Kem Remaja Wawasan 2012 BEST !!

Pada 15-17 November 2012 yang lepas, KRIM Terengganu telah Berjaya mengadakan Kem Remaja Wawasan (KREW) yang turut menggabungkan 3 cawangan utama KRIM Terengganu iaitu Dungun, Kemaman dan Kuala Terengganu. Persiapan KREW ini telah digerakkan oleh KRIM Dungun dimana ianya turut mendapat surat sokongan daripada PPD Dungun. Pengarah KREW iaitu Arifuddin b Asmuni telah bertungkus lumus dalam memastikan kem ini mendapat sokongan daripada PPD. Strategi promosi adalah melalui kunjungan ke sekolah dan berjumpa dengan guru kaunselor. Sebanyak 8 sekolah sasaran di Dungun telah dikunjungi untuk tujuan promosi.

Sambutan terhadap KREW kali ini adalah yang paling memuaskan dengan jumlah penyertaan seramai 97 orang. Majlis perasmian pembukaan kem telah dirasmikan oleh YDP ISMA Dungun iaitu Ustaz M Zalani b Ibrahim.  Pelbagai aktiviti menarik telah dijalankan seperti perkongsian masalah remaja, tayangan video, quran amazing race, aktiviti dalam kumpulan, pengisian ruhi dan motivasi dan lain-lain lagi. Secara keseluruhannya, majoriti daripada peserta memberikan maklum balas yang positif terhadap kem ini.

Majlis penutup pula telah dirasmikan oleh wakil PPD Dungun iaitu En.Alias b Sulaiman selaku Pegawai Pengurusan Ko-Kurikulum dan Kemanusiaan. Dalam ucapannya, beliau banyak menekankan dan mendedahkan tentang peningkatan masalah sosial remaja terutamanya di daerah Dungun.

p/s: Pembaca boleh mendapatkan gambar-gambar kenangan di Page Facebook “BRIGED KRIM Dungun”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s