Petua kecemerlangan KRIM-Tips mengatasi masalah tidak fokus ketika belajar/ulangkaji #1

Tips mengatasi masalah tidak fokus ketika belajar/ulangkaji #1

Secara umumnya, rata-rata pelajar cemerlang yang ditemuramah pasca kejayaan mereka akan memberitahu, antara rahsia kejayaan mereka adalah fokus dalam belajar. yakni, pada waktu yang telah ditetapkan, minda adik-adik adalah dalam keadaan sedar dan penuh konsentrasi terhadap subjek pembacaan.

Namun, hal yang sedemikian bukanlah mudah.Fokus atau konsentrasi merupakan kemahiran yang tidak wujud secara semulajadi dalam diri manusia. alangkan khusyu’ ketika solat sangat-sangat sukar untuk diperoleh, untuk belajar apatah lagi.

jadi, bagaimana cara  untuk mengatasi masalah fokus ini?

Jika adik-adik pernah mendengar kisah seorang ahli ibadah, Hatim al-Isam pernah berkongsi rahsia khusyuk dalam solatnya, adalah dengan membayangkan bahawa Allah ada di hadapannya, syurga di sebelah kanannya, neraka di sebelah kirinya, malaikat maut dibelakangnya, dan dibayangkan pula seolah-olah sedang berada di atas titian sirat.

Hal yang sama boleh dilakukan untuk mendapatkan fokus. Tumpuan ketika adik-adik sedang belajar mestilah sepenuhnya terhadap perkara yang diulangkaji. Bayangkan muka cikgu-cikgu adik ketika adik tidak dapat menjawab soalan yang diberikan. Boleh juga dibayangkan raut wajah penuh harap ibu dan ayah ketika adik hendak memberitahu keputusan peperiksaan. Imaginasikan juga kegembiraan dan pujian hasil daripada pencapaian adik yang cemerlang.

Dan semestinya, untuk adik-adik yang bakal menduduki PMR dan SPM, fikirkan bahawa keputusan yang dicapai akan menempatkan adik-adik di Tingkatan 4 dan juga IPTA/S untuk terus belajar.

Intinya, adik-adik perlu MEMAKSA diri untuk fokus. Jadikan mengulangkaji sebagai satu amalan harian atau berkala dan bukannya mengulangkaji hanya pada malam sebelum peperiksaan!

Sepertimana adik-adik menepati biological clock tubuh adik-adik untuk makan, minum, berehat, bermain, tidur dan sebagainya, jadikan belajar juga sebagai aktiviti rutin at least, sepanjang adik-adik bergelar pelajar!

mula-mula memang seperti satu paksaan atau tepatnya, mendera diri untuk belajar dan tidak  memikirkan hal-hal lain seperti bola, kawan atau masalah-masalah lain. Namun, lama kelamaan, hal paksaan (yakni:belajar) akan menjadi satu habit dan keinginan itu akan muncul secara semulajadi.

Sedar diri bahawa, FOKUS itu penting!

NOTA: Bermula daripada minggu ini, KRIM Terengganu akan membawakan kepada adik-adik, petua-petua atau tips belajar dengan cemerlang secara bersiri. Nantikan yang selanjutnya! (#2: Perancangan belajar)

Leave a comment