Pendapat / Pertanyaan

Assalamualaikum wrt

Kepada sesiapa yang ingin berkongsi sebarang maklumat atau ingin bertanyakan sesuatu kepada KRIM Terengganu atau pengunjung website yang lain, sila berbuat demikian di link berikut:

Forum KRIM Terengganu

 

31 responses to “Pendapat / Pertanyaan

  1. Best sangat kem kat kembara resort yang baru diadakan baru-baru ini.Dapat pengalaman baru.Baguslah kalu KRIM ada laman web sendiri.

  2. KRIM Terengganu akan sentiasa mengalu-alukan sebarang komen dan cadangan agar program-program yang seterusnya dapat diperbaiki di masa hadapan

  3. mcm mana nak join Krim terengganu ni?

  4. krimterengganu

    Assalamualaikum Zulhusni, KRIM Terengganu sentiasa mengalu-alukan mana-mana golongan remaja yang berminat mendaftar sebagai ahli KRIM. Zulhusni boleh menghantar email kepada kami di email krim_terengganu@yahoo.com.my. KRIM Terengganu akan menghatar borang keahlian melalui email Zulhusni nanti. Kami akan update dari semasa ke semasa segala aktiviti dan perkembangan terbaru melalui mailing list ahli KRIM Terengganu

  5. salam..krim under jim kan?

  6. krimterengganu

    Salam..untuk makluman pemuda islam, KRIM adalah singkatan kepada Kelab Remaja ISMA (Ikatan Muslimin Malaysia). Untuk maklumat lanjut boleh rujuk kepada website http://remajaisma.wordpress.com/.Harap maklum.

  7. krimterengganu

    Terima kasih yOen atas pelawaan.Untuk makluman, KRIM telah mempunyai t-shirtnya tersendiri. Untuk makluman/tempahan t-shirt, bolehlah emailkan ke krim_terengganu@yahoo.com.my

  8. Assalamualaikum………

    Boleh Tak KRIM E-Mailkan Borang Penyertaan Menjadi Ahli Kelab….
    Saya Amat Berminat…

    Ni E-Mail Saya:a_hamizan95@yahoo.com.my

    Kerjasama Pihak KRIM Amat Saya Hargai….

    Wassalam….

  9. assalamualaikum…
    saya berminat dgn program yang dianjurkan oleh krim.
    saya ingin tahu bagaimana caranya utk mendapatkan maklumat lanjut tentang program yang ada.

    • Waalaikumussalam,

      Saudari Zalilawati,

      Untuk mendapat maklumat lanjut ttg program yg dianjurkan oleh KRIM Terengganu, anada boleh mendapatkannya terus daripada website ini. Untuk pendetailan program, adalah digalakkan agar saudari menjadi ahli bagi memudahkan pihak pengurusan kami berhubung terus dengan saudari untuk memaklumkan program2 yg disediakan.

      Harap maklum

  10. saya ingin membuat cadangan agar pihak KRIM membuat satu laman perbincangan tentang masalah yang dihadapi oleh para remaja.. sebab saya memang ada banyak masalah yg mengelirukan.. dan saya rasa remaja2 lain kay luarpun samer.. tq

    • Dear Muslim Youth,

      Terima kasih atas cadangan yang sangt bernas. Pihak kami telah menyediakan FORUM ISMA Terengganu yang mana pelbagai pembincangan diadakan termasuk untuk remaja. Sila klik pada link di sebelah atas kanan website ini utk ke laman forum.

      Harap maklum dan selmat berforum!

  11. Salam.. saya ini lepasan spm dari Taiping.. Saya dpt tawaran di Ranaco Education Institut and Training.. dapat jurusan Maritime Management.. tapi saya tak tahu keadaan di Institut itu dan tak tahu sangat tentang jurusan ini.. kalau tak keberatan , boleh tak berkongsi pendapat dgn saya.. Terima kasih

    • Salam,
      Saudara/i Az. Di RETI, pihak KRIM Ganu ada mengenali beberapa orang sahabat yang turut menuntut di situ. Sememangnya lumrah, kebanyakan promosi di dunia ini adalah indah khabar daripada rupa, namun kami akan memastikan saudara/i Az mendapat persediaan yang mencukupi. Sila hantarkan email Saudara/i Az untuk dihubungi.

