara IMAN dan TAQWA mu. Besar sungguh pengharapan kita kepada ALLAH apabila di uji, tinggi sungguh tawakal kita kepada ALLAH apabila di uji. Sungguh, kasihnya Allah kepadamu. Allah benar-benar ingin memeliharamu dari segala perkara yang menjauhkan diri mu dari Syurga-NYA.

Oleh kerana itu, jadikanlah Allah teman untuk kamu mengadu segala masalah. Jadikanlah Allah tempat mu bergantung menghadapi segala masalah. Jadikanlah Allah untuk kamu meminta pertolongan apabila kamu di uji dengan masalah.

Allah amat sayang kepada hambanya yang mengadu kepada-NYA, Allah amat cinta kepada hambanya yang berserah kepad-NYA, Allah amat kasih kepada hambanya yang meminta pertolongan kepada-NYA.

“Sesungguhnya Allah itu Hidup dan Maha Pemberi, Dia malu jika seseorang mengangkat kedua tangannya kepadaNya lalu Dia mengembalikan kedua tangannya (membalas doa orang itu) dalam keadaan kosong serta rugi.” [Hadis riwayat Tirmidzi]

Jadi, mengapa kamu begitu sombong untuk melupakan-NYA, mengapa kamu begitu angkuh untuk mengetepikan-NYA, mengapa kamu begitu takabbur untuk melepaskan segala cinta, kasih dan sayang dari-NYA ??

Didiklah dirimu supaya pertama sekali yang kamu ingat apabila diuji, adalah ALLAH..

Tarbiyahlah dirimu agar pertama sekali yang kamu ucapkan apabila diuji, adalah INALILLAH HI WAINNA ILAIHI RAJI’UN..

Biasakanlah dirimu agar apabila dirimu diuji, kamu menjadikan senjatamu adalah doa, perisaimu adalah tawakal, redha dengan ketentuan ALLAH itu adalah kekuatan dalam dirimu.

Kesimpulannya, yakinlah bahawa ALLAH itu amat sayang akan hambanya, Allah itu amat cinta akan makhluknya.. kembalikanlah segala masalahmu, dugaanmu, ujianmu, kepada Allah..

BERIMAN dan BERTAQWA lah kepada ALLAH, nescaya kamu menemui jalan keluar dari segala belenggu yang membelenggumu.. YAKINLAH !! PERCAYALAH !!

“..barangsiapa yang BERTAQWA kepada ALLAH, nescaya DIA akan membukakan jalan keluar baginya, dan DIA memberikan rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka..” [At-Talaq, 65:2-3]

Penulis : Ahli KRIM Negeri Sembilan

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s