KELAB REMAJA IKATAN MUSLIMIN MALAYSIA (KRIM)
PENGENALAN
Remaja adalah aset penting negara kerana merekalah yang akan mencorakkan jatuh bangunnya tamadun bangsa ini di masa hadapan. Mereka adalah ibarat biji benih yang ditanam, perlu dibela, dibaja dan dilindungi dari sebarang kerosakan agar pepohon yang bakal hidup melahirkan buah-buahan yang masak ranum dan hasil yang lumayan.
KELAB REMAJA IKATAN MUSLIMIN MALAYSIA (KRIM) tampil di tengah-tengah masyarakat untuk bersama-sama memainkan peranan ini. KRIM menawarkan pakej pembangunan yang menyeluruh merangkumi aspek mental, jasadi, rohani, emosi dan kemahiran. Hasil yang ingin dilahirkan ialah perubahan sikap motivasi, iltizam dan jatidiri dalam diri remaja itu sendiri.
BORANG KEAHLIAN?? KLIK DI SINI
Lengkapkan segala keperluan, dan hantarkan kepada krim_terengganu@yahoo.com.my
Semoga krim terengganu terus maju…bestnya kem 2, tp sayang tak dapat ikut
terima kasih 🙂 Jangan lepaskan peluang untuk menyertai program KRIM di lain masa!!! Ikuti pemberitahuan info aktiviti di blog ini!
macamane kita nk tau kite ni ahli ke belum? boleh check tak?
Terima kasih adik Nur. Untuk pengesahan keahlian, hantarkan emel kepada krim_terengganu@yahoo.com.my
🙂
apa program krim skrg nin???????????
utk melihat program krim di seluruh negeri anda boleh lawati blog krim pusat….
http://remajaisma.wordpress.com/
apa program krim skrg nin?????????
Tim KRIM Terengganu baru selesai program di SM Teknik Dungun dan SMKAKA. Aktiviti lain masih di dalam perancangan. Sebarang makluman akan dibuat di weblog dan Facebook kami dari semasa ke semasa. Teruskan mengikuti blog ini!