  12. KRIM ni , asalnya dulu nama dia Kelab Remaja Islam Malaysia ke?

    • krimterengganu

      KRIM ni dari dulu lg namanya Kelab Remaja Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) dan mudah-mudahan kekal namanya begini. Nak jd ahli ?:-)

  13. salaam.camne nak jadi ahli isma trg?

    • Salam,
      Ke hadapan Nuruliman,

      Setakat ini untuk menjadi ahli ISMA (Terengganu atau di mana-mana negeri) individu mestilah berumur 40 tahun ke atas. Namun untuk menjadi ahli KRIM (Kelab Remaja ISMA) Terengganu, individu bolehlah dapatkan borang penyertaan di dalam website ini dan emailkan borang yang telah lengkap di isi ke alamat krim_terengganu@yahoo.com.my
      Untuk borang, KLIK DI SINI

  14. Layari laman KRIM Kelantan dan dapatkan info terkini kami di http://ismakelantan.blogspot.com/search/label/Remaja

  15. salam, nk tanya sikit KEM LEPASAN SPM @ KOMPAS xde buat ke untuk tahun ni, saya pernah ikut tahun lepas tapi baru f4, dn sya nk ikut lagi lepas habis spm nanti… HARAP PIHAK KRIM REPLY.. terima ksih…

    • Salam,
      Terima kasih kepada adik aspirasi krim atas pertanyaan. Untuk makluman pada tahun ini, KRIM Ganu lebih memfokuskan tingkatan 4 dan ke bawah untuk penyertaan program-program seperti KREW ’09. Untuk calon-calon SPM tahun ini, KRIM Ganu telah mendapat kerjasama daripada Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) Terengganu untuk dianjurkan Kem Lepasan SPM. Untuk maklumat lanjut, adik aspirasi krim boleh klik DI SINI Terima kasih kepada adik aspirasi krim kerana bertanya. Wassalam

  16. salam..
    bley x nk tau email kaq2 fasi krew 09..
    nk tnye/kongsi npe2 sng sket..
    sis nadia,sis nusaibah,sis huda,n kaq2 fasi len..

  17. salam..macam mane nak jadi ahli?..dan umur berape utk kelayakan ahli?harap balas segera..tq

    • Wsalaam. Terima kasih atas pertanyaan adik minaina. Borang keahlian telah dihantar ke alamat emel adik. Untuk menjawab pertanyaan secara umum, umur kelayakan untuk menjadi ahli adalah dari 13-17 tahun. Keahlian KRIM juga adalah seumur hidup. Sekiranya adik minaina berminat untuk menjadi ahli, adik boleh mengisi borang yang disertakan di sini dan membuat pembayaran RM 5. Untuk lebih mudah, adik boleh menghadiri sebarang program anjuran KRIM dan mendaftar terus di sana.

      Antara keistimewaan menjadi ahli KRIM adalah kad keahlian dan juga potongan harga untuk penyertaan dalam aktiviti-aktiviti KRIM dan lain-lain.

      Terima kasih. Jom sertai KRIM!

  18. assalamualaikum,saya amat brmint untk mnyertai KRIM.Tapi rumah saya jauh kat muar,johor…saya bimbang kalau ibu bapa saya tak mmbenrkan saya untk mnyrtai KRIM….

    • waalaikumsalam adik adiba🙂 bleh je adik adiba sertai KRIM Johor…boleh lawati blog KRIM Johor untuk dapatkan info aktiviti terbaru KRIM di kawasan berdekatan adik!!!

  19. assalamualaikum..saya berbangga kerana dapat mengenali apa itu krim ni…tp saya xtahu cmne nak jadi ahli krim(terengganu) ni..
    boleh tolong saya??

    • wsalam adik hasifa. boleh cek emel adik utk borang keahlian KRIM. Teruskan melayari website KRIM Terengganu dan Facebook KRIM Terengganu untuk perkembangan terbaru dan pengumuman aktiviti2 KRIM T. Mari sertai!

  20. salam,tahun ini takde buat kem untuk pelajar lepasan spm 2012??

  21. Salam.. saya ini lepasan spm dari Kelantan.. Saya dpt tawaran di Ranaco Education Institut and Training.. dapat jurusan Maritime Management.. tapi saya tak tahu keadaan di Institut itu dan tak tahu sangat tentang jurusan ini.. kalau tak keberatan , boleh tak berkongsi pendapat dgn saya.. Terima kasih. emel saya add1345@mymesra.biz

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s